CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 127|Reply: 0

[Sarawak] Premier Sarawak hadiri Majlis Khatam Al-Quran, Iftar Perdana Agensi-Agensi Islam Sarawak

[Copy link]
Post time 12-3-2026 01:13 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari mendahului bacaan ayat-ayat suci al-Quran sempena Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana Agensi-Agensi Islam Sarawak di Kuching malam Rabu. - Gambar Penerangan

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana Agensi-Agensi Islam Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sarawak, malam tadi.

Menurut satu kenyataan, majlis dimulakan dengan bacaan khatam al-Quran yang didahului oleh Abang Johari sebelum diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama para hadirin.

Para hadirin kemudian menunaikan solat fardu Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Imam Besar Sarawak Ustaz Mohammad Ihsan Haidzir.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada 50 penerima terdiri daripada 12 lelaki dan 38 wanita melibatkan peserta mualaf dari Kuching dan Samarahan yang mengikuti Kelas Saudara Kita anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Setiap penerima menerima sumbangan Aidilfitri sebanyak RM100 bagi membantu membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Majlis kemudian diteruskan dengan solat fardu Isyak secara berjemaah diikuti solat sunat tarawih dan witir serta moreh.

Sebanyak 14 agensi Islam terlibat dalam penganjuran majlis berkenaan antaranya Pejabat Majlis Islam Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS), Jabatan Mufti Sarawak dan Jabatan Pendakwaan Syariah Sarawak.

Turut serta ialah Pusat Pengembangan Al-Quran Darul Hana, Tabung Baitulmal Sarawak, Biro Perkhidmatan Pendidikan, Pusat Penerangan Islam, Yayasan Wakaf Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) serta Lembaga Tabung Haji Negeri Sarawak.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha serta Mufti Sarawak Datu Khalidi Ibrahim.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.042368 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list