CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1582|Reply: 0

[Tempatan] Bau busuk bongkar penemuan mayat dalam rumah

[Copy link]
Post time 12-3-2026 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Bau busuk bongkar penemuan mayat dalam rumah
Juwan Riduan - Mac 12, 2026 @ 3:56pm

Pasukan polis dan bomba menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat mangsa di kawasan Puncak Gloxinia, Kinarut, Papar. Foto ihsan PDRM

KINARUT: Misteri bau busuk yang dihidu penghuni kondominium di kawasan Puncak Gloxinia, di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di kediamannya, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, lelaki berusia 32 tahun ditemui terbaring di ruang tamu kediaman berkenaan selepas pintu rumah dibuka dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Heryan Mohd Tahir, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai bau tidak menyenangkan yang dipercayai datang dari rumah di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, susulan maklumat itu, polis bersama JBPM bertindak membuka pintu rumah yang berkunci sebelum menemui lelaki terbabit dalam keadaan tidak bernyawa.

"Hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang tanda yang menunjukkan berlakunya unsur jenayah. Selain itu, barang-barang peribadi milik si mati juga masih berada di dalam rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Papar untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian sebenar.

"Kes berkenaan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi IPD Papar atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2026 01:04 PM GMT+8 , Processed in 1.940599 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list