CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 150|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak sasar pendapatan purata isi rumah RM15,000 menjelang 2030

[Copy link]
Post time 11-3-2026 01:47 PM | Show all posts |Read mode


John Sikie memotong reben sebagai simbolik perasmian jalan depan Rumah Danggat Nuing di Sungai Kana pada Ahad sambil disaksikan tetamu kehormat dan penduduk.

TATAU: Kerajaan Sarawak menyasarkan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM15,000 sebulan menjelang 2030, kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus berkata, bagi menyahut seruan itu kemudahan infrastruktur dan pembangunan ekonomi serta pendidikan amat ditekankan di setiap bahagian di negeri ini khususnya daerah Tatau.

"Melalui dua agensi utama iaitu Agensi Pembangunan Wilayah Tengah Rajang (MiRRDA) dan Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Bintulu (BiRDCOM) akan merancakkan lagi pembangunan infrastruktur dan ekonomi di kawasan ini termasuk projek menaik taraf jalan-jalan di kawasan DUN Kakus," ujarnya.

Sikie berkata demikian semasa pada Majlis Perasmian Jalan Depan Rumah Danggat Nuing di Sungai Kana Anap, pada Ahad.

Menurutnya, aspek pembangunan ekonomi turut dirancakkan termasuk bantuan penanaman kelapa sawit, kopi dan ternakan babi akan diperkenalkan di bawah MiRRDA.

Menyentuh mengenai aspek pendidikan, bagi membangunkan modal insan, Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan inisiatif termasuk skim pendidikan tinggi percuma (FTES) termasuk yuran pendidikan percuma di empat universiti milik kerajaan negeri.

"Semua ini secara tidak langsung akan membolehkan semua anak Sarawak bakal mendapat pendidikan tinggi percuma bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai sektor," jelasnya.

Terdahulu, Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong Bujang@Endawie menegaskan supaya penduduk tempatan menggunakan sebaik-baiknya peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) yang diagihkan oleh wakil rakyat di kawasan mereka.

"Saya mengingatkan bahawa peruntukan tersebut sebaiknya tidak dibahagikan secara tunai setiap keluarga (pintu) penduduk, sebaliknya dimanfaatkan bagi tujuan pembangunan rumah panjang yang memberi manfaat kepada seluruh komuniti dalam rumah panjang atau kampung berkaitan," ujarnya.

Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta, Pemanca Gerosen Jubin dan isteri ADUN Kakus Datin Sri Melia Gelen antara yang hadir pada majlis berkenaan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.120156 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list