CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1629|Reply: 16

Shahida Dedah Anak Keempat Hidap ADHD & Disleksia

[Copy link]
Post time 11-3-2026 12:21 PM | Show all posts |Read mode





Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida memberitahu anak keempat mereka Yusoff Al Qardawi disahkan menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)  serta masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.

Memetik BH Online, Shahida berkata anak keempatnya itu mula menunjukkan tingkah laku yang berbeza seawal berusia satu tahun.

“Apabila melihat Yusoff, saya sudah dapat rasakan dia berbeza kerana sangat aktif. Pada usia satu hingga dua tahun, hampir setiap hari ada benjol di kepalanya.

“Malah ketika berusia lima tahun, dia pernah duduk di atas genting rumah seorang diri kerana katanya mahu menjadi ‘superhero’,” katanya.

Sementara itu, Shahida berkata dia membawa Yusoff bertemu pakar selepas melihat sikap berani anaknya itu yang tanpa rasa takut memanjat tempat tinggi dan anaknya turut mengikuti sesi terapi dua kali seminggu serta menunjukkan perkembangan positif.

“Selepas menjalani beberapa ujian, Yusoff disahkan menghidap ADHD. Kanak-kanak ADHD tidak suka ditekan. Jika ada yang terlalu ramah, dia tidak selesa lalu menolak dengan cara kasar.

“Perkara itu berlaku beberapa kali dan saya mengambil keputusan memindahkannya ke sekolah lain yang lebih dekat dengan rumah supaya mudah menghadiri sesi terapi,” katanya.

Menurut Shahida lagi, selain Yusoff, dua lagi anak mereka iaitu Qadejah El Zahra dan Ibraheem Adham sebelum ini turut disahkan menghidap disleksia.

“Qadejah dan Ibraheem pernah bersekolah di sekolah khas disleksia kira-kira enam bulan. Selepas keadaan mereka bertambah baik, barulah dipindahkan ke sekolah biasa.


“Apabila saya tanya suami, dia beritahu dulu hanya boleh membaca ketika berusia 12 tahun dan sering keliru antara kiri dan kanan.

“Bermula dengan Qadejah, saya mula belajar mengenai ADHD. Bila nampak Yusoff menunjukkan tanda sama, pada awalnya saya cuba menafikan, tetapi akhirnya terpaksa menerima kemungkinan ia diwarisi daripada bapanya,” katanya.


Sumber : Berita Harian, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2026 01:47 PM | Show all posts
bapak nya tu tak check pun rasa mmg dah dlm spectrum
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2026 01:56 PM | Show all posts
bole hntar dkt skolah dpn wisma dherbs tu tapi tu la, owner skolah plak kekwat smcm
asek menekan2 je
kan bagus kalo same2 bersepakat
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2026 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 11-3-2026 01:47 PM
bapak nya tu tak check pun rasa mmg dah dlm spectrum

Sapa2 yg familiar dgn apak dia punya postings (sendiri tulis, bukan PA) mmg nampak pattern agak jelas, mmg gitu lar tipikal dyslexic punya ejaan, dia eja ikut macamana bunyi sesatu perkataan tu, bukan ikut standard punya ejaan, contoh mcm video, dia akan eja vedio  
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2026 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 11-3-2026 01:47 PM
bapak nya tu tak check pun rasa mmg dah dlm spectrum

Kalau tak silap, dah diagnosed apaknya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2026 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis ke?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2026 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus la awareness & tak denial camni. terus buat intervention. semoga Allah mudahkan urusan semua neurodivergent & orang terdekat dengan deols..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikan tilapia dia sebut ikan tapilia.Orang dia sebut worang.Comel je Yusuff
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2026 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat ammar bgtau tak nak adik dah sbb penat jaga yusof

Comel yusof ni, petah bercakap. Suka tgk cess bebel kat yusof.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 08:27 AM | Show all posts
sungguh pun gitu anak2 dia speaking berabuk dgn adik-bradik,
bila dgn org lain dia berbahasa melayu.. haaa special jugak laa.
dah apaknya dlu pun ada dyslexia kann.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 08:42 AM | Show all posts
kalau tak silap I Aliff Syukri ni dulu ada anak angkat kan?
mana budak tu sekarang ek....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
rain2169 replied at 12-3-2026 08:42 AM
kalau tak silap I Aliff Syukri ni dulu ada anak angkat kan?
mana budak tu sekarang ek....

Mula dulu parents bebudak tu mintak diorang jagakan.. tau2 nk ambik balik. Hangin la shahida. Tu yg dia pulang balik. Tu yg i baca la
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 10:21 AM | Show all posts
Alhamdulilah sgt2 dik. Kau diagnosed adhd semua while being a family member of a rich household.

Tak ramai budak2 yang nasibnya bertuah cenggini.


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
meah_kelabu replied at 11-3-2026 01:56 PM
bole hntar dkt skolah dpn wisma dherbs tu tapi tu la, owner skolah plak kekwat smcm
asek menekan2 je ...

Owner sekolah x caribgaduh pun . Owner terlajak triggered. Dah pelanggan mmg mentality kelas 3.depan pagar org pun nak parking kereta pastu shopping. Mmg la terlajakkkk bodo  
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua penyakit ong kaya2.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 09:06 AM | Show all posts
NuansaBiru replied at 11-3-2026 05:30 PM
Sapa2 yg familiar dgn apak dia punya postings (sendiri tulis, bukan PA) mmg nampak pattern agak je ...

mcm mana tu ya?
dia tulis huru hara ke mcm mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2026 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan orang ada ADHD ni hidup normal je macam orang lain. Cuma betul la orang2 yg ada ADHD ni agak impulsive.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-4-2026 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.180413 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list