CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 144|Reply: 0

[Sarawak] Puluhan penumpang Malaysia termasuk seorang dari Sarawak terkandas di Oman

[Copy link]
Post time 3-3-2026 08:32 AM | Show all posts |Read mode


Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat, Oman pada 28 Februari selepas penerbangan Qatar Airways dari Kuala Lumpur ke Doha secara tidak dijangka dialihkan laluannya disebabkan ketegangan serantau yang berterusan susulan konflik AS-Iran. - Gambar Syeliza Basri

KUCHING: Puluhan penumpang Malaysia termasuk seorang dari Sarawak terkandas di Oman selepas  penerbangan Qatar Airways yang membawa mereka dari Kuala Lumpur ke Doha tiba-tiba dilencongkan laluan susulan ketegangan serantau berterusan disebabkan konflik Amerika Syarikat-Iran.

Rakyat Sarawak Syeliza Basri, Ketua Komunikasi Strategik di SMD Semiconductor, antara penumpang penerbangan QR845 yang dijadualkan transit di Doha pada 28 Februari 2026 dalam perjalanan ke Barcelona bagi menghadiri Mobile World Congress (MWC) 2026 yang berlangsung dari 2 hingga 5 Mac 2026.

Ketika dihubungi The Borneo Post, beliau berkata penumpang dimaklumkan mengenai laluan penerbangan dilencongkan kira-kira dua jam sebelum mendarat di Doha.

“Kapten mengumumkan bahawa penerbangan kami akan dilencongkan ke Muscat berikutan penutupan sementara lapangan terbang Doha.

“Pada masa itu mereka tidak menyatakan berhubung konflik, mungkin untuk mengelak penumpang berasa panik.

“Mereka tidak menyebut mengenai konflik pada masa itu, mungkin bagi mengelakkan panik dalam kalangan penumpang,” katanya.

Penumpang, termasuk kira-kira 90 rakyat Malaysia, kini ditempatkan di JW Marriott Muscat dan Radisson Hotel Muscat.

“Keadaan di sini kelihatan tenang dan terkawal buat masa ini, namun kebimbangan dalam kalangan penumpang meningkat susulan laporan bahawa sebuah kapal tangki minyak dan sebuah pelabuhan di Oman telah diserang semalam.

“Ramai yang sedang berusaha mendapatkan penerbangan alternatif untuk pulang,” kata Syeliza.

Kedutaan Malaysia telah bertemu penumpang yang terkandas dan sedang membantu sedaya upaya.

“Kedutaan menasihati kami supaya bersabar dan menunggu maklumat lanjut. Perjalanan hanya boleh dilakukan sekiranya penerbangan beroperasi dan laluan transit masih dibuka,” tambahnya.



SYELIZA

Syeliza dalam perjalanan bersama delegasi Sarawak untuk menyertai MWC 2026 di bawah Pavilion Sarawak.

Penyertaan SMD Semiconductor adalah sebahagian daripada inisiatif Pelan Hala Tuju Semikonduktor Sarawak 2030, yang bertujuan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, menarik pelaburan dan menjana peluang untuk rakyat Sarawak.

Pasukannya telah tiba di Barcelona dan meneruskan perjalanan ke Dresden, Jerman, untuk mengambil wafer silikon daripada X-Fab.

Syeliza dijadualkan menyertai mereka kemudian, namun tertangguh akibat penerbangan yang dilencongkan laluannya.

Beliau berkata kebimbangan utama adalah kemungkinan konflik serantau semakin meruncing serta penutupan ruang udara  berpanjangan, yang boleh melambatkan kepulangan mereka.

“Yang paling utama, kami berharap keadaan kekal tenang dan kami dapat pulang dengan selamat sebaik sahaja penerbangan disambung semula dan laluan dibuka,” katanya.

Penumpang yang terkandas kini menunggu maklumat lanjut daripada syarikat penerbangan dan pihak berkuasa.

Pada 28 Februari 2026, satu serangan ketenteraan bersama oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran telah mencetuskan peningkatan ketegangan mendadak di Asia Barat, sekali gus mencetuskan berbalas serangan peluru berpandu, peningkatan jumlah korban serta implikasi politik dan keselamatan yang meluas.

Ribuan penerbangan telah ditangguhkan atau dibatalkan dalam gangguan terbesar terhadap pengangkutan udara global sejak pandemik COVID-19, apabila syarikat-syarikat penerbangan menggantung perkhidmatan ke Asia Barat susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2026 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.659497 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list