CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Selamat Hari Raya!

 Close [Copy link]
Post time 23-2-2026 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2026 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts

Bintang bersinar di langit kelam,
Pejamkan mata, selamat malam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2026 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2026 08:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 08:23 AM | Show all posts
nafizzz replied at 23-2-2026 09:48 PM
Check in rumah baru @Vellfire

selamat pagi

selamat berpuasa nafizzz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2026 08:49 AM | Show all posts
Tiga kampung satu hati lakasana gotong royong
Februari 23, 2026, Isnin - 11:01am



ALBUM: Penduduk merakamkan gambar kenangan bersama sebelum gotong royong bermula.

KENINGAU: Lebih 50 penduduk daripada Kampung Kamansi, Kampung Baru dan Kampung Lipasu mencipta sejarah kecil yang besar maknanya apabila berganding bahu dalam satu program gotong royong gabungan yang julung kali diadakan melibatkan tiga buah kampung, bagi membersihkan serta memulihkan laluan utama yang sekian lama terbiar dan berisiko kepada pengguna jalan raya.

Program yang digerakkan atas kesepakatan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Ketua Kampung dan penduduk setempat itu bukan sekadar aktiviti kebersihan biasa akan tetapi lahir daripada kesedaran kolektif demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Penduduk menyewa jentera berat, menggunakan pam rumput, menebas semak-samun serta meracun anak pokok yang menjalar di bahu jalan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 08:50 AM | Show all posts


SEMANGAT: Penduduk bersama-sama membersihkan jalan sambil dibantu oleh sebuah jentera berat yang disewa melakukan gotong royong.

Jurucakap penduduk, Faridah Alexius Muri Gulim, berkata kesepakatan menjadi tunjang utama kejayaan program gotong royong itu.

“Kesepakatan membawa berkat. Bila kita bersatu, kerja yang berat menjadi ringan. Soal keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama,” katanya ketika ditemui.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 08:50 AM | Show all posts


SEMANGAT: Penduduk membersihkan semak samun yang mulai tumbuh dipinggir jalan.

Sebelum ini, jalan di Kampung Kamansi dilitupi semak tebal sehingga mengecilkan bahu jalan dan mengundang bahaya, manakala laluan Kampung Baru ke Lipasu pula berlubang dan ditumbuhi pokok liar yang menghalang pandangan pemandu.

Keadaan itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah meningkatkan risiko kemalangan terutama pada waktu malam dan musim hujan.

Namun pada pagi itu, deruman jentera dan bunyi mesin rumput menjadi irama kebangkitan komuniti. Peluh yang menitis di bawah mentari bukan sekadar usaha membersihkan laluan, tetapi simbol harga diri masyarakat yang memilih untuk bertindak daripada menunggu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 08:51 AM | Show all posts


BAIKI: Jentera berat digunakan bagi membaiki jalan berlubang semasa aktiviti gotong royong diadakan.

Inisiatif tiga kampung ini wajar diberi pujian atas contoh nyata terhadap semangat akar umbi sekaligus memperlihatkan bahawa pembangunan tidak semestinya bermula dengan projek besar, tetapi dengan tekad dan kesedaran bersama.

Apabila masyarakat bersatu hati, jalan yang sempit boleh dilapangkan, yang berbahaya boleh diamankan dan yang terabai boleh dihidupkan kembali.

Di Kamansi, Kampung Baru dan Lipasu, gotong-royong ini bukan sekadar membersihkan semak — ia membuka jalan kepada budaya tanggungjawab bersama dan semangat muafakat yang subur.

Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 08:52 AM | Show all posts
Ishak hadiri rumah terbuka TBC
Februari 23, 2026, Isnin - 11:27am



ALBUM: Ishak merakamkan gambar kenangan bersama Tony, Judy dan keluarga semasa menghadiri jamuan TBC.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Mohd Ishak Ayub yang juga ADUN Bingkor ditemani isteri Datin Tengku Aini Tengku Ibrahim menghadiri jamuan Tahun Baharu Cina di kediaman Tony Eping di dekat sini.

Kehadiran beliau mencerminkan semangat saling menghormati dan kebersamaan masyarakat majmuk di Sabah — apabila perbezaan agama dan budaya diraikan dalam suasana harmoni.

Majlis yang berlangsung sederhana tetapi meriah itu menghimpunkan sahabat handai dan kenalan lama, dan Ishak meluangkan masa beramah mesra dengan tuan rumah, Tony, Judy serta tetamu yang hadir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 08:53 AM | Show all posts


MESRA: Ishak merakamkan gambar kenangan bersama tetamu yang hadir di majlis jamuan TBC.

Menurutnya, rumah terbuka bukan sekadar acara jamuan, sebaliknya medan mengeratkan silaturahim dan memperkukuh perpaduan antara kaum.

“Perayaan seperti ini mengingatkan kita bahawa kekuatan Sabah terletak pada kebersamaan. Walaupun berbeza latar belakang, kita tetap satu keluarga besar,” katanya.

Suasana di kediaman berkenaan dipenuhi gelak tawa dan hidangan tradisional Tahun Baharu Cina, sekali gus mencerminkan kemesraan yang terjalin sekian lama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 08:54 AM | Show all posts


BAGUS: Ishak merakamkan gambar kenangan bersama tetamu yang hadir di majlis jamuan TBC.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Tony, Judy dan keluarga atas layanan mesra yang diberikan serta mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' kepada seluruh masyarakat Tiong Hua yang menyambut perayaan itu.

Di Keningau, perayaan bukan sekadar adat, ia adalah jambatan hati — menghubungkan komuniti, memperkukuh persefahaman dan menyuburkan semangat muhibah yang menjadi asas keharmonian negeri ini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 08:55 AM | Show all posts
Robert Tawik titip salam Ramadan
Februari 23, 2026, Isnin - 11:44am



ROBERT TAWIK

KENINGAU: Dalam suasana hati yang mula ditenangkan oleh bayu Ramadan, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi kepada seluruh umat Islam khususnya di Bingkor dan Sabah amnya.

Beliau berharap agar segala ibadah, doa dan amalan kebajikan sepanjang bulan yang mulia ini diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Ucapan itu disampaikan sebagai tanda kebersamaan dan hormat beliau terhadap masyarakat Islam yang bakal menunaikan ibadah puasa, selain menyeru agar Ramadan dijadikan medan memperkukuh perpaduan dan menyemai nilai kasih sayang dalam kehidupan bermasyarakat.

Menurut beliau, Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ruang mendidik jiwa agar lebih sabar, lebih tawaduk dan lebih peka terhadap kesusahan insan lain.

“Semoga segala ibadah dan amalan kebajikan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT,” katanya ringkas namun penuh makna.

Robert turut menekankan bahawa keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah harus terus dipelihara, terutama dalam bulan yang mengajar erti pengorbanan dan keinsafan ini.

Bagi beliau, Ramadan ibarat hujan rahmat yang turun perlahan-lahan ke bumi hati — membasuh keangkuhan, melembutkan tutur kata dan menyuburkan benih keikhlasan.

Beliau bersama keluarga turut mendoakan agar Ramadan kali ini membawa sinar baharu kepada setiap rumah, mengikat kembali silaturahim yang mungkin longgar dan menjadi jambatan hati antara sesama insan.

Di Bingkor yang rencam budaya dan keyakinan, Ramadan sekali lagi hadir bukan sekadar sebagai musim ibadah, tetapi musim menyatukan jiwa.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2026 08:56 AM | Show all posts
Terus perkukuhkan ikatan ukhuwah: Matbali
Februari 23, 2026, Isnin - 12:05pm



RASMIKAN: Matbali menunjukkan plak yang ditandatanganinya bagi merasmikan Dewan Terbuka Ukhuwah Masjid Mukim Gadong sempena majlis berbuka puasa itu.

# Sebanyak 75 masjid dan surau di sekitar DUN Lumadan menerima sumbangan sempena Ramadan Al-Mubarak

BEAUFORT: Selaras usaha memperkukuh ikatan ukhuwah, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sipitang dan pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lumadan mengadakan majlis berbuka puasa dan penyeragan sumbangan kepada masjid dan surau dalam kawasan DUN Lumadan, di Mukim Gadong, di sini pada Sabtu.

Sempena program itu, sebanyak 75 masjid dan surau di sekitar DUN Lumadan menerima sumbangan tunai daripada Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Hj Ruslan Muharam.

Serentak itu, Matbali yang juga Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia (LKM) merasmikan dewan terbuka Masjid Mukim Gadong yang diberi nama `Dewan Terbuka Al-Ukhuwah Mukim Gadong'.

Kira-kira 500 penduduk sekitar mukim berkenaan hadir pada majlis itu yang bermula kira-kira jam empat petang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 08:57 AM | Show all posts


AMANAT: Matbali menyampaikan ucapan sepatah dua kata sempena majlis berbuka puasa itu.

Sebelum berbuka puasa, Pegawai Hal-Ehwal Islam, Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEANS) Kota Kinabalu, Mohd Ridzuan Kaplin menyampaikan tazkirah.

Ketika ditemui, Matbali berkata sumbangan yang disampaikan merupakan tanda keprihatinan dan sokongan kepada masjid dan surau di kawasan berkenaan khususnya menjelang sempena Ramadan Al-Mubarak.

“Saya bersama ADUN Lumadan, Datuk Ruslan Muharam telah menyampaikan sumbangan kepada 34 masjid dan 40 surau khususnya dalam bulan Ramadan.

“Ini adalah merupakan kolaborasi atau kebersamaan saya bersama Datuk Ruslan. Ini adalah tanda sayang kami kepada pengurusan masjid dan surau sempena bulan Ramadan Al-Mubarak,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 08:57 AM | Show all posts


TIBA: Matbali disambut para jemaah masjid ketika tiba di majlis berbuka puasa yang diadakan di Dewan Terbuka Ukhuwah Masjid Mukim Gadong.

Mengenai Dewan Terbuka Ukhuwah Masjid Mukim Gadong, Matbali berkata dewan bernilai RM250,000 itu merupakan hasil peruntukan yang diluluskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, tahun lalu.

Terdahulu dalam ucapannya, Matbali berharap rakyat terus memperkukuhkan ikatan persaudaraan dan ukhuwah antara satu sama lain, supaya agenda pembangunan dapat dilaksana dengan lancar.

Beliau memuji semangat dan dukungan penduduk Mukim Gadong yang menjayakan program berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, program berorientasikan perpaduan dan kesatuan akan terus diperhebatkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2026 08:57 AM | Show all posts


RAMADAN: Matbali bersama Ruslan masing-masing menyerahkan sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan DUN Lumadan sempena majlis berbuka puasa itu.

Beliau bersyukur dengan kolaborasi dengan ADUN Lumadan, program sempena Ramadan itu berjaya dianjurkan.

Menurutnya, program seumpamanya iaitu menyantuni rakyat di peringkat akar umbi juga sudah diadakan di kawasan DUN Sindumin, iaitu satu daripada dua DUN dalam Parlimen Sipitang.

Sementara itu, Ruslan yang juga Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan dalam ucapannya mengajak umat Islam terus memanfaatkan kemuliaan Ramadan bagi memperkukuhkan jalinan silaturahim.

Pada masa sama, beliau turut berharap agar masjid dan surau di kawasan DUN Lumadan terus diimarahkan sempena bulan mulia ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.441540 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list