CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 107|Reply: 0

[Sarawak] Langkah PM kurangkan perbelanjaan tanda disiplin fiskal kerajaan

[Copy link]
Post time 13-3-2026 09:58 AM | Show all posts |Read mode


ZULHAIDAH

MIRI: Arahan Perdana Menteri agar kementerian dan agensi kerajaan mengurangkan perbelanjaan, termasuk mengehadkan majlis rumah terbuka serta lawatan ke luar negara, disifatkan sebagai langkah konsolidasi fiskal yang proaktif dan bertepatan dengan keadaan ekonomi semasa negara.

Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sibuti Zulhaidah Suboh berkata, langkah itu juga tepat pada masanya memandangkan ekonomi global kini dalam keadaan tidak menentu.

Menurut beliau, sebagai Menteri Kewangan, Perdana Menteri mengambil pendekatan wajar dengan mengurangkan perbelanjaan tidak perlu seperti penganjuran majlis rumah terbuka secara besar-besaran serta mengehadkan perjalanan rasmi ke luar negara.

“Langkah ini menunjukkan disiplin kepimpinan yang tinggi, selain mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap pengurusan kewangan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan kerajaan yang mengamalkan pendekatan bukan sekadar cakap-cakap itu penting bagi menghantar isyarat positif kepada pasaran serta agensi penarafan antarabangsa bahawa Malaysia serius dalam menguruskan kewangannya.

Menurutnya, langkah tersebut juga penting selepas negara terkesan dengan pelbagai kes rasuah berprofil tinggi, selain perlu menanggung beban hutang negara yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu.

Zulhaidah berkata, pendekatan berkenaan turut memperkukuhkan naratif bahawa Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI merupakan kerajaan yang prihatin terhadap rakyat.

“Melalui pendekatan gaya hidup sederhana dalam kalangan pemimpin, ia secara tidak langsung meningkatkan legitimasi moral kerajaan di mata rakyat yang masih berdepan cabaran kos sara hidup.

“Pada masa sama, ia memberi mesej jelas kepada jentera pentadbiran bahawa budaya perbelanjaan mewah tidak lagi relevan dalam pentadbiran kerajaan,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau berpandangan kerajaan perlu memastikan langkah penjimatan tersebut tidak menjejaskan usaha menarik pelaburan asing yang memerlukan lawatan promosi perdagangan yang strategik.

“Kerajaan perlu bijak membezakan antara lawatan yang bersifat pembaziran dengan lawatan yang mempunyai nilai pulangan pelaburan,” katanya.

Tambah beliau, langkah mengetatkan lawatan ke luar negara juga merupakan amalan tadbir urus yang baik bagi mengelakkan lebihan perbelanjaan serta memastikan setiap lawatan mempunyai justifikasi ekonomi yang jelas.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.038292 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list