CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1801|Reply: 12

Stadium Nasional, Stadium Putra dijenamakan jadi TM Stadium Nasional, Unifi Arena

[Copy link]
Post time 13-3-2026 01:14 PM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hari ini mengumumkan kerjasama hak penamaan bersama Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi Stadium Nasional dan Stadium Putra untuk tempoh tiga tahun.

Kerjasama ini merupakan satu langkah penting untuk memastikan dua venue utama negara ini terus kekal relevan, selesa dan berdaya saing sebagai lokasi penganjuran acara sukan serta hiburan bertaraf antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Iliyas Jamil berkata, sebagai pengurus Stadium Nasional dan Stadium Putra, pihaknya komited memastikan kemudahan ini sentiasa berada pada tahap terbaik untuk rakyat Malaysia.

Menurutnya, kerjasama hak penamaan ini merupakan satu inisiatif oleh PSM untuk memperkukuh kelestarian dan pembangunan jangka panjang venue-venue ini.

“Berkuat kuasa 6 Mac lalu, PSM akan menjenamakan semula Stadium Nasional dan Stadium Putra masing-masing sebagai TM Stadium Nasional dan Unifi Arena.

“Hasil daripada kerjasama ini akan disalurkan kepada usaha menaik taraf serta menambah baik kemudahan stadium bagi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengunjung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad, Amar Huzaimi Md. Deris berkata, selama lapan dekad, TM memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat Malaysia merentasi generasi.

“Kami berbesar hati diberi kepercayaan untuk memegang hak penamaan bagi venue nasional begitu ikonik ini dan amat menghargai kepercayaan diberikan kepada kami.

“Stadium Nasional dan Stadium Putra sekian lama menjadi tempat rakyat Malaysia berkumpul untuk memberi sokongan, meraikan kejayaan dan menyaksikan detik bersejarah.

“Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat terus memperkukuh kedua-dua stadium ini agar ia kekal menjadi tempat yang menyatukan masyarakat dan menyemarakkan kebanggaan negara untuk
generasi akan datang,” katanya.


Sumber :– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2026 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
PPRT sangatt
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 03:00 PM | Show all posts
tukarlah nama pun orang dah terbiasa tetap akan panggil nama asal...stdium bkt jalil
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Firra mikah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok ja nama stadium macam axiata arena tu tapi kalau every 5 tahun tukar penat lah org nak follow last2 public bagi nama sendiri ja. Btw  nama stesen LRT guna nama sponsor tu lagi hazab.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok le tu.. Atleast bukan bubuh nama stadium madani ke stadium meliwati ke etc
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2026 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadahnya nak kena kasi jenama kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 05:56 PM | Show all posts
cm_vungtau replied at 14-3-2026 05:24 PM
Jadahnya nak kena kasi jenama kat dia.

Sebab PSM tak cukup duit nak maintain, maka dia minta la company tolong sponsor maintain stadium tu dan sebagai balasan letak la nama company tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2026 01:31 AM | Show all posts
ummu shaikhah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2026 01:34 AM | Show all posts
sharifah mariam syed abdullah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2026 01:38 AM | Show all posts
nor zila aminuddin tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2026 01:39 AM | Show all posts
ahmad azhar othman tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 10:01 AM | Show all posts
Haha terpaksa lah ikut sponsor ye tak... oklah daripada Stadium Kuala Nerang jadi Stadium Ffira Mikah, nama pegawai daerah yang feeling-feeling... DO je kot... feeling macam berjasa nau nau... lepas tu denied kata nama bahasa Sepanyol..... hahahahahahaha sah sah nama kau HAKIM ARIFF...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.706009 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list