CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 150|Reply: 0

[Sabah] Warga emas didakwa bunuh wanita, kes sebutan 15 April

[Copy link]
Post time 27-2-2026 02:40 PM | Show all posts |Read mode


PROSIDING: Tertuduh diiring menjalani prosiding di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan dikerat dan dibuang di beberapa lokasi sekitar Indah Permai, Sepanggar, awal bulan ini.

Tertuduh, Piluta Samad, 71, berdepan pertuduhan membunuh Hamidah Husin @ Lisa antara jam 6 petang hingga 7 malam pada 11 Februari lalu di sebuah rumah di Kampung Sri Kenangan, Jalan Sepanggar.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, kes dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, selepas sabitan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan beliau memahami pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Kareena Kaur Gill Karamjit Singh, memohon satu tarikh baharu sementara menunggu laporan DNA, patologi, forensik dan kimia.

Pihak pendakwaan turut membantah jaminan berikutan kesalahan yang dihadapi adalah serius.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 April sebagai tarikh sebutan semula kes dan memerintahkan tertuduh ditahan sehingga prosiding seterusnya.

Kes itu sebelum ini mencetuskan perhatian apabila seorang pekerja lori sampah menemukan anggota badan manusia ketika menjalankan tugas kira-kira jam 6.30 pagi pada 12 Februari lalu.

Susulan penemuan berkenaan, polis menahan tertuduh kurang 24 jam kemudian bagi membantu siasatan.

Tiga lagi individu, masing-masing dua wanita dan seorang lelaki, turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Difahamkan, suspek utama mempunyai hubungan lampau dengan mangsa dan siasatan masih dijalankan sementara menunggu laporan penuh berkaitan kes berkenaan.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2026 01:59 AM GMT+8 , Processed in 1.345046 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list