|
View: 933|Reply: 3
|
“Jangan Cakap Wisma Saya Kawasan Tak Bertamadun” – Shahida Tegur Ahmad Idham
[Copy link]
|
|
|
Usahawan terkenal, Datin Seri Nur Shahida tampil membalas kenyataan pengarah dan pelakon Ahmad Idham yang mendakwa premis perniagaannya menjadi punca kesesakan lalu lintas.
Menerusi hantaran di Threads, Shahida berkata dia dan suaminya sudah lama menjalankan perniagaan di kawasan tersebut.
“Abang yang saya hormati, janganlah cakap wisma saya ini kawasan tidak bertamadun. Saya dekat wisma ini sejak tahun 2015 dan ini adalah bangunan yang saya beli sendiri. Saya adalah orang pertama yang pindah di sini,” katanya.
Menurut Shahida lagi, kawasan tersebut merupakan pusat perniagaan dan kurang sesuai untuk membuat sekolah.
Sebelum ini, Ahmad Idham ada memuat naik hantaran meluahkan rasa kesal kawasan sekitar wisma milik Shahida dan Aliff menjadi tumpuan orang ramai sehingga mengganggu lalu lintas.
Tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun salah satu premis di kawasan tersebut dipercayai milik Shahida.
Dalam satu komen balas, Idham berpendapat kawasan berkenaan tidak sesuai dijadikan lokasi jualan yang menarik ramai pelanggan.
Sumber – Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bincang elok2 lah kome.. benda kecik2 camni xpyh buat gaduh. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
diorg ni x reti pakai wasep agaknye..semua nak gado kat medsos |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Bedak_Carrie at 9-3-2026 07:57 AM
Memang sgt menyusahkan nak berurusan tp facilities bengap...contoh parking...apa2 urusan pun lah mcm hospital etc.
Dah tahu kedai, tempat tu tumpuan crowd, kenapa lah parking seciput.
Ada area kat Puchong tempat byk kedai2 baju local terkenal...
Parking setakat 5.. 6 lot mcm gitu each premise.. Marheien pun sejenis parking ikut done... Letih.
Tapi itulah, org tetap kerumun.. But not me.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|