CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 175|Reply: 0

[Sarawak] APEL laluan tukar pengalaman kerja kepada pengiktirafan akademik

[Copy link]
Post time 11-3-2026 01:22 PM | Show all posts |Read mode


Sagah menandatangani plak sebagai simbolik pelancaran CPUCE dan laluan APEL Universiti UCSI sambil disaksikan Mukvinder (kanan) serta yang lain pada majlis di Hotel UCSI, hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Laluan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) membuka peluang kepada golongan pekerja berpengalaman di Sarawak untuk menukar pengalaman kerja mereka kepada pengiktirafan akademik, sekali gus memperluaskan akses kepada pendidikan tinggi.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif tersebut mencerminkan perubahan penting dalam cara pendidikan, kemahiran dan pengalaman dinilai dalam pembangunan tenaga kerja masa depan.

“Sejak sekian lama, kelayakan akademik dan pengalaman industri sering dianggap sebagai dua laluan yang berasingan, namun APEL mengiktiraf bahawa pembelajaran bukan sahaja berlaku di dewan kuliah, tetapi juga di tempat kerja, dalam komuniti serta melalui pengalaman praktikal bertahun-tahun.

“Melalui pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, golongan dewasa yang bekerja kini berpeluang menukar pengalaman mereka kepada pengiktirafan akademik.

“Ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri, malah membuka peluang yang mungkin sebelum ini tertutup,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Pusat Pra-Universiti dan Pendidikan Berterusan (CPUCE) dan Laluan APEL melibatkan kerjasama antara Universiti UCSI dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Hotel UCSI di sini, hari ini.

Sagah berkata, langkah tersebut amat relevan ketika Sarawak bergerak ke arah ekonomi berpendapatan tinggi yang dipacu inovasi, sekali gus memerlukan tenaga kerja yang tangkas, berkemahiran serta sentiasa meningkatkan keupayaan diri.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak sentiasa menekankan pembangunan modal insan sebagai asas kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan, termasuk dalam bidang transformasi digital, ekonomi hijau, industri maju dan sektor perkhidmatan.

“Dalam banyak industri, kita mempunyai pekerja berpengalaman yang memiliki kecekapan tinggi, tetapi tidak mempunyai kelayakan formal. APEL dapat merapatkan jurang ini dengan menyediakan laluan lebih inklusif kepada pendidikan tinggi,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau menyifatkan kerjasama antara UCSI dan UNIMAS dalam memajukan APEL sebagai satu model kerjasama antara institusi yang mampu memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi di Sarawak.

Menurutnya, apabila universiti awam dan swasta menyelaraskan usaha mereka, akses kepada pendidikan dapat diperluaskan, selain mengoptimumkan sumber serta memastikan lebih ramai rakyat Sarawak mendapat manfaat daripada laluan pendidikan yang fleksibel dan tersusun.

Sagah berkata, usaha itu dilengkapkan lagi dengan pelancaran CPUCE, di mana pendidikan profesional dan berterusan mempunyai respons secara langsung kepada keperluan industri.

“Universiti tidak boleh beroperasi secara terasing. Sebaliknya, mereka perlu bekerjasama dengan industri dan kerajaan bagi memastikan program yang ditawarkan kekal relevan, praktikal serta selaras dengan keutamaan ekonomi.

“Inilah sebabnya kerjasama antara kerajaan, akademia dan industri amat penting,” tegasnya.

Sementara itu, Pro Naib Canselor Universiti UCSI Kampus Sarawak Mukvinder Sandhu dalam ucapannya berkata, penubuhan CPUCE merupakan langkah penting dalam menjadikan universiti sebagai hab pembelajaran yang melangkaui laluan akademik konvensional.

“Pendidikan hari ini perlu bersifat inklusif, fleksibel dan responsif terhadap keperluan pelajar masa kini.

“Melalui CPUCE dan APEL, individu berpeluang menukar pengalaman kerja, pengetahuan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat kepada kelayakan akademik yang diiktiraf,” katanya.

Untuk rekod, APEL.A membolehkan individu yang tidak memenuhi syarat kemasukan akademik konvensional memperoleh akses ke program pendidikan tinggi, manakala APEL.C membolehkan pelajar menerima pemindahan kredit berdasarkan pengalaman kerja dan pembelajaran terdahulu, sekali gus memendekkan tempoh pengajian.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2026 08:13 PM GMT+8 , Processed in 1.000200 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list