CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

[Sabah] Lelaki terbabit kes bunuh, kerat wanita di Sepanggar didakwa esok

[Copy link]
Post time 26-2-2026 08:18 PM | Show all posts |Read mode


JAUTEH

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya dikerat sebelum dibuang di beberapa lokasi awal bulan ini, dijangka didakwa di Mahkamah Kota Kinabalu, esok.

Suspek yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan akan dibawa ke mahkamah untuk mendengar pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, mengesahkan perkara itu ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan kes berkenaan.

Menurutnya, kertas siasatan sudah dilengkapkan sebelum arahan pertuduhan dikeluarkan pihak pendakwaan.

“Esok kita akan tuduh suspek di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau memaklumkan tiga lagi individu yang juga anak kepada suspek utama berkemungkinan dipanggil sebagai saksi pendakwaan bagi membantu prosiding perbicaraan.

Dalam kejadian pada 12 Februari lalu, seorang wanita ditemukan maut dalam keadaan anggota tubuh dikerat kepada beberapa bahagian sebelum dibuang di beberapa lokasi sekitar Indah Permai, Sepanggar.

Kes itu terbongkar kira-kira jam 6.30 pagi apabila seorang pekerja lori sampah menemukan anggota badan manusia ketika menjalankan tugas rutin sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 70-an kurang 24 jam selepas penemuan mayat mangsa.

Beberapa tangkapan susulan kemudian dilakukan bagi membantu siasatan sehingga kertas siasatan dilengkapkan untuk tindakan lanjut.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2026 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.149483 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list