CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3825|Reply: 29

Pemandu lori ditahan, pukul isteri guna botol deodoran serta menampar muka mangsa gara-gara pengecas telefon rosak

[Copy link]
Post time 11-3-2026 04:05 PM | Show all posts |Read mode





Batu Pahat: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencederakan isteri menggunakan botol deodoran serta menampar muka mangsa gara-gara pengecas telefon rosak.

Tertuduh, Ahmad Tajul Kushri Ahmad Tajul Ariffin, 48, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa mencederakan isterinya berusia 44 tahun di sebuah rumah di Peserai, di sini, jam 5 petang, 6 Mac lalu.

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya manakala Seksyen 326A, penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan atas sabitan kesalahan mengikut Seksyen 323.

Mengikut laporan, tertuduh berselisih faham dengan isterinya kerana menuduh mangsa tidak menjaga anak dengan baik selain menyebabkan barangan rosak termasuk pengecas telefon.

Tertuduh kemudian memukul mangsa menggunakan botol deodoran serta menampar muka mangsa. Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera dan mengalami masalah pendengaran akibat dihentak dengan botol kaca.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YGBK).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 serta memerintahkannya melapor diri di balai polis berhampiran tiga minggu sekali.

Kes disebut semula 5 Mei untuk serahan dokumen dan lantikan peguam tertuduh.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2026 05:16 PM | Show all posts
bangangnya perangai palat
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2026 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak guna jantan
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2026 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2026 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh file cerai kak. Semoga akak bertabah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 12:49 AM | Show all posts
inilah akibatnya
nikah dengan orang takde pelajaran dan iQ rendah dan miskin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2026 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Igt budak kecik je obses ngn gajet sampai nak amuk2
Yg tua pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa kt luar sana ada jugak kes pukul bini, tp antara nk report ke x je. Kalau report mcm ni la jdnya. Tp kes ni serius sbb kerana ada masalah pendengaran. Mmg ptut pun kena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2026 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
naye anak org... mlm kau peluk.. siang kau balun.. barua.. sampai cacat
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 08:07 AM | Show all posts
baran nyaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 09:02 AM | Show all posts
TOPwind replied at 12-3-2026 12:49 AM
inilah akibatnya
nikah dengan orang takde pelajaran dan iQ rendah dan miskin

totally totally


elok terus fail cerai

jgn toleh belakang lagi dah

ni hari dihempuk

klu balik, tah esk2 ape plk dibuatnya

jantan x guna sesen ni biar die mereput sorg2


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 09:45 AM | Show all posts
hart_attack replied at 11-3-2026 11:43 PM
Iols rasa kt luar sana ada jugak kes pukul bini, tp antara nk report ke x je. Kalau report mcm ni la ...

Termasuklah kes bini pukul suami. Kat opis iolls dah jadi 2 kali kes bini kurung suami kat umah, tak kasi pergi kerja pasal rasa insecure. Bos & HR masuk campur pon tak jalan. Si bini siap boleh call maki2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 01:15 PM | Show all posts
Prickford replied at 12-3-2026 09:45 AM
Termasuklah kes bini pukul suami. Kat opis iolls dah jadi 2 kali kes bini kurung suami kat umah, t ...

i lebih interested dengan cerita u..
so what happen to suami?
kena buang kerja tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 02:12 PM | Show all posts
Bukan semua pemandu lori....tapi SELALUNYA pemandu lori nyaaah oiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 02:18 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 12-3-2026 05:15 AM
i lebih interested dengan cerita u..
so what happen to suami?
kena buang kerja tak?

Bos iolls baik, dia tak buang dgn alasan staff tu ada anak kecik2 2 orang, isteri pon suri rumah. Bos minta dia selesaikan isu rumahtangganya. Si bini tu tahap insecure sangat teruk, sebelum iolls kena transfer kat ofis ni, orang cerita si bini penah datang serang sorang staff perempuan kat sini. Alasannya pasal staff pempuan tu wasap suami dia berkenaan dengan kotak first aid kit. Tak tau la tang mana yg bini nak cemburu pasal first aid kit tu. Masalahnya suami dia tak ensem, gemok, rambut belah tengah, camne dia leh pikir orang nak kan suami dia? Suami dia almost everyday datang lewat sebab kena masak & siapkan anak kecik 2 orang tu. Padahal si bini suri rumah tau. Bos penah tegur, dia ubah 3-4 hari je, pastu balik ke asal, datang lewat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2026 02:38 PM | Show all posts
Uish barannya kamu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 02:48 PM | Show all posts
Prickford replied at 12-3-2026 02:18 PM
Bos iolls baik, dia tak buang dgn alasan staff tu ada anak kecik2 2 orang, isteri pon suri rumah.  ...

so sampai sekarang la gitu ye..
korang yang kena cover kerja tak memaki ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 03:04 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 12-3-2026 06:48 AM
so sampai sekarang la gitu ye..
korang yang kena cover kerja tak memaki ke?

Ye sampai skang gitu. minggu ni je dah 3 hari tak masuk kerja, sebab kena lock dek bini. yang kena cover kerja mmg maki hamun la. dah cuba call & wasap pon tak berjawap.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 03:09 PM | Show all posts
TOPwind replied at 12-3-2026 12:49 AM
inilah akibatnya
nikah dengan orang takde pelajaran dan iQ rendah dan miskin

asal kawen kan
tak kawen kang kena hina

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2026 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.414297 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list