CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 33676|Reply: 0

[Sarawak] Hujan berterusan sejak semalam punca kawasan rendah Batu Kawa, Batu Lintang dinaiki air

[Copy link]
Post time 20-2-2026 11:04 PM | Show all posts |Read mode


Pemantauan paras air di lokasi berisiko banjir.- Gambar JBPM Sarawak

KUCHING: Beberapa kawasan rendah di sekitar Batu Kawa dan Batu Lintang dinaiki air susulan hujan berterusan sejak malam tadi, namun keadaan dilaporkan masih terkawal setakat pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata rondaan pemantauan kawasan berisiko banjir (MTL) telah dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bermula jam 9.30 pagi, hari ini.

Menurutnya, antara kawasan terlibat dalam rondaan ialah Kampung Sinar Budi, Kampung Sungai Maong, Batu Kawa dan Batu Lintang.

“Hasil pemantauan mendapati beberapa kampung termasuk Sinar Budi Lama dan Kampung Sungai Maong mengalami sedikit kenaikan paras air berikutan hujan semalaman serta keadaan air sungai yang pasang.

“Bagaimanapun, situasi masih dalam keadaan terkawal dan tidak melibatkan sebarang pemindahan penduduk setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan paras air dan segera menghubungi pihak bomba sekiranya berlaku kenaikan air secara berterusan atau situasi kecemasan.

Operasi rondaan dijalankan menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan kekuatan dua anggota dari BBP Batu Lintang.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2026 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.572635 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list