CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 138|Reply: 0

[Sarawak] Program World #QuranHour 1447H di Auditorium Pustaka Miri 11 Mac ini

[Copy link]
Post time 4-3-2026 01:39 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program World #QuranHour 1447H yang akan berlangsung di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, Miri (Pustaka Miri) pada 11 Mac ini bersamaan dengan 21 Ramadan 1447H, bermula jam 9 pagi.

Program anjuran Pustaka Miri itu diadakan sempena inisiatif global World #QuranHour yang bertujuan mengajak masyarakat menghidupkan kitab suci al-Quran dalam kehidupan seharian melalui pembacaan, pemahaman dan penghayatan ayat-ayat suci.

Bagi edisi tahun ini, surah yang diketengahkan ialah Surah Al-Muzzammil yang membawa mesej kekuatan jiwa, kesabaran serta kebergantungan sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Mengangkat tema 'Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia', program tersebut menyeru masyarakat agar berhenti sejenak daripada kesibukan harian dan kembali menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup serta sumber kekuatan rohani.

Sepanjang satu jam penganjuran, peserta akan bersama-sama membaca, memahami dan mentadabbur ayat-ayat Al-Quran sebagai usaha membentuk peribadi dan masyarakat yang lebih berakhlak serta berdaya tahan.

Majlis berkenaan turut dijangka diserikan dengan kehadiran Timbalan Datuk Bandar Miri Kaunselor Ariffin Mohamad sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa nilai-nilai murni dan pembinaan masyarakat berteraskan ajaran al-Quran.

Antara objektif utama penganjuran adalah untuk menekankan kepentingan interaksi masyarakat dengan al-Quran melalui tiga aspek utama iaitu membaca, memahami dan mengamalkan ajarannya.

Selain itu, program itu juga bertujuan menggarap nilai-nilai murni daripada surah-surah al-Quran dalam usaha membangunkan negara dan dunia berlandaskan wahyu, seterusnya melahirkan generasi yang memiliki sistem nilai berteraskan al-Quran.

Sementara itu, beberapa aktiviti sampingan turut diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan World #QuranHour tersebut.

Seawal 9 Mac, Pertandingan Khat akan berlangsung di lobi aras 1 pada jam 8 pagi hingga 4 petang dan terbuka kepada murid sekolah rendah.

Manakala pada 10 Mac, Pertandingan Azan 2026 akan diadakan di auditorium yang sama pada jam 8 pagi hingga 4 petang.

Pertandingan itu terbuka kepada pelajar lelaki sekolah menengah yang berdaftar dan belajar di daerah Miri, dengan objektif mencungkil bakat, membina keyakinan diri serta menyemai keberanian dalam kalangan pelajar untuk menyeru ke arah kebaikan melalui laungan azan.

Turut dianjurkan adalah Bengkel Seronoknya Jawi yang bersifat interaktif dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Bengkel tersebut bertujuan meningkatkan kemahiran serta menyemai kecintaan terhadap tulisan jawi, di samping membuka perspektif baharu tentang keindahannya dalam membentuk jati diri dan jiwa ummah.

Bagi mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal, penyertaan World #QuranHour boleh diikuti secara dalam talian bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk bersama-sama menghidupkan satu jam bersama al-Quran.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pustaka Miri di talian 085-422 525 atau melayari media sosial rasmi mereka.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2026 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.058163 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list