CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki ugut sebar video bogel wanita didenda RM5,000

[Copy link]
Post time 12-3-2026 01:32 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang lelaki berusia 23 tahun didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dengan mengancam untuk menyebarkan video bogel seorang wanita.

Tertuduh Mohammad Iezuaniezam Abdullah dari Petra Jaya, Kuching, mengaku bersalah atas tuduhan tersebut yang dilakukan pada jam 6.46 pagi, 19 Mei 2025 di asrama pelajar sebuah kolej tempatan di sini.

Mengikut pertuduhan tersebut, tertuduh mengugut seorang wanita bahawa dia akan menyebarkan video bogel wanita itu sekiranya mangsa gagal memberikan RM100, dengan niat menimbulkan ketakutan kepada mangsa.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 506 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu berada di asrama pelajar apabila menerima mesej WhatsApp daripada tertuduh yang menyatakan hasratnya untuk menyebarkan dua video bogel mangsa di Telegram.

Mohammad Iezuaniezam didakwa memberitahu pengadu bahawa sekiranya tidak mahu video tersebut disebarkan, dia perlu membayar RM50 bagi setiap video.
Siasatan mendapati pengadu mengenali tertuduh sejak Mac 2024 selepas mereka berkenalan melalui TikTok.

Mereka sering berhubung melalui WhatsApp, termasuk membuat panggilan video, namun tidak pernah bertemu secara bersemuka.

Susulan ugutan tersebut, pengadu telah membuat laporan polis.

Polis kemudian menahan Mohammad Iezuaniezam kira-kira jam 1.15 petang pada 3 Mac 2026 di Kampung Semariang, Petra Jaya.

Sebuah telefon bimbit dan kad SIM miliknya turut dirampas semasa penahanan.

Dalam perbarisan pengecaman yang dijalankan pada 5 Mac 2026, pengadu berjaya mengecam tertuduh secara positif.

Siasatan mendapati ugutan yang dibuat melalui WhatsApp itu merupakan satu tindakan intimidasi yang boleh mencemarkan reputasi pengadu serta bertujuan menakutkannya dan memaksanya menyerahkan wang yang secara undang-undang tidak wajib diberikannya.

Kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haris Denial Mohamed Hassan manakala Mohammad Iezuaniezam tidak diwakili peguam bela.
Dia kemudian diperintah bebas setelah membayar denda tersebut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.105698 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list