CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 147|Reply: 0

[Sarawak] Orang ramai dipelawa sertai larian LCDA Sapphire Run 1.0

[Copy link]
Post time 5-3-2026 09:04 AM | Show all posts |Read mode


Saiful pada sidang media acara LCDA Sapphire Run 1.0 di Wisma Satok semalam. Turut kelihatan ialah Khairul (kiri) dan Awang Saifeluddin. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Orang ramai dipelawa mengambil bahagian dalam larian LCDA Sapphire Run 1.0 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM10,000.

Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) Saiful Bahari Amra Ramli berkata, acara akan berlangsung pada 5 April depan sempena sambutan ulang tahun ke-45 penubuhan LCDA.

"Program larian akan diadakan di Padang Merdeka dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat khususnya warga Kuching sempena sambutan 45 tahun LCDA dengan tema ‘45 Tahun Bersama Komuniti’," katanya pada sidang media di Wisma Satok hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengerusi Kelab Kakitangan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (Laksamana) Khairul Hisyam Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Grit Event Management Awang Saifeluddin.

Tambahnya, acara larian merupakan inisiatif LCDA untuk mendekati masyarakat melalui aktiviti sihat dan inklusif.

"Larian julung kali ini menawarkan dua kategori iaitu 10km dan 4.5km selaras dengan simbolik ulang tahun ke-45 LCDA.

"Bagi kategori 10km, pelepasan peserta dijadualkan jam 6 pagi dan akan disempurnakan oleh Pengurus Besar Dato Sri Zaidi Mahdi manakala kategori 4.5km pula akan dilepaskan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan setengah jam kemudian," katanya.

Laluan larian merangkumi beberapa lokasi utama di sekitar pusat bandar Kuching termasuk Tebingan Kuching, Plaza Merdeka, Muzium Budaya Borneo serta kawasan sekitar pusat bandar.

"Untuk edisi sulung ini kami menyasarkan penyertaan antara 800 hingga 1,000 peserta dan setakat ini hampir 400 peserta telah berdaftar.

“Pendaftaran telah dibuka dan orang ramai digalakkan mendaftar lebih awal. Kami mengalu-alukan penyertaan kelab-kelab larian dan peminat sukan ini di sekitar Kuching dan seluruh Sarawak,” katanya.

Katanya, yuran penyertaan bagi kategori 10km ialah RM60 manakala kategori 4.5km RM45 dengan setiap peserta yang menamatkan larian akan menerima pingat dan kemeja-T rasmi acara.

Sehubungan itu, johan larian bagi kategori 10km akan membawa pulang hadiah wang tunai RM600, naib juara RM500 dan tempat ketiga RM400 manakala hadiah turut disediakan sehingga tempat ke-10.

Bagi kategori 4.5km pula, juara akan menerima RM300, naib juara RM250 dan tempat ketiga RM200 juga hadiah turut ditawarkan sehingga tempat ke-10.
Pengambilan kit larian akan diadakan pada 4 April dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang di Wisma Satok.

Pada sidang media sama, beliau turut memaklumkan bahawa LCDA turut merancang penganjuran mini run di beberapa bandar lain termasuk Mukah, Miri dan Betong sebagai sebahagian daripada siri sambutan ulang tahun ke-45 agensi itu.

Saiful turut memaklumkan LCDA akan menjadi penganjur bersama Persidangan Antarabangsa Social Impact Assessment in Emerging Economies yang dijadualkan berlangsung dari 29 November hingga 3 Disember tahun ini.

Menurutnya, persidangan tersebut dijangka menghimpunkan antara 500 hingga 600 peserta dari dalam dan luar negara dengan fokus kepada perkembangan penilaian impak sosial di peringkat antarabangsa dan ASEAN.

“Program ini antara acara berskala besar yang akan melibatkan pembentang kertas kerja dari luar negara dan kita akan mengadakan sidang media khas mengenainya kelak,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.081157 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list