CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak tidak bertindak atas kepentingan sendiri apabila fail petisyen di Mahkamah Persekutuan

[Copy link]
Post time 25-2-2026 12:57 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak tidak bertindak atas kepentingan sendiri apabila memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penentuan berhubung kesahan dari segi perlembagaan serta pemakaian berterusan beberapa undang-undang petroleum persekutuan terhadap negeri ini.

Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menegaskan petisyen itu merupakan saluran perundangan yang sah untuk menyatakan pendirian dan mendapatkan penentuan muktamad daripada mahkamah.

“Di sebalik naratif tertentu yang muncul dari Semenanjung Malaysia yang cuba menggambarkan bahawa Sarawak bertindak atas kepentingan sendiri, petisyen ini membuktikan sebaliknya.

“Sarawak memilih saluran perundangan yang sah untuk menyatakan pendirian dan mendapatkan penentuan muktamad daripada mahkamah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas pengumuman Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bahawa kerajaan negeri telah memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan berhubung kesahihan perlembagaan serta pemakaian undang-undang petroleum ke atas Sarawak.

Pemuda PBB menegaskan bahawa mempertahan hak perlembagaan tidak wajar disalah tafsir dan Sarawak tidak akan gentar dalam mempertahankan apa yang sememangnya menjadi hak di sisi undang-undang.

“Pada masa yang sama, kami mengiktiraf komitmen berterusan Kerajaan Sarawak untuk terus mengadakan libat urus secara konstruktif dengan kerajaan persekutuan.

“Usaha mendapatkan kejelasan melalui mahkamah tidak seharusnya dan tidak boleh menafikan kepentingan dialog, kerjasama serta rasa hormat bersama dalam kerangka Persekutuan,” katanya.

Sarawak secara konsisten menegaskan bahawa pengurusan dan pengawalseliaan sumber aslinya hendaklah dilaksanakan selaras dengan aturan perlembagaan yang menjadi asas pembentukan Malaysia, termasuk Perjanjian Malaysia 1963 serta perlindungan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tambahnya.

Justeru, ujarnya perlu difahami dengan jelas, pendirian Sarawak bukanlah bersifat sewenang-wenangnya atau beremosi.

Katanya lagi hujah-hujah yang dikemukakan adalah tegas, berasaskan undang-undang serta berakar kukuh dalam kerangka perlembagaan yang membentuk Persekutuan.

“Kami menyokong sepenuhnya langkah ini bagi mendapatkan kejelasan kehakiman berhubung persoalan-persoalan asas perlembagaan yang mempunyai implikasi besar bukan sahaja kepada generasi masa kini, malah kepada masa depan rakyat Sarawak,” jelasnya.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2026 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.098799 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list