CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 132|Reply: 1

[Sarawak] Konflik di Asia Barat jejas kehidupan rakyat dengan inflasi tekanan kos

[Copy link]
Post time 13-3-2026 10:05 AM | Show all posts |Read mode


SIM

KUCHING: Konflik yang semakin memuncak di Asia Barat tidak hanya menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia tetapi kehidupan rakyat Sarawak dengan inflasi tekanan kos menyebabkan kos industri dan logistik meningkat.

Penasihat Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Dato Sim Kiang Chiok berkata, ketegangan di Asia Barat kini telah melangkaui krisis serantau dan menjadi ancaman serius kepada kestabilan ekonomi negara dan kehidupan harian rakyat negeri ini.

"Walaupun ekonomi Malaysia berpotensi mendapat menfaat daripada peningkatan hasil sektor minyak dan gas, keuntungan tersebut kini terancam oleh inflasi 'cost-push' (tekanan kos) yang boleh menekan industri domestik jika tidak diurus dengan teliti," katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sim yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Stakan berkata konflik itu mampu menjejaskan rantaian bekalan dan sektor industri kerana masalah logistik.

Menurutnya sektor elektrik dan elektronik (E&E) yang merupakan tunjang penting pertumbuhan industri Malaysia dan Sarawak kini mula mengalami kelewatan penghantaran serta peningkatan mendadak kos  bahan mentah.

Penyedia perkhidmatan logistik pula mula berdepan situasi yang boleh disifatkan sebagai 'perfect storm' iaitu kenaikan harga bahan api bersama peningkatan ketara insurans maritim, tambahnya.

"Sektor penerbangan turut dalam tekanan besar, kenaikan surcaj bahan api serta laluan penerbangan yang terpaksa diubah menyebabkan tambang meningkat.

“Ini juga secara tidak langsung menjejaskan kesalinghubungan Sarawak serta sasaran kedatangan pelancong negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026," katanya.

Sim berpendapat jika konflik itu berlarutan selama beberapa bulan bahkan bertahun-tahun dijangka tempoh inflasi juga berterusan.

Beliau berkata walau Bank Negara Malaysia (BNM) masih mengekalan kadar faedah pada paras 2.75 peratus buat masa ini, perang berpanjangan mungkin memaksa kenaikan kadar faedah bagi menstabilkan nilai ringgit.

Sekali gus, memberi tekanan kepada perusahaan kecil serta pemilik rumah yang masih mempunyai pinjaman perumahan, jelasnya.

Justeru Sim menggesa kerajaan persekutuan mengutamakan kebajikan rakyat dengan mengekalkan struktur subsidi sedia ada terutama harga RON95 pada RM1.99 seliter bagi semua rakyat Malaysia yang layak di bawah inisiatif BUDI95.

"Dengan harga pasaran kini mencecah RM3.27 seliter sebarang penghapusan had harga ini akan mencetuskan lonjakan kos sara hidup secara mendadak dan tidak terkawal," katanya.

Beliau juga menggesa kerajaan mengekalkan harga diesel bersubsidi di Sarawak iaitu RM2.15 seliter, mengambil kira keadaan geografi negeri ini yang unik.

Menurutnya, sebarang langkah untuk mengapungkan harga diesel akan memberi kesan amat besar kepada petani, pengusaha logistik dan komuniti luar bandar Sarawak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2026 10:06 AM | Show all posts
Konflik Asia Barat dibimbangi beri risiko segera
March 12, 2026, Khamis - 4:47pm

Ketidaktentuan harga bahan api pasti menyebabkan kos operasi, harga barangan, perkhidmatan meningkat



CHAI

KUCHING: Konflik Asia Barat yang berlaku ketika ini dibimbangi akan memberi risiko segera, iaitu ketidaktentuan harga bahan api global yang pastinya menyebabkan kos operasi dan harga barangan serta perkhidmatan meningkat dengan ketara.

Setiausaha Agung Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) Datuk Jonathan Chai Voon Tok berkata, sebarang peningkatan konflik di rantau tersebut boleh mengganggu rantaian bekalan, menjejaskan laluan perkapalan dan akhirnya membawa kepada kenaikan kos bahan api di seluruh dunia.

"Bagi industri yang sangat bergantung kepada logistik dan pengangkutan, kenaikan harga bahan api sudah tentu akan meningkatkan kos operasi.

"Keadaan ini juga boleh menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan meningkat sekiranya situasi berlarutan," katanya kepada Utusan Borneo semalam apabila ditanya apakah kebimbangan utama komuniti peniaga di Sarawak susulan ketegangan berlaku di Asia Barat.

Chai berkata selain itu, ketidaktentuan dalam pasaran global boleh menjejaskan keyakinan pelabur serta perancangan perniagaan.

Menurut beliau pada peringkat ini , kebanyakan industri sedang memantau rapat perkembangan semasa dengan teliti dan menilai potensi kesannya.

"Banyak syarikat kini lebih peka terhadap risiko geopolitik dan telah mengambil pengajaran daripada krisis sebelum ini dengan memperkukuh pelan kontingensi, mempelbagai rantaian bekalan serta meningkatkan kecekapan operasi bagi mengurangkan kesan kejutan luaran.

"Bagaimanapun, sekiranya konflik tersebut terus memuncak dan menyebabkan kenaikan harga tenaga secara berterusan, ia memerlukan tindak balas yang lebih terselaras antara pihak kerajaan dan pemain industri," ujarnya.

Beliau menjelaskan langkah-langkah seperti pengurusan kos, pelarasan rantaian bekalan dan sokongan dasar mungkin diperlukan bagi membantu industri menghadapi situasi ini.

"Secara keseluruhannya, ketika industri mengambil pendekatan berhati-hati, ada juga yang sudah berada pada tahap bersiap sedia hasil daripada pengalaman menghadapi gangguan global sebelum ini seperi pandemik (COVID-19) serta ketidaktentuan harga tenaga .

"Apa yang penting, ialah pemantauan berterusan perancangan proaktif bagi memastikan sebarang kesan yang berpotensi dapat diurus dengan berkesan," katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2026 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.074533 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list