CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: RAMADAN ITU RAHMAT

[Copy link]
Post time 14-3-2026 07:56 AM | Show all posts


Rakam lelaki buang air dalam tandas, penyelia kilang didenda RM3,000

Batu Pahat: Kelakuan pelik seorang penyelia kilang merakam 'aksi' seorang lelaki sedang melepaskan 'hajat' dalam tandas kompleks beli-belah mengundang padah apabila didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nurasidah A Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Na Yeow Sing, 31, yang mengaku bersalah sebaik pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dikemukakan kepadanya.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa mengaibkan kehormatan dengan merakam lelaki berusia 32 tahun menggunakan telefon bimbit ketika sedang membuang air tanpa pengetahuannya.

Perbuatan itu dilakukan di dalam tandas sebuah kompleks beli-belah di Taman Flora Utama di sini, jam 5.15 petang, 11 Mac lalu.

Menurut fakta kes, ketika kejadian mangsa menyedari perbuatan tertuduh sebelum bertindak mengejar dan berjaya menangkapnya.

Pada jam 6 petang hari sama, sepasukan polis datang ke lokasi dan mangsa menyerahkan tertuduh untuk tindakan lanjut.

Hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit tertuduh mendapati terdapat satu rakaman video memaparkan mangsa membuang air.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan.

Disiarkan pada: Mac 13, 2026
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2026 07:58 AM | Show all posts


Pemilik dan penjaga kaunter didakwa perdagang wanita warga asing

Segamat: Pemilik dan penjaga kaunter rumah urut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi seks, bulan lalu.

Tertuduh, Tee Lee Jie, 23, berhadapan dua pertuduhan manakala Ong Ser Hor, 26, satu pertuduhan dengan kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Rahimah Abd Majid.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Lee Jie dan Ser Hor didakwa memperdagangkan dua wanita warga Indonesia masing-masing berusia 20 dan 22 tahun bagi tujuan eksploitasi seks.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan sebuah pusat refleksologi di Jalan Salim, Kampung Abdullah di sini, antara 26 hingga 28 Februari lalu.

Oleh itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) (Akta 670) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukumannya, penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Di Mahkamah Majistret pula, Lee Jie mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport 1966 (Akta 150) kerana menyimpan pasport kedua-dua mangsa tanpa kuasa sah.

Menurut laporan, kedua-dua mangsa dibawa masuk ke negara ini yang mana mereka dijanjikan sebagai pelayan tertuduh.

Sebaliknya, mangsa diarahkan melakukan kerja mengurut pelanggan yang menyebabkan mereka tidak berpuas hati lalu mengadu perkara itu kepada pihak berkuasa.

Susulan itu, polis melakukan serbuan dan berjaya menahan kedua-dua tertuduh bagi membantu siasatan.

Prosiding di kedua-dua mahkamah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameera Allaudeen manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan Lee Jie diikat jamin RM32,500 bagi kedua-dua pertuduhan manakala Ser Hor, RM30,000 dengan kes disebut semula pada 13 April ini untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.

Disiarkan pada: Mac 13, 2026
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 07:59 AM | Show all posts


Rumah Bangsa: Tarik balik penggantungan ahli UMNO tanpa syarat - Maulizan

Johor Bahru: Bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang mahu parti mempertimbangkan untuk menarik balik penggantungan keahlian beberapa ahli tanpa syarat bagi memperkukuh perpaduan dalam parti.

Maulizan yang digantung keahliannya oleh parti berkata, langkah itu wajar dipertimbangkan sekiranya kepimpinan parti berpendapat UMNO tidak mampu berpecah dan terus lemah.

Katanya, ahli yang digantung sebenarnya masih berstatus sebagai ahli parti, namun hak mereka sebagai ahli dinafikan sepanjang tempoh penggantungan.

"Tidak perlu ada syarat untuk memohon atau merayu kerana mereka yang digantung masih lagi ahli parti, cuma hak sebagai ahli dinafikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain Maulizan, turut digantung selama enam tahun ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan Shahril Sufian Hamdan dan Ketua UMNO Bahagian Jempol Datuk Seri Mohd Salim Sharif.

Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut dipecat UMNO berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Penggantungan dan pemecatan pemimpin UMNO itu diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO pada 27 Januari 2023.

Maulizan yang juga Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram dan sudah lebih 40 tahun bersama UMNO berharap semua pihak dapat mengelakkan daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan usaha penyatuan parti.

"Insya-Allah kami juga tidak memerlukan 'karpet merah' sekiranya ingin kembali kepada UMNO," katanya.

Disiarkan pada: Mac 13, 2026
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 08:12 AM | Show all posts


PERHILITAN pasang perangkap kamera kesan harimau di Kampung Rahmat

Johor Bahru: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memasang perangkap kamera di beberapa lokasi strategik di Kampung Rahmat, Sri Lalang, Kluang bagi memantau pergerakan seekor harimau yang dilaporkan dilihat di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor Ling Tian Soon berkata, langkah itu dilakukan susulan penularan maklumat di media sosial mengenai kehadiran seekor harimau di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan penduduk setempat sentiasa terjamin selain membantu pihak berkuasa menilai situasi sebenar di kawasan berkenaan.

"Saya sendiri turun padang bersama pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi meninjau situasi di lokasi yang dilaporkan.

"Hasil pemantauan awal mendapati pihak PERHILITAN mengambil tindakan segera dengan memasang perangkap kamera (camera trap) di beberapa lokasi strategik bagi memantau pergerakan haiwan tersebut serta mengenal pasti kekerapan kehadirannya," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau panik, dan meminta kerjasama semua pihak supaya pihak berkuasa dapat mengendalikan situasi ini dengan baik.

Beliau turut mengingatkan orang supaya tidak mendekati, mengejar atau melakukan provokasi sekiranya terserempak dengan hidupan liar itu.

"Segera beredar dari kawasan itu dan maklumkan kepada pihak PERHILITAN atau pihak berkuasa berhampiran untuk tindakan lanjut.

"Kerajaan negeri terus bekerjasama rapat dengan PERHILITAN bagi memantau perkembangan situasi ini dari semasa ke semasa serta memastikan langkah sewajarnya diambil demi keselamatan masyarakat dan pemeliharaan hidupan liar," katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 40 saat memaparkan orang awam yang menaiki sebuah kenderaan terserempak dengan seekor harimau bersaiz besar di sebuah belukar di Kampung Rahmat, Sri Lalang, Kluang.

Disiarkan pada: Mac 14, 2026
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 08:23 AM | Show all posts
RAMADAN BULAN KEBERKATAN  
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan (dengan kelebihan yang lain) : Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa ke atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu neraka, dibelenggu Syaitan (supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari Seribu Bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya"

(Hadis Riwayat Imam An-Nasai'e)

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 08:35 AM | Show all posts
Vellfire replied at 13-3-2026 09:20 AM
pagi tari

alhamdulillah sihat..

Selamat pagi Vell

Kurang seminggu lagi kita sambut raya
hujung minggu ni xtvt kemas mengemas rumah
basuh langsir pasang langsir

bahagian yg berat minggu lps dah panggil maid harian buat
nanti dua hari sebelum raya panggil sekali lagi utk bersihkan apa yg patut
dah hujung2 ramadan ni cepat letih



Comments

bersyukur semua dipermudahkan  Post time 30-3-2026 03:51 PM
sebelum raya, raya dan lepas raya ni... tak tau nak cakap how penat semuanya  Post time 30-3-2026 03:50 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2026 08:36 AM | Show all posts
Tashu replied at 13-3-2026 11:10 AM
Morning mek.
Salam jumaat.

morning mek

hepi wiken
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 08:38 AM | Show all posts
Tashu replied at 13-3-2026 05:16 PM
Tak gerak2 page ni cane

tolak sikit pagi ni


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2026 08:39 AM | Show all posts


"Bayangkan kalau balik kampung dipecahkan ikut nombor plat. Hari pertama, hanya plat ganjil dibenarkan bergerak jauh. Hari kedua, nombor plat genap pula. Dengan cara ini jumlah kereta di lebuh raya boleh turun hampir separuh pada satu masa," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 08:39 AM | Show all posts
Selain itu, dia turut mencadangkan bayaran tol yang berubah mengikut waktu perjalanan bagi mengelakkan orang ramai bergerak pada masa yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 08:39 AM | Show all posts
"Sekarang tol sama sahaja tidak kira pukul berapa memandu, tetapi bayangkan jika dibuat begini. Waktu puncak, tol lebih mahal. Waktu tengah malam atau awal pagi, tol lebih murah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 08:39 AM | Show all posts
"Tujuannya untuk pecahkan aliran trafik supaya tidak semua orang bergerak pada masa yang sama," katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 08:40 AM | Show all posts
Dalam masa sama, beliau turut menyentuh tentang keperluan cuti pulang ke kampung secara berperingkat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 08:40 AM | Show all posts
"Jika cuti dibuat berperingkat antara sektor atau syarikat, aliran trafik boleh diagihkan sepanjang beberapa hari. Jumlah kereta keluar serentak akan turun dengan jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 08:40 AM | Show all posts
"Selain itu, cadangan keempat pula ialah kawalan lebih tegas di hentian rehat dan rawat (R&R). Kadangkala kesesakan lebuh raya bermula dari kereta beratur masuk R&R. Apabila parkir penuh, kereta mula berhenti di lorong kiri.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 08:40 AM | Show all posts
"Selain itu, cadangan keempat pula ialah kawalan lebih tegas di hentian rehat dan rawat (R&R). Kadangkala kesesakan lebuh raya bermula dari kereta beratur masuk R&R. Apabila parkir penuh, kereta mula berhenti di lorong kiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2026 08:40 AM | Show all posts
Tarmizi turut mencadangkan penggunaan paparan trafik masa nyata bagi membantu pemandu merancang perjalanan dengan lebih baik, termasuk maklumat kelajuan purata setiap segmen lebuh raya, masa perjalanan sebenar antara bandar, kapasiti R&R dan lokasi smart lane yang sedang aktif
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 08:41 AM | Show all posts
Dalam hantaran sama, dia turut berkongsi dua idea yang dianggap lebih ekstrem iaitu konsep beraya secara dalam talian serta pembangunan kampung dengan kemudahan seperti bandar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 08:41 AM | Show all posts
"Jika fikir lebih jauh lagi, mungkin 10 tahun akan datang ada idea yang lebih gila. Panggilan video satu kampung, duit raya transaksi dalam talian sahaja. Atau satu lagi idea ekstrem, tukar kampung jadi bandar kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 08:41 AM | Show all posts
"Kalau kampung sudah ada sistem MRT atau LRT seperti bandar, mungkin orang tidak perlu memandu jauh untuk bergerak. Bunyi pelik sekarang. Tetapi banyak perkara yang dulu nampak mustahil, hakikatnya mudah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 03:04 PM GMT+8 , Processed in 1.424875 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list