CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

[Sarawak] Niat selamatkan anak, ibu bapa jadi mangsa sindiket pinjaman dalam talian tidak sah

[Copy link]
Post time 12-3-2026 01:02 PM | Show all posts |Read mode


Lucas (kiri) bersama ibu mangsa ketika tampil membuat laporan polis di Sibu pada petang Rabu.

SIBU: Niat ibu bapa untuk menyelamatkan anak lelaki mereka daripada jerat sindiket pinjaman dalam talian akhirnya membawa kerugian besar apabila lebih RM100,000 wang milik mereka lesap dalam tempoh lebih sebulan.

Tragedi yang menimpa keluarga itu bermula apabila anak mereka terperdaya dengan iklan pinjaman kewangan di media sosial yang menyamar sebagai syarikat pembiayaan sah.

Akibat kurang pengalaman dan terdesak mendapatkan wang, pemuda berkenaan dibebani hutang sebanyak RM30,000 yang merupakan pinjaman terkumpul dalam masa satu bulan, bermula dengan RM1,000 hingga menjadi RM30,000 tanpa menyedari bahawa tawaran tersebut sebenarnya adalah taktik licik sindiket penipuan.

Tidak lama selepas itu, sindiket terbabit mula mengenakan pelbagai caj dan bayaran tambahan yang kononnya diperlukan untuk meluluskan serta memproses pinjaman berkenaan.

Apabila mangsa gagal memenuhi tuntutan tersebut, sindiket berkenaan mula mengeluarkan pelbagai ugutan termasuk mahu menyimbah cat dan membakar rumah keluarga itu.

Lebih membimbangkan, mereka turut mengugut untuk mencampakkan dadah ke dalam kediaman mangsa bagi memerangkap keluarga tersebut.

Tekanan dan ketakutan yang dialami menyebabkan ibu bapa mangsa mengambil keputusan untuk membayar tuntutan sindiket itu dengan meminjam wang daripada rakan-rakan serta saudara-mara.

Namun, bayaran demi bayaran yang dibuat tidak pernah menghentikan tuntutan sindiket tersebut.

Dalam tempoh lebih sebulan, ibu bapa mangsa akhirnya menyerahkan lebih RM100,000 kepada penipu — jumlah yang jauh melebihi pinjaman asal yang dipohon anak mereka sebanyak RM30,000.

Ugutan berterusan itu turut menyebabkan mangsa serta ibu bapanya mengalami tekanan emosi yang serius sehingga menjejaskan kesejahteraan mental mereka.

Dalam keadaan buntu, keluarga berkenaan akhirnya tampil mendapatkan bantuan daripada Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sarawak di sini pada petang Rabu.

Susulan itu, Yang Dipertua MTPN Sarawak, Lucas Lau, kemudian mengiringi mangsa membuat laporan polis di sini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa.

Menurut Lucas, perbuatan sindiket tersebut bukan sahaja tidak berperikemanusiaan, malah melanggar undang-undang sedia ada.

“Kes ini boleh disiasat di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 selain Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan penipuan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai tawaran pinjaman mudah yang diiklankan di media sosial.

“Jika anda sudah terjerat, jangan terus membayar kerana tuntutan mereka tidak akan pernah berakhir. Hentikan komunikasi, simpan semua bukti perbualan serta transaksi dan segera buat laporan kepada pihak berkuasa,” tegasnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.186117 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list