CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 151|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki disabit bersalah edar syabu dihukum penjara seumur hidup, 12 sebatan

[Copy link]
Post time 13-3-2026 10:26 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup berserta 12 sebatan terhadap seorang lelaki yang disabitkan bersalah atas pertuduhan mengedar 717.67 gram (g) syabu dua tahun lepas.

Hakim Wong Siong Tung menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup atau bersamaan dengan 30 tahun penjara ke atas tertuduh, Wong Kieng Li, 33, pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada dua anak itu menjalani hukuman penjara tersebut berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu 12 Disember 2023.

"Setelah mempertimbangkan hujahan peguam bela bagi tertuduh dan Timbalan Pendakwa Raya, dengan mengambil kira faktor mitigasi dan pemberatan, jumlah dadah yang terlibat, keadaan kes serta kepentingan awam, mahkamah memutuskan untuk tidak menjatuhkan hukuman mati.

"Sehubungan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, bersamaan 30 tahun dan 12 sebatan, dengan hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkapan pada 12 Disember 2023," ujarnya ketika membaca keputusan.

Pada 21 Ogos tahun lepas, mahkamah memerintah tertuduh membela diri setelah mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir pendakwaan kes.

Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto dalam hujahnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman menyifatkan kes ini menunjukkan gabungan antara kemudaratan yang amat serius dan tahap kesalahan yang sangat tinggi.

Tertuduh katanya, bukanlah seorang yang memiliki dadah secara tidak sengaja, sebaliknya beliau dengan pengetahuan telah melibatkan diri dalam pengangkutan sejumlah besar dadah Methamphetamine untuk tujuan pengedaran.

"Selanjutnya, tertuduh dengan sengaja menyembunyikan identitinya, terlibat dalam perlakuan yang menunjukkan sikap sengaja tidak mahu mengetahui dan cuba mengelakkan tanggungjawab melalui naratif yang tidak disokong bukti melibatkan pihak ketiga yang tidak dikenal pasti.

"Dalam keadaan ini, kesalahan tersebut jelas tergolong dalam kategori yang mewajarkan hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh undang-undang.

"Oleh itu, pengenaan hukuman maksimum atau sekiranya hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan, maka sekurang-kurangnya sebatan yang lebih tinggi iaitu 12 hingga 15 sebatan wajar dikenakan adalah perlu," ujar Mark.

Sementara peguam bela tertuduh, Daren Ling memohon kepada mahkamah agar menjatuhkan hukuman minimum iaitu 30 tahun penjara bagi kes yang serupa dan kes-kes tersebut melibatkan jumlah berat dadah yang lebih tinggi.

"Sehubungan itu, saya dengan rendah diri memohon agar Yang Arif mempertimbangkan dan mengguna pakai hukuman terdahulu yang telah dijatuhkan oleh Yang Arif, iaitu 30 tahun penjara," ujarnya.

Kieng Li terdahulu didakwa mengedar 717.67 gram Methamphetamine di dalam sebuah kenderaan Perodua Axia di tepi Jalan Oya pada 12 Disember 2023, kira-kira jam 5 petang.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 dan dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dikenakan hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.056121 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list