CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: RAMADAN ITU RAHMAT

[Copy link]
 Author| Post time 13-3-2026 05:16 PM | Show all posts
Page 5

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2026 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 13-3-2026 05:15 PM
Hari hari hari rayaaaa

Iye…
Rasa nak sakit
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepala abit pening
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Duk diam2 je la
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok nak keluar
Hmmm…malassssnya ekceli awak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2026 05:53 PM | Show all posts

Kurang fit ya arini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-3-2026 05:54 PM | Show all posts
yangsemb replied at 13-3-2026 05:51 PM
Esok nak keluar
Hmmm…malassssnya ekceli awak

Malas pun terpaksa jugak kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2026 05:55 PM | Show all posts
Tolak cikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2026 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 13-3-2026 05:53 PM
Kurang fit ya arini?

Iye la
Lemah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 07:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Slownya benang ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 13-3-2026 11:09 AM
Welcome tini.
Ur most welcome.

Nasib baik iols sempat landing baru2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 05:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 05:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 05:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 07:47 AM | Show all posts
selamat pagi semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2026 07:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 07:49 AM | Show all posts


Bekas Hakim Besar Malaya meninggal dunia

Kuala Lumpur: Bekas Hakim Besar Malaya dan wanita pertama yang memegang jawatan itu, Tan Sri Siti Norma Yaakob, meninggal dunia di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital di sini, hari ini.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Perkara itu disahkan anaknya Meor Amri Meor Ayob, 56, ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 1.51 tengah hari akibat pneumonia.

Siti Norma dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 6 Julai 1940 dan turut mencatat sejarah sebagai wanita pertama di negara ini yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan serta Hakim Mahkamah Persekutuan.

Allahyarham juga merupakan hakim wanita pertama dari Malaysia yang dilantik menyertai Mahkamah Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC) pada 2008.

Jenazah Allahyarham akan dimandi dan disolatkan di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang pada petang ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana sejurus selesai solat jenazah.

Sementara itu, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Yaacob Md Sam menyifatkan arwah sebagai tokoh kehakiman yang banyak menghasilkan penghakiman bermutu tinggi sehingga menjadi kes pendahuluan dalam isu-isu perundangan penting.

"Saya doakan semoga roh Allahyarham Tan Sri Siti Norma mendapat tempat dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," katanya.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi pula berkata, Allahyarham seorang yang baik hati, tegas serta aktif menghadiri majlis perundangan dan berkongsi pengalaman sepanjang penglibatannya dalam bidang tersebut.

"Kali terakhir saya bertemu Allahyarham tahun lepas pada satu majlis perundangan. Saya amat bangga dengan kejayaan dan pencapaiannya kerana beliau merupakan wanita pertama yang menjadi Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan," katanya.

Disiarkan pada: Mac 13, 2026
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 07:51 AM | Show all posts

KEADAAN Masjid Kariah Sungai Pah berwarna warni pada waktu malam apabila dipasang lampu LED. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

Indahnya masjid 'matcha strawberry'

Jelebu: Siapa sangka masjid lama berusia 45 tahun lalu kini diberi 'nafas' baharu dengan limpahan cahaya berwarna-warn, sekali gus mengubah landskap malam di Kampung Peradong Pergai di sini.

Itu transformasi luar biasa Masjid Kariah Sungai Pah yang kini tampil dengan imej baharu hasil projek pencahayaan ikonik digerakkan secara berperingkat sejak awal Ramadan tahun lalu.

Pengerusi Masjid, Romizi Ariffin berkata, berkat muafakat dan infaq penduduk setempat, pihaknya setakat ini sudah membelanjakan hampir RM6,000 bagi menghias rumah Allah itu dengan lampu LED pelbagai warna, termasuk pada bahagian kubah utama.

Menurutnya, projek berkenaan bertujuan memastikan kawasan masjid tidak lagi gelap dan suram pada waktu malam.

"Kita mahu masjid terang benderang supaya ada pencahayaan yang sesuai termasuk sekiranya ada musafir yang ingin singgah menunaikan solat.

"Inisiatif ini juga bertujuan mencantikkan masjid sehingga idea ini mula mendapat perhatian serta rujukan daripada pengurusan masjid lain untuk dilaksanakan di tempat mereka," katanya ketika ditemui di sini.

Romizi berkata, usaha kreatif pihak pengurusan masjid itu turut mendapat pujian daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Jelebu yang menyifatkan ia sebagai satu anjakan positif dalam mengimarahkan masjid.

Lebih menarik, dia menyasarkan untuk menjadikan kawasan persekitaran masjid lebih meriah dengan konsep pencahayaan seumpama di I-City, Shah Alam secara berperingkat pada masa akan datang.

"Bagi memudahkan pengurusan, lampu LED yang digunakan dipasang dengan sistem automatik yang akan menyala pada jam 7 malam dan terpadam pada jam 7 pagi setiap hari.

"Segala-galanya adalah hasil komitmen dan infaq berterusan penduduk setempat. Mereka banyak membantu dalam menjayakan hasrat murni mencantikkan rumah Allah ini," katanya.

Tambahnya, impak positif mula dirasai apabila pengguna jalan raya kini dapat melihat kubah masjid yang bercahaya dari jarak jauh, sekali gus memudahkan mereka mengenal pasti lokasi masjid itu.

Disiarkan pada: Mac 13, 2026
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 07:54 AM | Show all posts


Abang e-hailing kantoi khalwat, sembunyi atas siling rumah isteri orang

Kluang: Cubaan seorang pemandu e-hailing bersembunyi atas siling gagal apabila ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan wanita yang masih berstatus isteri orang, semalam.

Kedua-dua pasangan itu ditahan pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) hasil aduan dan maklumat awam di sebuah rumah teres dalam daerah ini pada jam 10.30 pagi.

Ketika serbuan dijalankan, pasangan lelaki berusia 30-an ditemukan bersembunyi atas siling selepas cubaan melarikan diri melalui pintu belakang gagal disebabkan penguat kuasa sudah mengepung kawasan terbabit.

Menurut JAINJ, penguat kuasa menjalankan operasi susulan aduan diterima berhubung kekerapan lelaki yang bekerja pemandu e-hailing bertandang ke rumah pasangan berusia 30-an ketika suami keluar bekerja manakala anak ke sekolah.

"Pada hari tangkapan dilakukan, lelaki terbabit meletakkan keretanya sejauh satu kilometer dari rumah wanita bagi mengelak kehadirannya dikesan jiran dan juga penguat kuasa.

"Sebaik tiba di perkarangan rumah didiami wanita itu, penguat kuasa hanya menemui kereta milik wanita selain pintu pagar depan tidak berkunci.

"Sebelum memasuki rumah, dua anggota penguat kuasa ditugaskan untuk menjaga pintu belakang kerana bimbang salah seorang daripada mereka melarikan diri.

"Pada masa sama, penguatkuasa mendapati enjin kereta wanita itu masih panas, rupa-rupanya dia baru sahaja menjemput skandalnya kerana kenderaan diletakkan jauh dari situ," katanya dalam kenyataan.

Kata JAINJ lagi, kira-kira 10 minit selepas pintu diketuk, seorang wanita berpakaian seksi keluar menyebabkan penguat kuasa wanita menegurnya dan meminta menukar pakaian sopan.

Tambahnya lagi, ketika disoal, wanita mendakwa dia berseorangan kerana suaminya bertugas di luar kawasan sementara anak ke sekolah.

Bagaimanapun, penguat kuasa tidak berpuas hati dan tekaan mereka tepat apabila pemeriksaan menemukan siling dalam keadaan ternganga di sebuah bilik.

"Penguat kuasa naik ke siling dan menemukan lelaki tersebut sedang memeluk tiang di sebelah tangki air. Dia mahu melarikan diri melalui pintu belakang buat keputusan sembunyi atas siling selepas melihat kelibat anggota penguat kuasa.

"Lelaki itu sudah beristeri dan bekerja swasta serta menjadi pemandu e-hailing secara sambilan, menetap di daerah lain 100 kilometer dari sini.

"Apabila ditanya bagaimana hubungan dengan isterinya, lelaki menjawab mereka tiada masalah. Wanita pula memberitahu hubungannya dengan suami amat dingin dan berhasrat untuk bercerai," katanya.

Katanya, siasatan mendapati pasangan ini berkenalan sejak hampir setahun lalu tanpa pengetahuan isteri lelaki dan suami wanita itu.

"Kami bertanyakan tujuan lelaki itu datang ke rumah dan dia menjawab untuk hantar barang wanita ini. Alasannya ada juga logik tetapi masalahnya kenapa perlu masuk ke dalam rumah selain mengunci pintu serta menyorok atas siling?

"Justeru, kedua-dua mereka ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana berkhalwat," katanya.

Disiarkan pada: Mac 13, 2026
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2026 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.215454 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list