CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

[Sarawak] Guru rugi lebih RM1,000 ditipu beli pakaian bundle dalam talian

[Copy link]
Post time 4-3-2026 12:59 PM | Show all posts |Read mode


BAU: Seorang guru mengalami kerugian RM1,340 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pembelian pakaian terpakai atau 'bundle' secara dalam talian menerusi aplikasi Instagram.

Ketua Polis Daerah Bau Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.48 petang, 2 Mac lalu.

Menurutnya, mangsa lelaki berusia 41 tahun tertarik dengan tawaran seluar jeans dan jaket Denim ‘limited edition’ yang dipromosikan oleh satu akaun Instagram menggunakan nama ‘Preloved And Bundle Original’.

“Pada 1 Mac, mangsa telah membuat dua transaksi pembayaran berjumlah RM640 ke satu akaun bank yang diberikan suspek.

“Keesokan harinya, mangsa dimaklumkan perlu membuat bayaran tambahan bagi tujuan penghantaran dan kononnya untuk pelepasan kastam sebelum membuat dua lagi transaksi ke akaun yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa kemudian diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM1,000, namun mula berasa curiga sebelum menyedari dirinya telah diperdaya, menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM1,340.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Tambah beliau, semakan awal mendapati akaun bank serta nombor telefon yang digunakan suspek tidak mempunyai rekod lampau berkaitan penipuan.

Mangsa turut memaklumkan telah menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika membuat pembelian dalam talian dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran harga murah yang tidak munasabah.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2026 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.061247 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list