CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

[Sabah] 20 kubur terjejas akibat tanah runtuh di Sandakan

[Copy link]
Post time 12-3-2026 12:15 PM | Show all posts |Read mode


RUNTUH: Tanah runtuh mengakibatkan kira-kira 20 kubur rosak.

SANDAKAN: Kira-kira 20 petak kubur di Tanah Perkuburan Jalan Sim Sim di sini terjejas akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku pagi tadi.

Susulan kejadian itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan telah menjalankan pemantauan di lokasi terlibat bagi menilai tahap keselamatan kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan APM, sepasukan anggota daripada Skuad Delta digerakkan ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan serta menilai keadaan semasa di kawasan tanah perkuburan itu.

“Hasil pemantauan mendapati kejadian runtuhan tanah itu melibatkan kira-kira 20 petak kubur di kawasan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, katanya, kejadian itu tidak menjejaskan laluan jalan raya berhampiran, dengan jarak antara kawasan runtuhan dan jalan utama dianggarkan kira-kira 12 meter.

APM turut memaklumkan bahawa risiko runtuhan susulan masih wujud sekiranya hujan lebat berterusan. Pemantauan berkala akan terus dilakukan bagi memastikan keadaan kekal terkawal dan selamat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mengelakkan berada terlalu hampir dengan kawasan runtuhan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.136142 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list