CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 2

[Bantuan Keperluan Bayi] Adik Maxy perlu bantuan dana untuk pemindahan hati

[Copy link]
Post time 1-3-2026 10:53 AM | Show all posts |Read mode


Adik Maxy bersama ibunya, Stephanie dan bapanya Davis Mancha Terence Tanjong.

KUCHING: Di sebalik senyuman kecil seorang bayi, tersembunyi perjuangan besar yang sedang dilaluinya setiap hari.

Adik Maxy Perez, bayi dari Sarawak, kini sedang bertarung melawan Biliary Atresia, penyakit serius yang menjejaskan saluran dan fungsi hati sehingga menyebabkan organ itu rosak secara berperingkat.

Maxy sebelum ini telah menjalani pembedahan Kasai dalam usaha menyelamatkan fungsi hatinya.

Namun, harapan tersebut semakin menipis apabila keadaan kesihatannya terus merosot.

Perutnya semakin membesar akibat hati yang membengkak dan mengeras, manakala bacaan fungsi hati menunjukkan tanda yang membimbangkan.

Kini, pemindahan hati merupakan satu-satunya peluang untuk memberi Maxy kehidupan yang lebih panjang dan sihat.



Adik Maxy masih memerlukan dana RM180,000 untuk pembedahan segera.

Lebih menyentuh hati, ibunya sendiri, Stephanie Munira Sulan Muking, disahkan sebagai penderma yang sesuai.

Sekurang-kurangnya 20 peratus daripada hatinya akan dipindahkan demi menyelamatkan anak yang dikandung dan dilahirkannya itu.

Namun, di sebalik kesediaan seorang ibu berkorban sebahagian daripada organ tubuhnya, keluarga ini berdepan satu halangan besar, dana rawatan.

“Saya sendiri telah membuka tabung kutipan, namun pergerakannya agak perlahan sedangkan Maxy memerlukan pembedahan segera.

“Semua urusan di Shanghai seperti kelulusan etika sudah diluluskan. Masalah kami sekarang hanyalah dana,” katanya dalam nada penuh harapan.

Kos keseluruhan rawatan dan pembedahan dianggarkan sekitar RM200,000, dan daripada jumlah itu, kira-kira RM180,000 lagi masih diperlukan dalam masa terdekat.

Bagi seorang bayi yang belum mengerti erti kesakitan yang ditanggungnya, setiap hari yang berlalu amat berharga.

Bagi seorang ibu pula, setiap detik adalah doa agar ada sinar bantuan daripada insan-insan prihatin.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke Maybank: 5515 7530 7417 (Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia) dengan rujukan: Bantuan Maxy BA.



Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan kepada bank atau Kod QR yang disertakan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ira (ibu Maxy) di 012-2964119 atau Puan Mars (NPM) di 013-7444501.

Dalam dunia yang penuh cabaran ini, mungkin sumbangan kecil kita mampu menjadi nafas baharu buat seorang anak kecil yang hanya mahu peluang untuk membesar seperti kanak-kanak lain.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2026 01:53 PM | Show all posts
Sumbangan untuk adik Maxy Perez capai sasaran RM200,000, terima kasih penderma
March 4, 2026, Rabu - 12:15pm



Adik Maxy bersama ibunya, Ira, menzahirkan terima kasih tidak terhingga kepada orang ramai yang membantu menderma bagi kos rawatan dan pembedahannya.

KUCHING: Terima kasih orang ramai, dengan sumbangan anda kini kos yang diperlukan adik Maxy Perez Davis Mancha untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Shanghai, China telah berjaya mencapai sasaran RM200,000.

Menurut Nadi Permata Malaysia dalam catatan Facebook pagi ini, kempen kutipan untuk kanak-kanak berusia setahun dua bulan itu yang bermula pada 27 Februari kini telah ditutup.

Di sebalik angka dan jumlah sumbangan itu, tersimpan ribuan doa, harapan dan kasih sayang daripada insan-insan yang mungkin tidak pernah bersua muka dengan Maxy, namun tersentuh hati dengan ujiannya.

Setiap perkongsian di media sosial, setiap ringgit yang dihulurkan, menjadi bukti bahawa masih ramai yang peduli.

Bagi ibu dan ayahnya, kebaikan orang ramai ibarat cahaya yang menerangi hari-hari sukar mereka.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua, saya sangat terharu kerana semua sanggup membantu Maxy tanpa mengira bangsa dan agama.

“Ia sangat luar biasa, kami dapat mencapai dana RM200,000 dalam masa sesingkat ini..terima kasih semua,” kata ibunya, Stephanie Munira Sulan Muking atau dikenali Ira ketika dihubungi Utusan Borneo, hari ini.

Lebih mengharukan, adik Maxy kini telah menerima kelulusan etika (ethical approval) untuk meneruskan rawatan serta pembedahan pemindahan hati.

Adik Maxy dijadualkan berangkat bagi menjalani rawatan berkenaan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Ketika ini, keluarga Adik Maxy sedang membuat segala persiapan yang diperlukan termasuk penyediaan dokumen, keperluan perubatan dan barangan sepanjang berada di lokasi rawatan kelak.

Walaupun dana telah mencukupi, sumbangan tambahan masih dibuka bagi menampung kos keperluan sepanjang rawatan dan tempoh pemulihan nanti.

Orang ramai yang ingin terus membantu boleh menghubungi Ira (Ibu Maxy) di 012-2964119 dan Davis (Ayah Maxy) di 011-26267716.

Terdahulu, Utusan Borneo melaporkan Maxy kini sedang bertarung melawan Biliary Atresia, penyakit serius yang menjejaskan saluran dan fungsi hati sehingga menyebabkan organ itu rosak secara berperingkat.

Maxy sebelum ini telah menjalani pembedahan Kasai dalam usaha menyelamatkan fungsi hatinya namun, harapan tersebut semakin menipis apabila keadaan kesihatannya terus merosot.

Perutnya semakin membesar akibat hati yang membengkak dan mengeras, manakala bacaan fungsi hati menunjukkan tanda yang membimbangkan.

Kini, pemindahan hati merupakan satu-satunya peluang untuk memberi Maxy kehidupan yang lebih panjang dan sihat.

Ibunya, Ira disahkan sebagai penderma yang sesuai dan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada hatinya akan dipindahkan bagi menyelamatkan nyawa anaknya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2026 11:36 PM | Show all posts
Pembedahan pemindahan hati adik Maxy dan ibunya berjaya disempurnakan
April 3, 2026, Jumaat - 2:15pm



Adik Maxy bersama ibu bapanya, Davis Mancha Terence Tanjong dan Stephanie Munira Sulan Muking. - Gambar Facebook Nadi Permata Malaysia

KUCHING: Penantian penuh debaran akhirnya berakhir dengan khabar yang melegakan apabila pembedahan pemindahan hati melibatkan adik Maxy Perez Davis Mancha dan ibunya Stephanie Munira Sulan Muking berjaya disempurnakan dengan lancar pada Khamis di Shanghai, China.

Dalam suasana yang sebelum ini dipenuhi doa dan harapan daripada orang ramai, kedua-duanya kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas melalui prosedur yang mencabar itu.

Adik Maxy telah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan rapi oleh pasukan perubatan, manakala ibunya yang bertindak sebagai penderma, kini sedang berehat di wad.

Perkembangan tersebut dikongsi menerusi catatan Facebook Nadi Permata Malaysia yang turut menzahirkan rasa syukur atas kelancaran pembedahan berkenaan.

“Syukur, Alhamdulillah... pembedahan pemindahan hati Maxy dan Mama telah selesai dan berjalan lancar,” menurut catatan itu.

Sebelum ini, kisah Adik Maxy meraih perhatian ramai apabila kanak-kanak itu dilaporkan memerlukan pemindahan hati bagi meneruskan kehidupan, sekali gus mencetuskan gelombang sokongan dan doa daripada masyarakat.

Lebih menyentuh hati, ibunya sendiri tampil sebagai penderma, memperlihatkan pengorbanan seorang ibu demi menyelamatkan nyawa anak tersayang.

Walaupun pembedahan telah berjaya dilaksanakan, perjalanan pemulihan kedua-dua beranak itu masih panjang dan memerlukan pemantauan rapi serta penjagaan berterusan.

Adik Maxy telah disahkan menghidap penyakit Biliary Atresia, iaitu sejenis penyakit yang menyerang saluran hempedu secara senyap, sekali gus menyebabkan fungsi hati merosot secara beransur-ansur dan mengancam peluangnya untuk menjalani kehidupan normal.

Hasil daripada kempen kutipan dana, sebanyak RM200,000 berjaya dikumpulkan, jumlah yang diperlukan bagi membolehkan kanak-kanak Sarawak itu menjalani pemindahan hati.

Ibunya mendermakan 20 peratus daripada hatinya kepada Maxy.

Orang ramai terus diseru untuk mendoakan agar proses pemulihan mereka dipermudahkan, bebas daripada sebarang komplikasi serta diberikan kekuatan menghadapi fasa seterusnya.

Kisah Adik Maxy bukan sahaja menyentuh perasaan, malah menjadi lambang kasih sayang, pengorbanan dan kekuatan sebuah keluarga dalam menempuh ujian kehidupan.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-4-2026 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044952 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list