CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3809|Reply: 27

Pencarian serpihan MH370 di Lautan Hindi masih ‘buntu’ – MOT

[Copy link]
Post time 8-3-2026 10:02 PM | Show all posts |Read mode






PETALING JAYA – Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sewaktu dalam penerbangan ke Beijing yang dikatakan berakhir di Lautan Hindi masih menemui jalan buntu.


Ini selepas operasi pencarian yang dijalankan oleh Ocean Infinity di kawasan seluas 15,000 kilometer persegi di lautan tersebut belum menemukan sebarang bukti.


Bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) berkata, kerajaan kekal komited memastikan keluarga mangsa terus dimaklumkan mengenai perkembangan terbaharu dan akan memberikan kemas kini dari semasa ke semasa.


Katanya, pada 25 Mac 2025, Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan Ocean Infinity untuk menjalankan operasi pencarian di dasar laut bagi mengesan pesawat tersebut di kawasan baharu dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.


Bagaimanapun katanya, perjanjian itu adalah berteraskan prinsip ‘tiada penemuan, tiada bayaran’.


“Operasi pencarian dijalankan secara dua fasa dari 25 hingga 28 Mac 2025 (Fasa Satu) dan 31 Disember 2025 hingga 23 Januari 2026 (Fasa Dua). Secara keseluruhannya, 28 hari operasi pencarian dijalankan melibatkan 7,571 kilometer persegi dasar laut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


MOT berkata, Ocean Infinity memaklumkan aktiviti tinjauan tambahan dijalankan di kawasan pencarian yang lebih luas sebelum perjanjian rasmi ditandatangani pada Mac tahun lalu,


Ia sebahagian daripada usaha untuk menyokong operasi tersebut, namun misi tersebut beberapa kali terganggu disebabkan faktor cuaca dan keadaan laut dengan fasa kedua berakhir pada 23 Januari lalu.


Menurut laporan media sebelum ini, pesawat MH 370 dilaporkan hilang dari radar tidak sampai sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 8 Mac 2014.


Ketika kejadian, terdapat seramai 239 orang di dalam pesawat tersebut termasuk 153 warga China, 38 rakyat Malaysia dan 12 anak kapal.


Radar tentera kemudian mendedahkan pesawat itu membuat putaran 180 darjah menyeberangi Semenanjung ke Selat Melaka, berpusing ke utara dan kali terakhir dikesan di sutu tempat di utara Sumatera.


Analisis seterusnya menggunakan teknologi satelit menunjukkan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, namun setakat ini tiada penemuan serpihan atau bangkai pesawat direkodkan.


Sumber – Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2026 12:46 AM | Show all posts
Rindu era Najib...


Kata Cai kemaruk duit money laundering
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 12:56 AM | Show all posts
dah berlalu berkurun

pampasan pun dah dibayar.

duit dah habis banyak

yg mati dah mati lama,  

waris yg hidup pun,  ada yg dah mati.

nak apa lagi?

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 07:54 AM | Show all posts
TOPwind replied at 9-3-2026 12:56 AM
dah berlalu berkurun

pampasan pun dah dibayar.

itu la rasanya kena move on...nnt makin byk duit abis kalu masih nk carik...better focus kat yg hidup ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 08:22 AM | Show all posts
dah doblas tawon berlalu... langsung xde bukti... tu lagi la byk org buat spekulasi.. mana la peginya semu abukti tu.. takkan la misteri benor... 1 bende pun x jumpe.. serpihan yg dulu jumpa kat madagascar tu pun tah iye entah idak betulnye.. takkan ade p intu alam lain kot kat langit tu.. pi planet mana pulek la... bukan sorang 2 weyy beratus ade dlm flight tu... terkenal 1 dunia nama mesia dek pasal kejadian ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 09:17 AM | Show all posts
TOPwind replied at 8-3-2026 04:56 PM
dah berlalu berkurun

pampasan pun dah dibayar.

yaa kami waris2 mmg dah move on.. but tak sure why cerita nak cari mh370 ni mcm takdak penghujung nyehhh

yg kawen baru dah beranak pinak aman2 dah.. gaytohhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2026 09:47 AM | Show all posts
Bukan ke hari tu kata ada petunjuk baru & very confident akan dpt kan jawapan? Ke Malaysia ni kena exploit dgn company luar sana?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 05:21 PM | Show all posts
Mengapa kekal mencari MH370?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2026 06:03 PM | Show all posts

dulu anwat cakap kes MH370 ni boleh selesai dalam satu saat

https://www.mstar.com.my/lokal/s ... b-bidas-pembangkang

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kenyataan seorang pemimpin pembangkang yang kononnya mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dalam satu saat.

Beliau menyifatkan dakwaan pemimpin tersebut sebagai tidak masuk akal dan memperbodohkan rakyat Malaysia.

Najib berkata kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari ke-39, hari ini memerlukan sokongan dari negara luar berikutan kerumitan dan cabarannya yang di luar dugaan.

"Ini memang tidak masuk akal sama sekali malah memperbodohkan pertimbangan akal budi rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, Selasa.

Pada 5 April lepas, sebuah akhbar Cina menyiarkan sebuah artikel wawancara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan majalah Southern Weekly bahawa jika dirinya Perdana Menteri, beliau hanya memerlukan satu saat untuk menyelesaikan isu kehilangan pesawat MH370.

Penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, Najib mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston, hari ini berkata sebanyak sembilan pesawat tentera, dua pesawat awam dan 11 kapal membantu dalam misi pencarian MH370.

Selain itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) merancang untuk membuat pencarian di udara membabitkan 62,063 kilometer persegi dan lokasi sasaran berada pada 2,170 kilometer barat laut Perth.


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam bakar mercun.. bising je lebih tak de pekdah
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Angin kencang membawaku jauh ke sana
Aku hilang arah tanpa kamu


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 09:50 PM | Show all posts
kemaruk replied at 9-3-2026 07:03 PM
dulu anwat cakap kes MH370 ni boleh selesai dalam satu saat

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa ...




Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 11:26 PM | Show all posts

apa yang lawak nyer statement dari najib?

yang lawak tu ialah sembang kencang boleh settle dalam masa 1 saat

meluap luap semangat pensokong bila dapat tahu anwat boleh selesaikan kes mh370 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 11:40 PM | Show all posts
kemaruk replied at 10-3-2026 12:26 AM
apa yang lawak nyer statement dari najib?

yang lawak tu ialah sembang kencang boleh settle dalam  ...

Geng taik syabu kalau sembang....
Kahkahkah



Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 11:57 PM | Show all posts
manopp replied at 9-3-2026 11:40 PM
Geng taik syabu kalau sembang....
Kahkahkah

dah makan ubat?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 9-3-2026 06:03 PM
dulu anwat cakap kes MH370 ni boleh selesai dalam satu saat

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa ...

Masa tu dia berucap kt planet zuhal, 1 saat bersamaan 3000 tahun kt bumi......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2026 04:08 PM | Show all posts
mcmn klu yg dh berkahwin

dlm situasi mcmni

boleh ke bubarkan pernikahan dan nikah baru

tp duit pampasan pastikan dapat dulu la

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 08:51 AM | Show all posts
salah satu cara nak rembat duit rakyat servis yang tiada hasil
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 09:14 AM | Show all posts
tah2 takde pun serpihan
maunya sebijik2 kapal tu disimpan

yg kata kat pulau apa tah tu
betul ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2026 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah le tu... Benda dah jd nak gesa2 sgt pun nak buat apa. Reda dgn takdir adakah lg baik drpd terus mengungkit buat luka takan sembuh gitu. Fokus pd yg ada & bakalan berlaku lg baik
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058048 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list