CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Selamat Hari Raya!

 Close [Copy link]
 Author| Post time 24-2-2026 10:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2026 10:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 10:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2026 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2026 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2026 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2026 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2026 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2026 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengah hari mentari tinggi,
Teruskan usaha jangan berhenti.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2026 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Angin sepoi di laman desa,
Rehat sejenak kuatkan rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2026 02:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 02:17 PM | Show all posts
Syabu lebih 25 kilogram bernilai RM1.28 juta dirampas di lobi kondominium
Februari 24, 2026, Selasa - 11:24am



RAMPAS: Sammy menunjukkan bekalan dadah yang dirampas dalam operasi berkenaan.

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang merampas dadah disyaki jenis syabu seberat 25,744.37 gram dengan nilai anggaran RM1,287,218.50 dalam satu operasi di lobi sebuah kondominium di daerah ini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superitendan Sammy Newton berkata, operasi pada 23 Februari itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) hasil maklumat awam dan risikan pihak polis.

“Hasil pemeriksaan terhadap empat kotak menemukan 24 paket plastik lut sinar berisi ketulan hablur disyaki methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan serta menahan individu yang terlibat selain membongkar rangkaian pengedaran dadah berkenaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang awam dengan maklumat yang disalurkan sehingga membawa kepada kejayaan operasi berkenaan.

“Orang ramai digesa terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan pengedaran dadah bagi memastikan daerah ini kekal selamat dan bebas daripada ancaman dadah,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 02:18 PM | Show all posts
Joachim terima kunjungan hormat dari IMT Services Sdn Bhd
Februari 24, 2026, Selasa - 2:00pm



BINCANG: Joachim (tengah) semasa menerima kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam menerima kunjungan hormat daripada IMT Services Sdn Bhd, hari ini.

Kunjungan itu bertujuan memperkenalkan kepakaran serta penyelesaian kejuruteraan yang ditawarkan syarikat berkenaan, khususnya dalam aspek perlindungan infrastruktur, penstabilan cerun serta teknologi penyelenggaraan jalan yang lebih mampan dan tahan lasak.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Ridhwan Roger Linus; Setiausaha Politik kepada Menteri, Dr Bonaventure Boniface serta beberapa pegawai kanan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

Dalam sesi itu, pihak IMT Services Sdn Bhd telah menyampaikan pembentangan terperinci kepada menteri dan pegawai kementerian berhubung teknologi, produk serta pendekatan inovatif yang mampu disumbangkan ke arah penambahbaikan infrastruktur jalan raya dan kemudahan utiliti di Sabah.

Antara yang diketengahkan termasuk kaedah penyelenggaraan pencegahan dan sistem perlindungan cerun bagi mengurangkan risiko tanah runtuh.

Joachim mengalu-alukan komitmen syarikat yang tampil menawarkan teknologi serta kepakaran baharu bagi membantu kerajaan negeri menangani isu-isu infrastruktur, khususnya di kawasan luar bandar dan daerah-daerah yang berdepan cabaran geografi serta keadaan cuaca.

Beliau berkata, kementerian sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dan rekod prestasi yang baik, selaras dengan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan infrastruktur yang lebih berkualiti, selamat dan mampan demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Pertemuan berakhir dengan sesi perbincangan dua hala yang konstruktif, sekali gus membuka ruang kepada potensi kerjasama strategik antara pihak kementerian dan IMT Services Sdn Bhd pada masa akan datang.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 02:21 PM | Show all posts
Wilfred sokong tindakan Kerajaan Sarawak fail petisyen di Mahkamah Persekutuan
Februari 24, 2026, Selasa - 11:29am



Wilfred sokong sepenuhnya tindakan Sarawak Failkan Petisyen di Mahkamah Persekutuan.

KUCHING: Keputusan Kerajaan Sarawak memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi menentukan kesahan perlembagaan serta pemakaian berterusan undang-undang petroleum persekutuan ke atas Sarawak mendapat sokongan sepenuhnya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap.

Menurut beliau, petisyen tersebut bertujuan mendapatkan kejelasan kehakiman berhubung pemakaian Akta Pembangunan Petroleum 1974, Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 terhadap Sarawak mengambil kira kedudukan perlembagaan negeri ini di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

“Dengan membawa perkara ini ke Mahkamah Persekutuan, Kerajaan Sarawak menegaskan hak perlembagaan negeri secara sah, matang dan bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wilfred turut menegaskan bahawa sempadan serta hak kedaulatan Sarawak ke atas sumber asli termasuk petroleum dalam had wilayahnya telah wujud sebelum Hari Malaysia dan dipelihara di bawah MA63.

Tindakan itu mencerminkan keberanian dan keyakinan Kerajaan Sarawak untuk mempertahankan hak sah negeri melalui saluran perundangan yang betul sambil terus menghormati kerangka Perlembagaan Persekutuan, tegasnya.

“Persekutuan yang kukuh dibina atas asas saling menghormati dan kesetiaan kepada Perlembagaan.

"Apabila timbul persoalan perlembagaan, forum yang sewajarnya adalah mahkamah, bukan retorik politik,” ujarnya.

Tambah beliau, tindakan perundangan berkenaan juga berkait rapat dengan keadilan antara generasi.

“Sumber asli adalah milik rakyat Sarawak. Memastikan kedudukan perlembagaan kita ditakrif dengan jelas hari ini adalah penting bagi melindungi kemakmuran serta peluang pembangunan generasi akan datang,” katanya lagi.

Maka itu, Wilfred menyeru agar seluruh rakyat Sarawak untuk terus bersatu menyokong Kerajaan Sarawak dalam usaha mempertahankan kedaulatan, sumber dan masa depan kemakmuran negeri ini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 02:22 PM | Show all posts
IPD Bau selesaikan beberapa kes jenayah, tertuduh dijatuhkan hukuman di Mahkamah Majistret Bau
Februari 24, 2026, Selasa - 11:43am



BAU: Beberapa kes jenayah yang disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau berjaya diselesaikan selepas diputuskan di Mahkamah Majistret Bau pada 23 Februari 2026.

Ketua Polis Daerah Bau Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata antara kes yang diputuskan melibatkan dua lelaki di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat terhadap harta benda awam.

Menurutnya, mahkamah mensabitkan kedua-dua tertuduh dan menjatuhkan hukuman denda RM3,000 setiap seorang.

“Sekiranya gagal membayar denda tersebut, kedua-dua tertuduh akan menjalani hukuman penjara selama 12 bulan seperti yang ditetapkan mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, bagi kes di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan mencuri kenderaan bermotor atau komponennya, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 15 bulan berkuat kuasa dari tarikh reman pada 22 Disember 2025.

Seorang lagi tertuduh dalam kes sama gagal hadir ke mahkamah dan Waran Tangkap terhadapnya telah dilanjutkan sehingga 26 Mac 2026.

Mohd Haide menegaskan pihaknya komited menjalankan siasatan secara profesional serta memastikan setiap kes jenayah dibawa ke muka pengadilan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang serta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada pihak polis bagi membantu usaha pencegahan jenayah.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 02:23 PM | Show all posts
ACCCIS adakan Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina pada 27 Februari
Februari 24, 2026, Selasa - 2:06pm



KUCHING: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) akan mengadakan Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2026 bertemakan ‘Malam Shanghai’ pada 27 Februari ini, jam 7 malam di Hotel Imperial di sini.

Menurut kenyataan ACCCIS semalam, majlis berkenaan akan dirasmikan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Katanya, majlis itu merupakan salah satu acara tahunan utama ACCCIS.

“Sebagai organisasi peneraju yang mewakili komuniti perniagaan Cina di Sarawak, kami (ACCCIS) menekankan kepentingan mengekalkan tradisi perayaan yang bermakna serta mengukuhkan perpaduan dalam sektor perniagaan.

“Justeru, acara makan malam ini juga berperanan sebagai platform penting untuk membina jaringan kerjasama yang lebih erat serta meningkatkan hubungan profesional antara ahli dan pihak berkepentingan,” katanya.

ACCCIS berkata, majlis akan disertai ahli-ahli Majlis ACCCIS serta wakil daripada 22 dewan gabungan di seluruh Sarawak termasuk Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Bintulu, Limbang, Bau, Serian, Saratok, Bintangor, Kapit, Daro, Mukah, Batu Niah, Song, Sibuti, Baram, Lawas, Betong, Kanowit serta Selangau dan Satapang.

Tambahnya, majlis juga akan dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli Kabinet Sarawak, Konsul Jeneral dari pelbagai konsulat, kenamaan daripada jabatan dan agensi kerajaan, wakil persatuan perdagangan dan institusi perbankan serta ahli sektor korporat, yang akan berkumpul bagi meraikan Tahun Kuda.

“Acara ini diharapkan bukan sahaja menjadi medium meraikan perayaan bersama komuniti perniagaan, malah memperkukuh jaringan profesional dan kerjasama antara semua pihak berkepentingan di Sarawak,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2026 02:25 PM | Show all posts
Resort di Semporna diserbu, tenggiling hidup dirampas
Februari 24, 2026, Selasa - 2:22pm



RAMPAS: Tenggiling hidup yang ditemukan dan dirampas dalam serbuan berkenaan.

SEMPORNA: Kegiatan sebuah resort pelancongan di daerah ini yang dipercayai menyimpan dan menyediakan hidupan liar dilindungi sebagai hidangan eksotik terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa, semalam.

Operasi Bersepadu Khazanah itu dijalankan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Cawangan Risik/Task Force Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan hasil maklumat risikan.

Dalam serbuan berkenaan, pasukan penguatkuasa merampas seekor tenggiling hidup spesies Manis Javanica yang dikategorikan sebagai hidupan liar dilindungi sepenuhnya.

Turut dirampas beberapa hidangan yang dipercayai membabitkan hidupan liar dilindungi untuk tindakan lanjut.



EKSOTIK: Hidangan disyaki hasil hidupan liar dilindung yang ditemukan di resort berkenaan.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar berkata, tenggiling disenaraikan di bawah Jadual I Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

“Tiada sebarang lesen atau permit dikeluarkan kepada mana-mana individu atau premis termasuk premis pelancongan untuk memiliki, menyimpan, menjual atau menyediakan spesies berkenaan sebagai hidangan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 serta penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, JHL Sabah memandang serius sebarang aktiviti penyediaan hidupan liar dilindungi sebagai makanan eksotik kepada pelancong.

“Kegiatan itu bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh menjejaskan reputasi Sabah sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi yang bertanggungjawab.

“Tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dan jabatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis pelancongan yang terlibat dalam jenayah hidupan liar,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 02:26 PM | Show all posts
Bomba Limbang siap siaga hadapi kemungkinan gegaran susulan
Februari 24, 2026, Selasa - 2:22pm



LIMBANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku gegaran susulan ekoran gempa bumi bermagnitud 6.8 dilaporkan berlaku di perairan Kota Kinabalu, Sabah pada tengah malam semalam.

Ketua Bomba JBPM Zon Tujuh Limbang Ramlan Marajan (gambar) berkata, antara tindakan yang dilakukan adalah melakukan pemeriksaan awal terhadap bangunan berisiko seperti premis lama atau struktur retak.

Jelasnya lagi, tiada laporan kecemasan diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dan BBP Lawas susulan gegaran tersebut setakat ini.

“Pemantauan berterusan tetap dijalankan oleh pihak JBPM  dengan kerjasama agensi berkaitan,” katanya kepada media hari ini.

Jelasnya, hebahan keselamatan kepada komuniti dilakukan supaya masyarakat kekal tenang dan melaporkan sebarang kerosakan melalui talian 999 atau balai bomba berdekatan.

Terdahulu, media melaporkan satu gempa bumi bermagnitud 6.8 di perairan Kota Kinabalu, Sabah pada jam 12.57 tengah malam Isnin.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa berkenaan berpusat pada koordinat 7.0 darjah utara dan 116.4 darjah timur.

Gegaran dirasai di sekitar Pantai Barat Sabah dan beberapa kawasan di Sarawak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 02:26 PM | Show all posts
sbh - Resort di Semporna diserbu, tenggiling hidup dirampas

swk - ​​​​​​​Bomba Limbang siap siaga hadapi kemungkinan gegaran susulan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 02:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2026 09:37 AM GMT+8 , Processed in 3.227880 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list