CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 140|Reply: 0

[Sarawak] ​​​​​​​Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman gantung ke atas suami isteri dalam kes bunuh di Sibu

[Copy link]
Post time 12-3-2026 01:29 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Padah terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah, seorang lelaki didenda RM3,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan pihak polis dua tahun.

Tertuduh, Chin Vui Kiat, 32, dari Taman Tunku di sini didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara hingga dua tahun dan serta-merta dikehendaki menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaimana ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didapati menggunakan dadah berbahaya jenis amphetamine, methamphetamine, methylenedioxy-amphetamine (MDA) dan 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA) yang tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.40 pagi, 14 September 2025 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Pendakwaan kes dikendalikan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Ashok Linggam, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2026 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.045429 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list