|
View: 105|Reply: 0
|
[Sabah]
UPKO mahu permohonan 'stay of execution' kerajaan Persekutuan dicabar di Sabah
[Copy link]
|
|
|

EWON
KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mahu permohonan 'stay of execution' yang difailkan kerajaan Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai hak 40 peratus hasil Sabah dicabar di Sabah.
Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick berkata, Jabatan Peguam Negara memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini menetapkan tempoh 180 hari bagi kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah mencapai persetujuan berkaitan pembayaran semula hak 40 peratus kepada Sabah.
“Saya telah menyampaikan pandangan saya di dalam Kabinet dan parti saya, UPKO merasakan keputusan ini perlu dicabar.
“Ini adalah pendirian UPKO kerana kita tidak mahu melihat sebarang usaha untuk melengah-lengahkan apa yang telah diputuskan oleh mahkamah,” katanya kepada media pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), di sini semalam.
Ewon yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan berkata, UPKO berpandangan permohonan yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara itu wajar dicabar bagi memastikan keputusan mahkamah berhubung perkara itu dapat dipertahankan.
“UPKO berpandangan permohonan Jabatan Peguam Negara itu wajar dicabar oleh kita di Sabah.
“Saya percaya Jabatan Peguam Negeri Sabah akan mengeluarkan kenyataan mereka, tetapi UPKO telah menyampaikan pandangan supaya perkara itu dicabar,” katanya.
Sumber : Utusan Borneo
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|