CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

[Sabah] MCMC siasat segera kes pijak al-Quran

[Copy link]
Post time 12-3-2026 12:28 PM | Show all posts |Read mode


SIASAT: Tangkap layar sebuah pemilik akaun Facebook individu memijak al-Quran.

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melaksanakan siasatan segera berhubung penyebaran visual di media sosial yang memaparkan tindakan biadab seorang individu memijak al-Quran.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, visual berkenaan dikesan tersebar di platform Threads dan Facebook sebelum mencetuskan kemarahan orang ramai.

Menurutnya, perbuatan itu bukan sahaja menghina agama Islam, malah berpotensi mencetuskan ketegangan serta menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Hasil semakan awal mendapati hantaran asal berkenaan sudah dipadam, manakala akaun yang dipercayai menggunakan nama ‘Dickie Borneo’ tidak lagi dapat dikesan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti individu yang terbabit,” menurut kenyataan itu.

MCMC berkata, hasil pemantauan lanjut turut mendapati beberapa hantaran lain yang mengandungi unsur penghinaan agama dipercayai melibatkan individu sama dalam sebuah kumpulan media sosial.

Katanya, semua kandungan berkaitan sudah dipelihara sebagai bahan bukti bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

“MCMC kini bekerjasama dengan platform media sosial untuk mendapatkan maklumat pemilik akaun bagi mengenal pasti individu terbabit.

“Pada masa sama, MCMC turut bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan tegas dan segera dapat diambil,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan semula kandungan yang boleh mencetuskan ketegangan serta menjejaskan ketenteraman awam.

MCMC menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang kandungan yang menghina agama, menghasut kebencian atau menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja.

“Tindakan tegas boleh dikenakan di bawah undang-undang sedia ada,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.278252 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list