CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Selamat Hari Raya!

 Close [Copy link]
 Author| Post time 24-2-2026 02:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2026 05:06 PM | Show all posts
Vellfire replied at 21-2-2026 07:48 PM
TQ moon..

singgah2lah selalu..


Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2026 05:08 PM | Show all posts
Tengahari paneh
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2026 05:09 PM | Show all posts
Petang nyaman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2026 05:09 PM | Show all posts
Petang nyaman
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2026 05:10 PM | Show all posts
Server berat balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2026 05:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2026 05:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2026 04:50 AM | Show all posts
Selamat bersahur semua

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 09:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 11:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2026 12:14 PM | Show all posts
Pesta Tahun Baharu Cina RSTC meriah dengan perlumbaan kuda
Februari 24, 2026, Selasa - 3:48pm



KENANGAN: Peter dan isteri merakamkan gambar kenangan dalam majlis itu.

TUARAN: Pesta Tahun Baharu Cina anjuran Kelab Lumba Kuda Diraja Sabah (RSTC) di Tambalang Racecourse di sini berlangsung meriah dengan dua perlumbaan utama, Fortune Bowl dan Prosperity Trophy.

Acara yang diadakan pada hari keenam Tahun Baharu Cina itu menarik perhatian masyarakat tempatan dan pelancong dengan suasana penuh kegembiraan serta tradisi kebudayaan.

Selain perlumbaan, pengunjung turut berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.

Sorakan penonton memuncak apabila kumpulan tarian naga dan singa membuat persembahan penuh bertenaga.

Persembahan itu turut membawa ucapan selamat Tahun Baharu Cina kepada Pengerusi RSTC, Datuk Peter Chin dan isteri.

Dalam perlumbaan Fortune Bowl sejauh 1400 meter, lapan ekor kuda bertaraf tinggi bersaing sengit sebelum Kinabalu Warrior muncul juara.

Seterusnya, perlumbaan Prosperity Trophy yang menampilkan 12 ekor kuda tidak kurang hebatnya, dengan Wind of Liberty menamatkan saingan di tempat pertama.

Bagi memeriahkan lagi suasana, RSTC turut menyiarkan perlumbaan secara langsung di pusat tontonan di Kota Kinabalu (Tanjung Aru), Sandakan dan Keningau, selain menayangkan perlumbaan dari Hong Kong dan Selangor.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2026 12:14 PM | Show all posts
Pengusaha tempatan jelaskan isu penginapan di Semporna
Februari 24, 2026, Selasa - 7:20pm



KERINO
SEMPORNA: Dakwaan bahawa sebahagian besar tempat penginapan di daerah ini diusahakan sepenuhnya oleh syarikat luar negara disifatkan kurang tepat dan perlu diperjelaskan secara menyeluruh.

Pengerusi Koperasi Pelancongan North Borneo Semporna Berhad, Kerino Jalani berkata, walaupun terdapat premis yang diwujudkan melalui kerjasama dengan pelabur atau agen luar negara, pengurusan serta operasi harian masih dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat dan tenaga kerja tempatan.

Katanya, kerjasama itu lebih tertumpu kepada aspek pembiayaan, perkongsian kepakaran reka bentuk mengikut citarasa pelancong antarabangsa serta bantuan pemasaran bagi menarik kemasukan pelancong luar.

“Adalah kurang tepat untuk menyatakan tempat penginapan di Semporna diusahakan sepenuhnya oleh syarikat luar negara. Memang ada usahasama, tetapi pengurusan dan operasi tetap dilaksanakan oleh syarikat tempatan.

“Kerjasama ini secara tidak langsung membantu mengukuhkan kedudukan Semporna dan Malaysia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa, sekali gus merancakkan ekonomi setempat serta membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebelum ini yang memetik kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali bahawa sebanyak 81 tempat penginapan di Semporna, majoritinya diusahakan pengusaha dan syarikat luar negara, dan perkara itu perlu diteliti kerajaan negeri serta pihak berkaitan.

Kerino yang juga mantan Pengerusi Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputera Tempatan Semporna (PUSPABUMI) berkata, realiti di lapangan menunjukkan kebanyakan pengusaha kecil dan sederhana berdepan kekangan modal untuk bersaing dengan syarikat besar yang memiliki jenama kukuh serta kedudukan kewangan stabil.

Menurutnya, proses permohonan bantuan kewangan daripada kerajaan sering mengambil masa panjang dan mencabar, menyebabkan sebahagian pengusaha memilih kaedah usahasama bersama pelabur luar sebagai alternatif pembiayaan.

“Modal diperoleh dan pembayaran balik dibuat secara ansuran berdasarkan persetujuan bersama. Ini adalah kaedah praktikal bagi memastikan perniagaan terus beroperasi,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menegaskan syarat modal berbayar RM250,000 bagi permohonan lesen Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberi kesan besar kepada pengusaha kecil, khususnya yang memiliki kurang daripada lima unit penginapan.

Katanya, kekangan itu secara tidak langsung menyumbang kepada kewujudan premis yang belum berlesen kerana ketidakmampuan memenuhi syarat modal ditetapkan.

Sehubungan itu, beliau memohon kerajaan mempertimbangkan semula kadar modal berbayar berkenaan, khususnya bagi pengusaha kecil, dengan mencadangkan ia diselaraskan kepada kadar lebih sesuai seperti RM50,000 sebagaimana sebelum ini.

“Langkah ini diyakini dapat menggalakkan lebih ramai pengusaha tempatan beroperasi secara sah dan mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.

Kerino turut menegaskan, walaupun terdapat penglibatan pelabur luar dari segi pembiayaan, syarikat tempatan yang terlibat tetap mematuhi tanggungjawab undang-undang termasuk pembayaran cukai pintu, cukai pelancongan, caruman KWSP serta cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Maklum balas ini dibuat bagi memberi gambaran sebenar situasi di lapangan selain menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan memastikan industri pelancongan di Semporna berkembang secara teratur, sah dan memberi manfaat kepada rakyat tempatan," katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2026 12:16 PM | Show all posts
SEDIA berjaya siapkan sembilan laporan
Februari 24, 2026, Selasa - 11:31pm



BINCANG: Hajiji (kiri) semasa dalam mesyuarat berkenaan.

KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) telah menyiapkan sembilan laporan Pelan Induk dan Kajian Kebolehlaksanaan untuk memandu perancangan dan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata pelan-pelan ini disediakan bagi meneruskan program dan projek pembangunan wilayah tertinggal.

"Ini termasuk Kajian Pembangunan Ekonomi Kawasan Sempadan Sabah, Malaysia yang telah mencadangkan empat projek pemangkin dan 27 projek cadangan.

"Selebihnya adalah Kajian Pelan Induk Lembah Makanan di Pedalaman Sabah melibatkan lima daerah utama iaitu Keningau, Tambunan, Tenom, Tongod dan Nabawan melibatkan keluasan tanah seluas 2.3 juta hektar, katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Sedia di Menara Kinabalu pada Selasa.

Beliau berkata Sedia telah menerima peruntukan berjumlah RM3.7 bilion  daripada Kerajaan Persekutuan sejak penubuhannya sehinggalah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Kerajaan Persekutuan, terutama Kementerian Ekonomi telah meluluskan peruntukan sejumlah RM646.3 juta kepada SEDIA sepanjang RMK12.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM3.7 billion sejak penubuhan Sedia bermula RMK9,” katanya.

Hajiji mengalu-alukan komitmen berterusan dari Kerajaan Persekutuan dalam RMK13 untuk meningkatkan keseimbangan kemajuan dan pembangunan wilayah yang ketinggalan.

“Pembangunan Koridor dan hab pengeluaran khusus akan terus diteroka bagi memanfaatkan potensi ekonomi kawasan setempat.

"Berdasarkan Laporan 'Pencapaian Outcome Projek Sabah Development Corridor (SDC) Rancangan Malaysia Ke-9 hingga Rancangan Malaysia Ke-11' yang menyajikan ringkasan hasil projek pembangunan utama yang dilaksanakan di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) menunjukkan pencapaian SEDIA yang membanggakan,"  katanya.

Antara katanya, dalam sektor pertanian dan penternakan iaitu pembangunan Pusat Penternakan Bersepadu Keningau (KILC) bernilai  RM64.1 juta yang menghasilkan purata pengeluaran susu harian 7,168 liter atau 2.5 juta liter setahun.

Beliau berkata, projek itu telah menyumbang 29.6 peratus pengeluaran susu negeri Sabah pada 2022 serta mewujudkan 78 pekerjaan setakat 2024.

Dalam sektor Perindustrian dan Logistik pula, Hajiji berkata Palm Oil Industrial Cluster (POIC Lahad Datu) bernilai RM932 juta yang dibangunkan bagi mempercepatkan pembangunan industri hiliran kelapa sawit telah menjana pelaburan bernilai RM4.1 billion dan sebanyak 3,099 peluang pekerjaan setakat 2024 dengan 42 syarikat beroperasi.

Manakala katanya, dalam sektor infrastruktur dan perhubungan, antara hasil terpenting adalah pembinaan Pejalan Kaki dan Berbasikal dari Tanjung Aru ke UMS (16.1 Kilometer) yang telah menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandar raya yang nyaman untuk dihuni, pembinaan Jalan Dua Hala UiTM ke Pelabuhan Kontena Teluk Sepangar sepanjang 3KM dengan terowong 600 Meter sebagai laluan alternatif yang mana telah mengurangkan masa dan jarak perjalanan.

"Hasil daripada projek ini telah meningkatkan jumlah pelaburan di KKIP sebanyak RM8.32 billion (2017-2024) dan 5,882 peluang pekerjaan.

"Sementara itu, pembinaan Jalan Tongod-Pinangah sepanjang 48.5 km dengan kos RM76.8 juta telah menjimatkan masa perjalanan sehingga 75 peratus daripada empat jam kepada satu jam," katanya.

Hajiji berkata, SEDIA juga telah mewujudkan Hab Pendidikan Sandakan dengan nilai RM100 juta sebagai Kluster Pembangunan Model Insan melibatkan empat institusi iaitu Fakulti Pertanian Lestari UMS, Politeknik Sandakan, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sandakan dan Kolej Vokasional Sandakan 2.

Katanya, SEDIA telah diberikan mandat untuk melaksanakan inisiatif Madani melibatkan 1,230 projek dalam RMK12 bernilai RM102.3 juta antara lain Pembasmian Kemiskinan, People Centric, Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

“Rekod pelaksanaan projek-projek yang berjaya oleh SEDIA sejak RMK9 hingga RMK12 ini membuktikan pihak berkuasa itu merupakan agensi yang dapat mempercepatkan proses pelaksanaan dan membuat penilaian impak di Sabah, sebuah negeri yang strategik dan berpotensi,” katanya.

Hajiji berkata. pembinaan sebuah negara hanya akan menikmati keharmonian jika pembangunan wilayah yang ketinggalan dengan wilayah yang pantas membangun dapat diseimbangkan.

“Jurang ini harus dirapatkan agar tidak berlaku wilayah yang ketinggalan. Jika perlu jalan pintas dapat diaplikasikan samada melalui penstrukturan dasar dan tindakan.

“Tumpuan tidak seharusnya terlalu menekan kepada Pulangan Pelaburan (ROI) yang segera tapi setiap sen yang dibelanjakan pasti kerajaan akan mendapat pulangan melalui kutipan cukai-cukai.

"Semua pihak akan menikmati dan akhirnya menambah perbendaharaan negara selain mewujudkan impak sosial seperti pekerjaan dan perniagaan kecil-kecilan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2026 12:20 PM | Show all posts
Lelaki dicekup curi kompresor penghawa dingin
Februari 25, 2026, Rabu - 10:42am



TANGKAP: Suspek berjaya ditahan untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Tindakan seorang lelaki mencuri unit kompresor penghawa dingin di bahagian belakang sebuah rumah di Taman Semarak, di sini, membawa padah apabila dia diberkas polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian disedari seorang wanita ketika berada di rumahnya sebelum mendapati unit berkenaan hilang.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berhubung kejadian itu.

“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau berjaya mengesan dan menahan suspek lelaki warga tempatan berusia kira-kira 36 tahun di Taman Ria kerana disyaki terbabit dalam kes curi yang disiasat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

“Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah ditahan dan dihukum dalam kes berkaitan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2026 12:25 PM | Show all posts
JCI Sibu jayakan GMM dan perhimpunan TBC
Februari 24, 2026, Selasa - 2:29pm



Ahli-ahli JCI Sibu bersama-sama meraikan sambutan TBC.

SIBU: Junior Chamber International (JCI) Sibu telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Ahli (GMM) serta perhimpunan sempena Tahun Baharu Cina (TBC) yang menghimpunkan ahli, alumni dan rakan-rakan dalam suasana penuh perpaduan dan kemesraan.

Sebagai program tahunan anjuran JCI Sibu sendiri, perhimpunan itu menjadi platform bermakna untuk ahli bertemu, bertukar ucapan perayaan serta mengeratkan hubungan dalam organisasi.

Acara tersebut mencerminkan tradisi kunjung-mengunjung musim perayaan dengan suasana mesra, ceria dan penuh semangat kekeluargaan.

Pada sebelah malam, sambutan diteruskan dengan Sesi Rangkaian Pickleball yang dianjurkan sebagai projek di bawah JCI Malaysia Kawasan Sarawak dan dihoskan oleh JCI Sibu.

Ahli daripada pelbagai organisasi tempatan (LO) di seluruh Zon Sibu turut serta dalam usaha memperkukuh jaringan serta kerjasama antara cawangan.

Pickleball yang mudah disertai dan menyeronokkan membolehkan peserta daripada pelbagai peringkat umur dan tahap kecergasan mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan.

Aktiviti berkenaan memupuk semangat berpasukan, kesukanan serta gaya hidup sihat sambil mengeratkan hubungan antara ahli di peringkat kawasan.

Program dua segmen itu menunjukkan komitmen JCI dalam pembangunan ahli secara menyeluruh, selain memperkukuh hubungan dalaman organisasi serta kerjasama di peringkat wilayah.

Majlis berakhir dengan jayanya, meninggalkan kenangan indah serta semangat perpaduan dalam menyambut tahun baharu.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2026 12:28 PM | Show all posts
Warga emas dilapor hilang di hutan Gunung Tasik Biru ditemui selamat
Februari 24, 2026, Selasa - 2:35pm



Mangsa dibawa keluar dari kawasan hutan Gunung Tasik Biru, hari ini. - Gambar JBPM Sarawak

BAU: Seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu di kawasan Gunung Tasik Biru di sini ditemui dalam keadaan selamat, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.39 pagi tadi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau digerakkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemui oleh ahli keluarga dalam keadaan lemah sebelum pihak bomba diminta membantu membawa turun mangsa dari kawasan hutan untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan.

Seramai enam anggota bersama sebuah jentera FRT dan satu unit Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi membawa turun mangsa.

Setakat jam 12.09 tengah hari, pasukan penyelamat masih dalam perjalanan membawa mangsa keluar dari kawasan hutan menuju ke Pusat Kawalan Operasi Bomba.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2026 12:44 PM | Show all posts
Bazar Ramadan didik keselamatan dan kebersihan makanan
Februari 24, 2026, Selasa - 2:37pm



Rozita (empat kanan) menyerahkan bantuan daripada Baitulmal Limbang kepada penerima bantuan pada Ahad.

LIMBANG: Bazar Ramadan 2026 bukan saja menyemarakkan sambutan bulan Ramadan, menyediakan platform perniagaan yang teratur dan kondusif malah mendidik pengunjung mengenai budaya pesta tanpa sampah.

Timbalan Residen Bahagian Limbang Marie Cotilla Louise @ Rozita Kulai berkata, langkah itu selaras dengan usaha Majlis Daerah Limbang (MDL) dalam menjaga kelestarian alam sekitar.

“Aspek keselamatan serta kebersihan tapak dan makanan di bazar Ramadan terus diberi keutamaan MDL melalui pemantauan berterusan setiap tahun selaras dengan slogan 'Pesta Tanpa Sampah' setiap kali penganjuran aktiviti,” katanya.

Beliau berkata demikian mewakili Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak pada Majlis Perasmian Bazar Ramadan Limbang Tahun 2026 di Kawasan Parkir Lot 777 Limbang pada Ahad.

Turut hadir ialah Pengerusi MDL Kaunselor Sufian Mohat dan Setiausaha MDL Michelle Hildalyne Jering Anthony Luta.

Katanya, bazar Ramadan merupakan tarikan utama pengunjung bukan saja untuk mendapatkan juadah berbuka puasa tetapi pusat peningkatan ekonomi setempat.

Justeru katanya, aspek kebersihan kawasan berniaga dan penyediaan makanan perlu dipelihara demi keselamatan semua.

“Pelaksanaan tapak bazar yang lebih teratur, bersih dan selamat mencerminkan komitmen pihak penganjur iaitu MDL dalam memastikan keselesaan peniaga dan pengunjung.

“Pada masa sama pematuhan standard keselamatan dan kebersihan dilihat berada pada tahap yang membanggakan,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, bazar Ramadan juga menjadi platform memperkukuhkan silaturahim dalam masyarakat kita yang berbilang kaum selain memastikan tahap pematuhan terhadap garis panduan makanan dan kebersihan berada pada tahap membanggakan.

Jelasnya, Bazar Ramadan Limbang merupakan tumpuan pengunjung tempatan dan pengunjung dari negara jiran Brunei yang memilih untuk membeli juadah berbuka puasa di sini.

Selain itu katanya, bazar berkenaan juga menjadi pilihan mereka yang bukan beragama Islam untuk membeli makanan dan minuman.

Seramai 130 peniaga menyertai bazar Ramadan tahun ini iaitu menunjukkan peningkatan ketara berbanding hanya 116 peniaga pada tahun lepas.


Sumber :
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2026 12:45 PM | Show all posts
Wanita disyaki terlibat pelaburan tidak wujud ditahan
Februari 24, 2026, Selasa - 2:41pm

BINTANGOR: Seorang wanita tempatan berusia 20-an ditahan polis semalam setelah disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Meradong DSP Tansli Mering berkata, suspek ditahan kira-kira jam 1.50 tengah hari.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa diperdaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan 100 peratus daripada modal yang dilaburkan.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan bagi melengkapkan urusan kononnya untuk mendapatkan keuntungan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1,500.

Siasatan lanjut turut mendapati suspek dipercayai terlibat dalam satu lagi laporan polis yang dibuat di Simunjan.

Bagaimanapun, semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar membuat semakan terperinci dengan pihak berwajib sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan kepada pihak ketiga.

Mangsa penipuan dalam talian juga boleh menghubungi talian hotline National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 bagi tindakan segera, atau menghubungi Balai Polis Bintangor di talian 084-693222 untuk sebarang pertanyaan dan laporan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2026 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.467271 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list