
Mangsa banjir dipindahkan ke PPS. - Gambar APM Sarawak
KUCHING: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini bagi menempatkan mangsa banjir yang terjejas susulan peningkatan paras air di beberapa kawasan.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, setakat jam 4 petang ini, dua PPS telah beroperasi melibatkan seramai 131 mangsa daripada 28 ketua isi rumah (KIR).
Menurutnya, PPS Dewan R-Piang mula dibuka hari ini dan menempatkan seramai 87 mangsa daripada 18 KIR.

Mangsa banjir dipindahkan ke PPS. - Gambar APM Sarawak
“Selain itu, PPS Dewan Masyarakat Stapok turut dibuka pada hari yang sama bagi menempatkan 44 mangsa daripada 10 KIR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Trend pemindahan mangsa banjir ketika ini menunjukkan peningkatan, katanya.

Mangsa banjir dipindahkan ke PPS. - Gambar APM Sarawak
Sumber : Utusan Borneo
|