CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: RAMADAN ITU RAHMAT

[Copy link]
Post time 16-3-2026 08:07 AM | Show all posts


MOT sedia pertimbang cadangan insentif pelupusan motosikal lama untuk B40 - Loke

Seremban: Kementerian Pengangkutan (MOT) terbuka untuk mempertimbangkan cadangan memperkenalkan insentif pelupusan motosikal lama bagi golongan B40, namun ia hanya boleh dilaksanakan sekiranya terdapat inisiatif terlebih dahulu daripada pengeluar motosikal tempatan.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini, kementeriannya baru sahaja menerima cadangan berhubung perkara berkenaan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belum menelitinya secara terperinci.

Katanya, pihaknya tidak menolak idea berkenaan, tetapi pendekatan itu memerlukan kerjasama pihak pemain industri dan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan.

"Kalau ada inisiatif daripada pihak pengeluar, bawa kepada kerajaan dan kita akan bincangkan. Pihak berkenaan (pengeluar) perlu ada inisiatif berkenaan dan tidak boleh hanya harap kerajaan sahaja," katanya kepada pemberita selepas perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Peringkat Kebangsaan Kali ke-28, di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), di sini, hari ini.

Jelas Loke, model sama pernah digunakan dalam program pelupusan kereta lama apabila pengeluar automotif tempatan memulakan inisiatif itu sebelum kerajaan menyalurkan sokongan tambahan.

Beliau berkata, inisiatif itu dimulakan oleh Proton dan Perodua tahun lalu.

"Untuk motosikal, kena tanya pengeluar, mereka kena ada inisiatif itu terlebih dulu dan jika ada, ia sudah tentu dipasang atau diberikan kepada pengeluar tempatan.

"Ini adalah cadangan baharu dan kita (MOT) tidak menolak, bawa inisiatif itu kepada kerajaan untuk dipertimbangkan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, kira-kira 5,000 pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun bakal menerima Geran Padanan Penggantian Kenderaan Lama untuk membeli kereta baharu yang lebih moden, selamat, cekap tenaga serta mesra alam.

Program Geran Padanan Penggantian Kenderaan Lama (Belanjawan 2026) menawarkan insentif sehingga RM4,000 (RM2,000 geran kerajaan + RM2,000 padanan pengeluar) untuk menukar kenderaan berusia 20 tahun ke atas kepada kereta baharu.

Ia bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya, mengurangkan pelepasan karbon, dan membantu 5,000 pemilik dengan peruntukan RM10 juta.

Dalam perkembangan lain, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, penggunaan lorong kecemasan sebagai 'smart lane' di beberapa lebuh raya akan dikaji semula susulan laporan berlaku kemalangan di laluan berkenaan.

"Memang kita ada menerima data menunjukkan kemalangan berlaku di smart lane, saya rasa kita perlu buat kajian semula.

"Kita akan teliti dan kaji pelaksanaan serta keberkesanan smart lane ini kerana ia berada di bawah bidang kuasa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta agensi berkaitan. Kita akan nilai semula kerana keutamaan kita adalah keselamatan pengguna lebuh raya," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2026 08:09 AM | Show all posts


Pekerja asing bermasalah serbu pejabat imigresen, demi pulang beraya Aidilfitri

Seremban: Warga asing terutama berasal dari Indonesia mengambil kesempatan untuk 'mudik' ke kampung berhari raya menerusi Program Repatriasi Migran (PRM) 2.0.

Tinjauan di Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Senawang, di sini, semalam, mendapati warga asing mula beratur panjang di hadapan premis berkenaan seawal jam 7 pagi meskipun pejabat hanya dibuka jam 8 pagi.

Menerusi program pemutihan berkenaan, warga asing yang mempunyai masalah seperti tiada pas atau tinggal lebih masa diberi peluang pulang ke negara asal secara sukarela tanpa pendakwaan dengan beberapa syarat.

Warga Bangladesh yang bekerja dalam sektor pembinaan ketika ditemui berkata, dia datang dari Selayang, Selangor dan tiba di hadapan pejabat berkenaan kira-kira jam 6 pagi.

Menurutnya, dia mempunyai masalah dengan pas kerjanya dan selepas mengetahui mengenai PRM, dia berhasrat untuk pulang ke Bangladesh sempena Aidilfitri. Sementara itu, Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, program berkenaan dilaksanakan secara berperingkat sejak 2024.

"PRM 1.0 bermula Mac 2024 hingga Mac 2025 manakala PRM 2.0 dari Mei 2025 hingga April 2026. Seperti yang kami jangkakan, ramai warga asing terutama dari Indonesia dan Bangladesh akan gunakan peluang ini untuk pulang sempena Aidilfitri. "Kami nampak peningkatan jumlah yang datang ke pejabat mulai awal Februari lalu dan semakin meningkat sejak dua minggu lalu," katanya ketika ditemui, malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya membuka kaunter di Pejabat JIM di Senawang bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang dan menghadkan seramai 150 pelanggan sahaja sehari.

"Bagaimanapun, sejak dua minggu lalu kami terima sehingga 180 pelanggan yang 'walk-in' bagi menyertai PRM ini dan kakitangan kami terpaksa bekerja sehingga jam 10 malam.

Beliau berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi warga asing adalah mesti memiliki pasport sah dan tiket perjalanan dalam tempoh 14 dari tarikh memohon PRM.

"Mereka akan dikenakan kompaun RM500 bagi yang tiada pas atau tinggal lebih masa, RM300 bagi langgar syarat pas RM20 bagi pas khas," katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga menerima warga asing yang datang secara walk-in dari negeri lain dan kebanyakkannya dari Selangor dan Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 08:14 AM | Show all posts


Nasihat Agong dan Tunku Mahkota Ismail jadi pegangan Onn Hafiz tadbir Johor

Johor Bahru: Nasihat dan bimbingan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail sentiasa menjadi panduan penting buat Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam menerajui pentadbiran negeri sepanjang empat tahun lepas.

Onn Hafiz, 47, berkata, tunjuk ajar, panduan dan pengalaman daripada Sultan Ibrahim yang juga Sultan Johor serta Tunku Mahkota Ismail banyak menjadi "kompas" untuknya mencari arah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua pentadbiran negeri sejak dilantik pada Mac 2022.

Beliau berkata, antara pesanan yang paling diingati ialah titah Sultan Johor ketika beliau mula-mula dilantik sebagai Menteri Besar empat tahun lepas.

"Datuk, bila jadi pemimpin ini, letak diri awak rendah sedikit daripada rumput. Jangan menyombong, jangan bongkak, jangan angkuh kerana datuk memimpin untuk berkhidmat kepada rakyat, jadi pembawakan itu sangat penting," katanya mengimbau titah nasihat itu.

Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama Bernama yang diketuai Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj di Saujana, kediaman rasmi bagi Menteri Besar Johor di sini baru-baru ini.

Onn Hafiz berkata, kata-kata itu sentiasa tersemat dalam ingatannya dan menjadi peringatan berterusan agar beliau kekal merendah diri serta amanah dalam memikul tanggungjawab memimpin negeri.

Pada masa sama, beliau berkata, Pemangku Sultan Johor juga sering menasihatinya supaya tidak melupakan jati diri Bangsa Johor walaupun negeri ini terus membangun.

"Datuk, kalau kita nak bangunkan Johor, jangan sekali-kali kita lupakan diri kita. Kita tidak boleh lupa siapa kita sebagai rakyat Johor. Bangunkan negeri, bangunkan negara tetapi pada masa sama jangan lupa siapa diri kita sebagai satu bangsa," katanya mengimbau titah itu.

Onn Hafiz berkata, beliau turut bertemu Pemangku Sultan Johor beberapa kali seminggu bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pentadbiran negeri termasuk kebajikan rakyat, ekonomi dan pembangunan infrastruktur.

Beliau berkata, sokongan dan nasihat daripada Istana Johor menjadi pemangkin semangat untuk beliau terus bekerja demi rakyat.

"Saya sangat menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor dan Pemangku Sultan Johor yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya," katanya.

Onn Hafiz ketika ditanya sejauh mana baginda berdua membantunya sepanjang empat tahun mentadbir negeri mengakui sokongan yang diberikan amat besar.

"Mereka banyak membantu saya, banyak sangat. Bantuan dan nasihat daripada Tuanku Sultan Johor serta Pemangku Sultan Johor terlalu banyak," katanya.

Beliau berkata peranan institusi Istana Johor dalam pentadbiran negeri bukan perkara baharu, sebaliknya telah menjadi tradisi sejak dahulu.

"Saya yakin sejak Menteri Besar Johor yang pertama lagi, memang begitulah caranya di Johor. Istana Johor memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri," katanya.

Onn Hafiz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 pada 15 Mac 2022 di Istana Bukit Serene di sini pada usia 44 tahun, menggantikan Datuk Hasni Mohammad.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 08:15 AM | Show all posts


Murid tahun satu dakwa dipukul, guru besar ditahan polis

Johor Bahru : Seorang murid tahun satu sebuah sekolah rendah di daerah ini ditemui dalam keadaan trauma dan cedera dalam tandas sekolah selepas mendakwa dipukul guru besar sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, sejurus menerima laporan polis dibuat bapa mangsa, suspek lelaki berusia 48 tahun itu kemudian ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, suspek itu disyaki memukul mangsa yang berusia tujuh tahun itu sehingga cedera ketika di kantin sekolah jam 7.39 pagi, Selasa lalu.

"Pada 10 Mac lalu, jam 9.46 pagi, kita menerima laporan dibuat seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun memaklumkan anak lelakinya berusia tujuh tahun dipukul oleh suspek iaitu guru besar di sekolah tempat anaknya belajar.

Johor Bahru : Seorang murid tahun satu sebuah sekolah rendah di daerah ini ditemui dalam keadaan trauma dan cedera dalam tandas sekolah selepas mendakwa dipukul guru besar sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, sejurus menerima laporan polis dibuat bapa mangsa, suspek lelaki berusia 48 tahun itu kemudian ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, suspek itu disyaki memukul mangsa yang berusia tujuh tahun itu sehingga cedera ketika di kantin sekolah jam 7.39 pagi, Selasa lalu.

"Pada 10 Mac lalu, jam 9.46 pagi, kita menerima laporan dibuat seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun memaklumkan anak lelakinya berusia tujuh tahun dipukul oleh suspek iaitu guru besar di sekolah tempat anaknya belajar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 08:17 AM | Show all posts


Gempa bumi lemah 3.2 magnitud landa perairan Batu Pahat

Muar: Gempa bumi lemah berskala 3.2 magnitud direkodkan di perairan Batu Pahat petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, gempa bumi lemah itu berlaku kira-kira 10 kilometer Barat Daya, Batu Pahat.

Katanya, ia berpusat pada koordinat 1.7 darjah timur, 102.7 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.

"Gempa bumi lemah direkodkan pada jam 6.07 petang dengan gegaran mungkin dirasai di sekitar kawasan itu. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Muar: Gempa bumi lemah berskala 3.2 magnitud direkodkan di perairan Batu Pahat petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, gempa bumi lemah itu berlaku kira-kira 10 kilometer Barat Daya, Batu Pahat.

Katanya, ia berpusat pada koordinat 1.7 darjah timur, 102.7 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.

"Gempa bumi lemah direkodkan pada jam 6.07 petang dengan gegaran mungkin dirasai di sekitar kawasan itu. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 08:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2026 08:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 08:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2026 08:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 08:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 08:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 08:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 08:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Woot Woor
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tepeks foodie
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang makan smlm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2026 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Empat
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Toga
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua……
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2026 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu….
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2026 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.942489 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list