CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 207|Reply: 0

[Sarawak] Wanita serang kakak kandung gara-gara ditegur, dipenjara lapan bulan

[Copy link]
Post time 26-2-2026 11:35 AM | Show all posts |Read mode


Tertuduh menjalani hukuman penjara di Penjara Pusat Sibu bermula hari ini. - Gambar IPD Matu Daro

SIBU: Tidak berpuas hati selepas ditegur, seorang wanita yang bertindak menyerang kakak kandungnya sehingga cedera di Kampung Betanak, Daro dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan.

Ketua Polis Daerah Matu Daro DSP Rahim Mihos berkata, ketika kejadian mangsa telah menegur suspek, 32, menyebabkan suspek tidak puas hati lalu menyerang mangsa.

Menurutnya, tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Matu Daro pada Isnin dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

"Hasil ujian saringan awal air kencing tangkapan juga dapati positif dadah jenis Amphetamine atau Methamphetamine," ujarnya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, penahanan reman ke atas suspek telah dibenarkan selama empat hari dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Pada hari ini, suspek telah dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan di Mahkamah Sarikei.

"Tertuduh mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang dibuat dan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan bermula daripada tarikh penjatuhan hukuman.

"Tertuduh kemudiannya diperintahkan menjalani hukuman penjara di Penjara Pusat Sibu (PPS)," jelasnya.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2026 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.049625 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list