CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 111|Reply: 0

[Sarawak] Operasi SAR lelaki hilang di hutan Sungai Penyulau masuki hari keempat

[Copy link]
Post time 12-3-2026 01:00 PM | Show all posts |Read mode


Operasi SAR diperluaskan kepada antara enam hingga tujuh kilometer dari PKOB hari ini. - Gambar JBPM

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran Sungai Penyulau di sini terpaksa ditangguhkan pada petang tadi selepas usaha pencarian yang memasuki hari keempat masih gagal menemui mangsa.

Pusat Gerakan Bomba dan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, keputusan menangguhkan operasi dibuat kira-kira jam 5 petang selepas perbincangan bersama pihak polis.

Katanya, operasi SAR pada hari keempat dimulakan sekitar jam 10 pagi selepas taklimat kerja serta pembahagian kawasan pencarian diberikan kepada semua anggota yang terlibat.

“Radius pencarian diperluaskan antara lima hingga enam kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB), namun sehingga jam 12.30 tengah hari mangsa masih gagal ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Pasukan penyelamat diberi taklimat sebelum operasi SAR diteruskan hari ini. - Gambar JBPM

Beliau berkata, operasi kemudian disambung semula pada jam 2 petang dengan pasukan SAR dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi memperluas lingkungan kawasan pencarian.

“Lingkungan pencarian seterusnya diperluaskan kepada antara enam hingga tujuh kilometer dari PKOB, namun sehingga jam 4 petang mangsa masih belum berjaya dikesan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, hasil perbincangan bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), operasi SAR bagi kes orang hilang itu ditangguhkan pada jam 5 petang dan akan disambung semula hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Richard Lee Apang, 22, dilaporkan keluar dari rumah panjang, Rumah Ricky Umbar Jalani tanpa pengetahuan ahli keluarga kira-kira jam 4 petang pada 7 Mac lalu.

Menurut maklumat keluarga, kehilangan mangsa disedari selepas dia tidak pulang ke rumah sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit.
Difahamkan, mangsa keluar dari rumah tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit.

Mangsa berbangsa Iban, berkulit hitam manis serta berambut panjang berwarna hitam dan kali terakhir dilihat memakai jersi berwarna hijau serta seluar jeans pendek berwarna hitam.

Operasi SAR setakat ini melibatkan 30 anggota daripada pelbagai agensi termasuk 12 anggota polis, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta 13 penduduk kampung yang turut membantu usaha pencarian.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.297843 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list