CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2343|Reply: 28

“Arwah Akiko Dulu Bersungguh Cari Ustazah Ajar Sky, Tanamkan Rasa Cinta Pada Al-Quran”

[Copy link]
Post time 12-3-2026 10:21 AM | Show all posts |Read mode




Usahawan Ridzuan Ridzokumura berkongsikan seandainya arwah isterinya, Akiko masih ada pasti akan rasa bangga melihat anak mereka, Sky Taizo Okumura.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ridzuan memuat naik video memaparkan anaknya dilihat sedang membaca ayat al-Quran.




Menurutnya, arwah isterinya yang mendidik anak mereka mengenali Al-quran dan kini Sky berusaha untuk mengaji walau dimana pun dia berada.

“Kalaulah arwah ibu Sky masih ada di dunia ini, pasti hatinya akan dipenuhi rasa sebak dan bangga melihat anaknya.

“Di mana sahaja Sky berada, dia tetap berusaha mengaji..di dalam kereta, ketika menunggu atau ada kesempatan. Al-Quran sentiasa cuba dibaca dan dihafalnya,” katanya.

Kata Ridzuan lagi, Akiko yang bersungguh-sungguh serta berusaha mencari ustazah untuk mengajar anaknya membaca al-Quran.

“Semua itu bukan datang begitu sahaja. Ia lagi daripada didikan seorang ibu yang penuh kasih sayang. Arwah ibunyalah yang dahulu bersungguh-sungguh mencari ustazah untuk mengajarnya, menanamkan cinta kepada al-Quran sejak kecil.

“Sehingga hari ini, kenangan itu masih hidup dalam diri Sky. Didikan itu terus menjadi cahaya yang membimbing langkahnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ridzuan turut menzahirkan ucapan terima kasih buat arwah isterinya yang mendidik anak mereka dengan baik.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur melihat Sky membesar dengan akhlak dan pegangan yang bergitu indah. Terima kasih yang tidak terhingga buat arwah Akiko Okumura kerana kasih dan didikan seorang ibu itulah Sky menjadi seorang anak yang begitu baik dan dekat dengan al-Quran.

“Semoga Allah merahmati dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Sumber: Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2026 01:20 PM | Show all posts
Start dah ratapan ponen hangus filter 1001 lapis ni.... ada pulak isteri mualaf yang ajar... kau memang asal islam kan.. bukan yindu sri lanka pun...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 04:24 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 12-3-2026 01:20 PM
Start dah ratapan ponen hangus filter 1001 lapis ni.... ada pulak isteri mualaf yang ajar... kau mem ...





Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnya Sky


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 11:19 PM | Show all posts
dah kenapa bukan kau yang dah memang asal islam yang bersungguh cari tunjuk ajar anak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 11:23 PM | Show all posts
yang ustaz tu boleh pulak tengah2 ajar budak mengaji sambil tu nak isap rokok?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2026 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Stop stopla menunggang anak wajah japan nnt stress budak
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Try hard sgt org tua ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2026 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 13-3-2026 06:46 AM
Stop stopla menunggang anak wajah japan nnt stress budak

Gen mamak ni .. biasa turun kat ank banyak jgak ni sky xde langsung nampak sipi2 pun gen mamak tu .. ke mmg jenis x kuat dna dorang
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 07:36 AM | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 13-3-2026 07:33 AM
Gen mamak ni .. biasa turun kat ank banyak jgak ni sky xde langsung nampak sipi2 pun gen mamak tu  ...

Hanya ujian DNA yg boleh beritau berapa peratus.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bulanbaru replied at 13-3-2026 07:36 AM
Hanya ujian DNA yg boleh beritau berapa peratus.

Hope x propa lah .. aku menyampah org2 propa ni .. zaman skrg x boleh percayabdh dok ingat ank sndiri rupanya bukan ..



Rancangan ni dh membuktikan ramai yg pelihara bukan dna sndiri ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AWEKSAMURAI at 13-3-2026 07:54 AM
Bulanbaru replied at 13-3-2026 07:36 AM
Hanya ujian DNA yg boleh beritau berapa peratus.


Tp muka sky tu mcm muka ank zarina juga sesikit mybe jenis gen mamak x kuat sgt ... So x nampak mix mamak tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 08:51 AM | Show all posts
tak abes2 lagi ke menunggeng arwah isteri?

tak silap bulan puasa last year kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 10:41 AM | Show all posts
yang muallaf tu arwah isteri nya..
dah kenapa anak dia yg lahir2 islam pulak dah macam gaya muallaf?
baru belajar itu ini walau dah besar?

salahkan bapak dia.
bapaknya bukan muallaf. Sepatutnya dari lahir lagi anak tu dah dibesarkan cara islam walaupon mak dia jepun.
ini kesian budak tu..
bahasa melayu pon tak fasih.
patutnya bonusla.. BM n japanese both bahasa fasih.
sebagaimana kau dibesarkan dulu.. antar mengaji ke.. kelas agama masa kecik2 ke..
begitula patutnya si Sky ni dibesarkan.

ke dorang ni dulu duduk overseas sampai susah nak belajar mengaji apa smua ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 10:53 AM | Show all posts
itu je la modal nya
tak sedar agaknya sendiri buka pekung di dada
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 11:40 AM | Show all posts
sejenis tonggang cerita bini dah meninggal jugak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2026 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
boring betul la
anak tu dah bangka
dgn cakap melayu tak brp nak reti
bukannya kau tinggal kat jepun
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ponen kelabu fefeeling terpaling jepun pdhal geng mamak kelam je pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2026 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat filter mamak ni sampai wife dah xde msih x tahu rupa sebenar arwah yg sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2026 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 12-3-2026 01:20 PM
Start dah ratapan ponen hangus filter 1001 lapis ni.... ada pulak isteri mualaf yang ajar... kau mem ...

Ko dengki ek.. Hehehe.. Sengaja menambah api..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.068728 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list