CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 4854|Reply: 38

[Tempatan] Pelajar kolej vokasional maut leher terkena sabit berhulu panjang

[Copy link]
Post time 10-3-2026 03:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-3-2026 11:10 AM



Pelajar kolej vokasional maut leher terkena sabit berhulu panjangSeorang pelajar maut apabila lehernya dikelar sabit berhulu panjang ketika motosikal yang dinaikinya berselisih dengan motosikal pekerja membawa senjata itu, dalam kejadian di Batu 4, Kampung Selabak. - Foto Ihsan Polis



TELUK INTAN: Seorang pelajar kolej vokasional maut apabila lehernya dikelar sabit berhulu panjang ketika motosikal yang dinaikinya berselisih dengan motosikal membawa sabit itu, di Batu 4, Kampung Selabak, di sini hari ini.

Mangsa, Adham Faisal, 17, pelajar Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin, berkata hasil siasatan mendapati tragedi berlaku apabila sabit berhulu panjang yang dibawa oleh seorang lelaki menaiki motosikal lain terkena pada bahagian leher mangsa.

"Ketika kejadian, motosikal dinaiki mangsa serta motosikal dinaiki lelaki membawa sabit berkenaan saling berhampiran antara satu sama lain di atas jalan.

"Mangsa terjatuh atas jalan akibat terkena sabit itu," katanya dalam kenyataan malam ini. Bakri berkata, susulan itu polis menahan dua lelaki warga asing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan selain merampas beberapa barangan berkaitan kejadian itu termasuk sebilah sabit berhulu panjang serta motosikal.

Menurutnya lagi, ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal bersama rakannya berusia 18 tahun, yang hanya mengalami kecederaan pada tangan dan kini sedang menerima rawatan lanjut.

Kata Bakri, kes disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat, dengan kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut.

Terdahulu, malang yang menimpa Adham ditularkan ke laman sosial apabila mangsa dikatakan maut susulan lehernya terkena galah sabit sawit tanpa sarung dalam kemalangan membabitkan motosikal di Changkat Jong, di sini hari ini (Isnin).



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2026 03:48 AM | Show all posts
aiyoo betul2 final destination sangat ye
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 04:02 AM | Show all posts
Ada pepatah berkata 'living with an idiot can kill you'
Ini la contohnya..apa bebal bilah pisau menghadap jalan
Kesian sgt kat mangsa muda sangat
Semoga rohnya ditempatkan bersama org beriman..

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 07:20 AM | Show all posts
Tak pasal pasal kesiannya budak tuu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 07:22 AM | Show all posts
indon ke yg bawa sabit tu.. kdg org tk sarung sabit tp balut dgn kain.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah! Tak memasal arwah terus budak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2026 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak kes begini akan berlaku, kawasan kampung memang banyak orang bawa galah panjang bersabit untuk kait kelapa sawit dan kelapa nyior.

Seharusnya kerajaan kena sediakan Jalan Pertanian. Tapi tiada.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 10-3-2026 04:02 AM
Ada pepatah berkata 'living with an idiot can kill you'
Ini la contohnya..apa bebal bilah pisau meng ...

Normal bawa galah panjang dengan sabit di kawasan kampung,

Kalau tak buang je semua pokok sawit dan kelapa tukar ke tanaman lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2026 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap yg bawal sabiy tu ditangkap dan didakwa...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 07:38 AM | Show all posts
zehra2 replied at 10-3-2026 07:22 AM
indon ke yg bawa sabit tu.. kdg org tk sarung sabit tp balut dgn kain.

1st tot

why in the hell ko tak cover bahagian bilah tu???

kemalangan yg patut boleh dielak



Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah ya tuhanku...innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 08:30 AM | Show all posts
skeri tgk leher budak tu kena sabit. robekan/ koyakan besar wei
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 08:42 AM | Show all posts
bawa sabit mcm mana sampai bole terkena org lain...takkan taktau bawa senjata bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 08:51 AM | Show all posts
zehra2 replied at 9-3-2026 11:22 PM
indon ke yg bawa sabit tu.. kdg org tk sarung sabit tp balut dgn kain.

ye indon

katanya pekak & bisu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 09:39 AM | Show all posts
Mmg biasa nampak benda ni... seriau

balut lah mata bilah tuh ngan kain tebal. dah lah bawak bilah tuh bergerak2 ... mesti budak tuh ngah laju dan tak perasan benda tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2026 10:07 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 10-3-2026 08:51 AM
ye indon

katanya pekak & bisu

cinfirm kosong tak ada permit ni. kalo apply permit confirm2 tak lepas...adoi la
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
"Saiya nigara vole bawa..apa pasal tableh bawa sini Malaysia vole"???-Warga asing ank saiya
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia masih imun
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnaillahirojiun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-4-2026 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.078547 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list