CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 129|Reply: 0

[Sabah] Pergaduhan di bazar Ramadan Sabindo, lapan lelaki ditahan

[Copy link]
Post time 7-3-2026 08:17 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Antara suspek yang ditahan untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Lapan lelaki termasuk seorang warga asing ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di tapak Bazar Ramadan Sabindo di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata pihaknya mengesan kejadian itu selepas satu video pergaduhan membabitkan beberapa lelaki tular di media sosial.

Katanya, pada jam 8.37 malam, seorang pegawai polis membuat laporan selepas melihat video berkenaan yang dipercayai berlaku di bazar berkenaan.

“Susulan laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menjalankan operasi dan berjaya menahan lapan lelaki berumur antara 17 hingga 34 tahun di beberapa lokasi sekitar Tawau.

“Daripada jumlah itu, tujuh adalah warga tempatan manakala seorang lagi warga asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas satu utas rantai motosikal yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus akibat rasa tidak puas hati antara dua kumpulan terbabit.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Jasmin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, semua suspek kini ditahan di lokap IPD Tawau dan polis akan memohon perintah reman selama empat hari esok bagi membantu siasatan lanjut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2026 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.038103 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list