CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2205|Reply: 11

‘Tolong saya carikan adik Ikram’ - Akmal Saleh

[Copy link]
Post time 13-3-2026 09:28 AM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki seorang remaja dikenali sebagai Ikram yang dipercayai berasal dari Jasin, Melaka selepas dilaporkan berada di Kuala Lumpur sebelum menghilangkan diri.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook, beliau berkata, perkara itu diketahuinya selepas tular perkongsian Ketua Aktivis dan Pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan, Mohamad Azhan Mohamed Adnan atau lebih dikenali sebagai Abbe Hae baru-baru ini.




Menurutnya, Ikram dikatakan datang bersendirian dari Jasin ke Kuala Lumpur sebelum keberadaannya tidak lagi dapat dikesan.

“Semalam viral satu cerita daripada Abang He yang kita kenal sebagai seorang aktivis yang banyak membantu gelandangan di Kuala Lumpur.

“Ada seorang adik ni dinamakan Ikram, kalau tak silap saya, yang menyatakan dia datangnya dari Jasin, Melaka iaitu tempat saya juga,” katanya.

Tambah beliau, sebaik mengetahui perkara tersebut, beliau terus meminta isterinya menghubungi isteri Abbe Hae bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai remaja itu.

Bagaimanapun katanya, dimaklumkan bahawa Ikram sudah tidak dapat ditemui pada pagi hari kejadian selepas dipercayai keluar dan menghilangkan diri.

Sehubungan itu, beliau mengambil inisiatif untuk membantu mencari remaja terbabit bagi mengetahui masalah yang dihadapi sehingga sanggup datang bersendirian ke Kuala Lumpur.

“Saya nak ambil inisiatif, kalau adik tu tengok video ini ataupun mana-mana individu yang kenal adik itu, saya cuba nak bantu.

“Kita pun minggu depan nak raya. Apa sahaja masalah yang adik hadapi, beritahu saya,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut merayu kepada rakyat Malaysia supaya memaklumkan kepadanya sekiranya ternampak atau mengetahui lokasi Ikram.

“Saya takkan tinggalkan orang kampung saya, orang Jasin saya takkan tinggalkan.

“Insya-Allah saya nak cari adik ini supaya dia dapat balik ke Jasin beraya bersama keluarga. Kalau tak ada pun, raya dengan saya sekalipun,” katanya.

Semalam, Abbe Hae dalm perkongsiannya di Facebook memberitahu, remaja tersebut ditemuinya kira-kira pukul 2 pagi ketika beliau bersama pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bangsar mengagihkan makanan sahur dan barangan mandian kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, remaja itu memaklumkan telah bergelandangan di ibu negara selama empat hari dan berasal dari Melaka.

Menurutnya, remaja berkenaan mendakwa ibu bapanya telah meninggal dunia dan dia merupakan anak sulung daripada dua beradik.

Katanya lagi, adiknya kini tinggal bersama makcik mereka manakala dia menetap bersama abang saudara, selain semua dokumen pengenalan dirinya dipegang oleh individu tersebut.

“Abbe bagi dia RM100 untuk dia balik semula ke Melaka tapi nampaknya dia seperti tidak akan berpatah balik ke Melaka dan ingin berdikari di Kuala Lumpur,” katanya.

Bagaimanapun, dalam hataran terbaharu Abbe Hae, beliau memaklumkan telah dihubungi oleh saudara kepada Ikram.

“Tadi (semalam) Abbe dihubungi oleh sedara maranya dan bercerita tentang remaja ini…Kalau begitu peel (perangai) remaja ni maka gelaplah masa depannya di Kota Metropolitan.

“Dia dah pun setahun lari dari rumah mak sedara yang menjaganya. Bukan mak sedara tak cari tapi lokasi yang diberi selalu tak betul. Ceritanya belum habis lagi,” katanya.



Sumber :– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2026 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ada isu di rumah.. Semoga yang terbaik untuk adik ini..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 11:00 AM | Show all posts
mEOLLS tunggu plot twist
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Cover malu letew..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk semalam.. Nampak blur budaknya. Aiol rasa mcm ada masalah dlm family yg buat dia nekad bawa diri.. Biasa la hidup menumpang byk cabarannya. Yg peliknya umur2 gini ic dipegang dek abg sedara... Mcm something wrong. Yg dia menghilang tu mungkin sbb Abe Hae tu dok ckp nak hantar balik rumah family
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 11:24 AM | Show all posts
pe cite budak umrah tu
takmau cite pape ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2026 11:30 AM | Show all posts
jasin tu ada felda ada kg lps tu kebanyakkan area jasin belum byk perumahan lg.. yg naik cuma area pekan jasin & botani parkland & Jasin bestari, belah2 sempadan selandar belum berapa maju lg. kalau dpt nama felda, kg, taman sng sikit nk cari fmly budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 12:41 PM | Show all posts
budak sekolah ke? berapa umur dia?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2026 03:00 PM | Show all posts
apa pun dik, semoga dipermudahkan urusan mu, tapi nka raya ni dik, baliklah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukan orang hilang tapi orang lari. Makin ko heboh gini makin dia menyorok. Now dia dah macam penjenayah yang dikehendaki pula.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Org pandai sebab tak nah tgk darkside jadi gelandangan khuenz.. cam sama pelik dengan cerita sebelah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2026 08:27 AM | Show all posts
menyatuni anak yatim ni besar  ganjaran nya. moga dijumpai dan jaga lah kebajikan nya diam-diam.
kita tak tau. ntah ada sedara mara yg amik kesempatan nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2026 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.077205 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list