CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

[Sabah] PGA Sabah rampas makanan sejuk beku RM20.88 juta, 21 ditahan

[Copy link]
Post time 6-3-2026 01:16 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Sebahagian rampasan produk sejuk beku sepanjang Op Bersepadu Chiller dilaksana.

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 21 individu serta merampas pelbagai makanan sejuk beku dianggarkan bernilai RM20.88 juta menerusi Op Bersepadu Chiller yang dijalankan serentak di tujuh daerah di negeri ini.

Operasi bermula jam 8 pagi hingga 6 petang itu dijalankan di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Beluran, Keningau, Lahad Datu dan Kunak dengan penglibatan seramai 204 pegawai serta anggota daripada pelbagai agensi.

Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, operasi bersepadu berkenaan dijalankan hasil maklumat risikan berkaitan kegiatan penyeludupan ayam, daging serta makanan sejuk beku.

Menurutnya, operasi turut disertai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan pematuhan undang-undang berkaitan keselamatan serta kebersihan makanan.

“Seramai 21 individu berusia antara 22 hingga 40 tahun ditahan dalam operasi ini.

“Daripada jumlah itu, 17 lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita warga asing,” katanya dalam kenyataan.


NOR OMAR

Beliau berkata, semua individu yang ditahan didapati tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Menurutnya, rampasan meliputi pelbagai makanan sejuk beku termasuk ayam beku, daging beku dan daging babi beku dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM20,883,909.85.

Nor Omar berkata, antara kesalahan dikesan termasuk Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan 2015, Seksyen 13 Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Ordinan Perlesenan Perdagangan 1948, Undang-Undang Kecil 1981 serta Peraturan 38(1)(c) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Semua tangkapan serta rampasan diserahkan kepada agensi berkaitan bagi tindakan dan siasatan lanjut.

“PDRM akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi memastikan setiap premis mematuhi peraturan ditetapkan.

“Langkah ini juga bagi membanteras penjualan ayam, daging serta makanan sejuk beku yang diragui status halal dan kebersihannya terutama ketika umat Islam menjalani ibadah puasa serta menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.


OPERASI: Op Bersepadu Chiller yang dijalankan serentak di tujuh daerah di negeri ini.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan atau penjualan makanan sejuk beku meragukan supaya menyalurkannya kepada pihak polis.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.041000 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list