CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 181|Reply: 0

[Sabah] Penduduk dakwa jalan rosak sepanjang pembinaan Pan Borneo di Ranau

[Copy link]
Post time 4-3-2026 12:34 PM | Show all posts |Read mode


ROSAK: Keadaan jalan yang didakwa rosak teruk akibat pembinaan Pan Borneo di Ranau.

RANAU: Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo bagi Pakej WP33 di daerah ini yang melibatkan laluan dari Kampung Lumou Baru ke Kampung Toupos sepanjang 19.5 kilometer didakwa memberi kesan langsung kepada pengguna jalan raya serta penduduk setempat.

Penduduk mendakwa keadaan jalan semakin berlubang dan rosak sepanjang tempoh pembinaan, khususnya akibat kekerapan laluan kenderaan berat yang keluar masuk ke tapak projek.

Penduduk Kampung Lumou Baru, Arnold Modinik berkata, keadaan jalan kini jauh berbeza berbanding sebelum ini sehingga meningkatkan kos penyelenggaraan kenderaan.

Katanya, walaupun sebelum ini terdapat kerosakan kecil, namun selepas pembinaan bermula, jumlah lubang semakin bertambah dan menjejaskan kenderaan penduduk.

“Kalau dulu ada lubang tetapi tidak banyak. Sekarang semakin bertambah, mungkin disebabkan lori berat yang kerap lalu di sini.

“Kerosakan tayar dan komponen seperti ‘lower arm’ kerap berlaku. Dalam tempoh enam bulan hingga setahun sudah perlu dibaiki dan ia melibatkan kos yang tinggi,” katanya.

Beliau berharap projek berkenaan dapat dipercepatkan memandangkan kebanyakan penduduk kampung bukan dalam kalangan berkemampuan untuk menanggung kos pembaikan kenderaan yang kerap.

Masalah sama turut dihadapi peniaga tempatan. Pembekal ikan, Rafi Alman berkata, keadaan jalan rosak menyebabkan penghantaran menjadi lewat selain kerap berdepan masalah seperti tayar pancit dan komponen kenderaan cepat haus.

“Cabaran utama ialah lewat sampai ke destinasi. Kadang-kadang tayar pancit dan komponen seperti bush serta pad brek perlu ditukar dengan kos sekitar RM200 hingga RM300.

“Kami berharap apabila Pan Borneo siap nanti, perjalanan akan menjadi lebih lancar,” katanya.

Di Kampung Toupos pula, penduduk berdepan laluan berlumpur terutama ketika hujan apabila air mengalir dari kawasan lebih tinggi ke jalan kampung.

Penduduk, Alex Lajurus Guntas berkata, keadaan itu menyukarkan pergerakan harian serta menjejaskan kehidupan penduduk kampung.

Sementara itu, Ketua Kampung Toupos, Inik @ Rusiah Marid menjelaskan sebelum pembinaan projek berkenaan, keadaan jalan masih boleh digunakan walaupun tidak sempurna.

Katanya, aliran air dan laluan kenderaan berat menyebabkan jalan berbatu menjadi berlumpur dan rosak sehingga menyukarkan kenderaan kecil keluar masuk kampung.

Beliau berharap pihak berkaitan dapat mempercepatkan penyiapan projek supaya kemudahan jalan raya yang lebih baik dapat dinikmati penduduk setempat.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.048858 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list