CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

[Sarawak] Keldai akaun gagal bayar denda dipenjara sebulan

[Copy link]
Post time 13-3-2026 10:27 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang pemuda dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan dalam talian.

Majistret Romario Jonoi menjatuhkan hukuman itu setelah menerima pengakuan bersalah tertuduh yang dikenali sebagai Dennielson Ajup, 26, setelah pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Dennielson terdahulu didakwa secara tidak langsung terlibat dalam transaksi kemasukan wang RM10,000 ke dalam akaun banknya tanpa tujuan sah di sebuah kedai alat tulis di sini pada 7 Januari 2026, kira-kira jam 10.09 pagi.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan yang membawa kepada denda sehingga RM150,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu, seorang lelaki berusia 30 tahun, menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai 'Mr Lim' mendakwa sebagai peguam yang boleh membantu pengadu menguruskan hal probet atau harta pusaka.

Meskipun tidak pernah berurusan dengan lelaki terbabit, pengadu yang ketika itu sedang mencari peguam bagi membantu menguruskan hal probet ladang milik mendiang ayahnya percaya dengan penjelasan yang diberikan oleh 'Mr Lim'.

'Mr Lim' kemudian menawarkan khidmat guaman kepada pengadu dan meminta bayaran RM10,000 bagi proses tersebut, di mana pengadu kemudian membuat tiga transaksi pemindahan wang ke dalam akaun milik tertuduh.

Setelah bayaran itu dibuat, pengadu tidak menerima sebarang resit rasmi, surat atau dokumen berkaitan berhubung proses probet, sebelum menyedari telah ditipu individu terbabit.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, gagal membayar denda yang dikenakan lalu diperintah menjalani hukuman penjara sebulan.   


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.038715 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list