CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 174|Reply: 0

[Sabah] PPM rampas ayam dan daging sejuk beku lebih RM14.5 juta di Penampang

[Copy link]
Post time 4-3-2026 12:40 PM | Show all posts |Read mode


SERBU: Pasukan PPM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia serta KKM menyerbu premis yang dipercayai dijadikan lokasi penyimpanan produk ayam dan daging sejuk beku.

PENAMPANG: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merampas pelbagai produk ayam dan daging sejuk beku seberat 552,851.24 kilogram bernilai kira-kira RM14.56 juta dalam satu operasi bersepadu di Kampung Nambazan, Donggongon di sini.

Serbuan kira-kira jam 10 pagi Selasa itu dijalankan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hasil risikan serta perkongsian maklumat antara agensi penguat kuasa.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, pemeriksaan di sebuah premis yang dipercayai dijadikan lokasi penyimpanan produk ayam dan daging sejuk beku menemukan kuantiti bahan mentah yang sangat banyak.

“Pemeriksaan lanjut bersama pihak KKM mendapati terdapat sebahagian produk ayam dan daging yang sudah tamat tempoh.

“Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut mengesan keraguan terhadap dokumen yang dikemukakan apabila berlaku ketidakpatuhan terhadap peruntukan undang-undang berkaitan keselamatan makanan dan peraturan veterinar,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurutnya, seorang lelaki warga tempatan yang berada di premis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

“Turut dirampas dalam operasi itu ialah sebuah fasiliti penyimpanan sejuk beku (cold storage) yang digunakan untuk menyimpan bekalan berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Akta Perkhidmatan Veterinar 2015 dan Akta Makanan 1983,” katanya.

Ahmad Amri berkata, PPM Wilayah 4 Sabah akan terus mempergiat operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa lain bagi memastikan produk makanan di pasaran mematuhi piawaian keselamatan dan peraturan ditetapkan.

Beliau turut mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang demi menjamin keselamatan serta kesejahteraan masyarakat dan negara.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.063025 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list