CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 135|Reply: 0

[Sarawak] FCAKSS sokong penuh Sarawak dalam pertahankan hak MA63

[Copy link]
Post time 2-3-2026 01:45 PM | Show all posts |Read mode


Wee ketika berucap pada majlis itu malam tadi. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian (FCAKSS) menyokong penuh dasar serta pendirian Kerajaan Sarawak untuk mempertahankan hak negeri termasuk isu sumber asli di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Presidennya, Dato Sri Richard Wee berkata pihaknya berdiri teguh bersama kerajaan negeri dalam memastikan hak Sarawak terus dipelihara demi kepentingan rakyat pelbagai kaum.

“Kami menyeru semua lapisan masyarakat bersatu mempertahankan hak Sarawak di bawah MA63,” katanya pada Majlis Makan Malam Gala Tahun Baharu Cina 2026 FCAKSS di Bangunan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), malam tadi.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Douglas Uggah Embas yang mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Wee berkata, sepanjang tahun lalu pihaknya terus mempergiatkan inisiatif kebudayaan, pendidikan dan kebajikan, selain memainkan peranan sebagai jambatan penghubung antara masyarakat Cina dengan kerajaan negeri.

Menurutnya lagi, pihaknya bukan sekadar menganjurkan acara tahunan sebaliknya menjadi platform menyatukan suara masyarakat Cina, menggalakkan dialog rasional serta membina permuafakatan di dalam masyarakat majmuk di Sarawak.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas keterbukaan berdialog serta pengiktirafan terhadap peranan pihaknya termasuk kelulusan tanah bagi pembinaan ibu pejabat baharu selain komitmen geran padanan untuk pembinaan baru-baru ini.

Bahkan ujarnya, pelaksanaan Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) telah meletakkan asas kukuh ke arah transformasi ekonomi Sarawak melalui pembangunan infrastruktur, pendigitalan, tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi hidrogen.

Dalam bidang pendidikan juga diberikan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) serta pelaksanaan pendidikan tinggi percuma di universiti milik kerajaan negeri membuktikan komitmen kerajaan terhadap pembangunan modal insan.

Beliau juga menggalakkan lepasan sekolah menengah persendirian Cina dan golongan profesional Sarawak di luar negara untuk kembali ke tanah air serta menyumbang kepakaran selain mempertimbangkan kerjaya dalam perkhidmatan awam negeri.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur merangkap Naib Presiden FCAKSS Wilson Tan semasa berucap mengumumkan terdapat sekurang-kurangnya 800 tetamu yang hadir pada majlis itu malam tadi itu sebagai simbol perpaduan dan kerjasama antara ahli persatuan.

Menurutnya, pemilihan Bangunan UNIFOR sebagai lokasi majlis membawa makna tersendiri kerana melambangkan keharmonian dan kebebasan beragama yang menjadi asas kekuatan masyarakat majmuk di Sarawak.

“Tahun Kuda Api melambangkan tenaga, keberanian dan kemajuan pantas. Semangat ini mencerminkan momentum pembangunan Sarawak ke arah negeri maju menjelang 2030,” katanya mengakhiri ucapan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2026 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.038396 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list