CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 58138|Reply: 0

[Kedah] Prasarana siap, lonjak pelancong ke Pulau Tuba

[Copy link]
Post time 16-2-2026 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Prasarana siap, lonjak pelancong ke Pulau Tuba

Hamzah Osmanam@hmetro.com.my





Amir Hamzah Azizan berbincang sesuatu bersama penduduk setempat ketika mengadakan Lawatan Tinjauan Kampung Angkat MADANI (KAM) Pulau Tuba dan Selat hari ini. FOTO BERNAMA




Langkawi : Kehadiran pelancong ke Pulau Tuba melonjak sehingga 14,000 orang sebulan selepas projek prasarana di bawah program Kampung Angkat MADANI (KAM) siap sepenuhnya sejak dua tahun lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding hanya sekitar 2,000 hingga 3,000 pengunjung sebelum itu.

Beliau berkata, lonjakan kira-kira 80 peratus itu didorong pelaksanaan pelbagai projek kemudahan asas sejak 2024 yang memberi keselesaan dan tarikan pelancong untuk mengunjungi pulau didiami kira-kira 5,000 penduduk itu.

"Antaranya pembinaan lampu solar yang menjadikan persekitaran kampung cerah pada waktu malam, telaga tiub, papan tanda jalan, naik taraf masjid serta kemudahan awam seperti balai raya dan tandas.

"Kewujudan Kiosk MADANI dan kawasan swafoto menarik turut menjadikan pulau ini pilihan pelancong tempatan serta luar negara," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pulau Tuba, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Seri Iskandar Mohd Kaus.

Amir Hamzah berkata, pelancong kini lebih mudah menerokai keindahan Pulau Tuba dengan adanya perkhidmatan sewaan motosikal, kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) serta buggy.

Menurutnya, limpahan ekonomi hasil peningkatan kehadiran pelancong itu membolehkan Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat Berhad (KOPTUBAS) menambah pelaburan baharu dan lebih berdaya maju.

"Malah, penyediaan prasarana lengkap ini turut menggalakkan golongan muda kekal menetap di pulau ini tanpa perlu berhijrah jauh untuk mencari pekerjaan.

"Pulau Tuba adalah antara lapan lokasi KAM di bawah seliaan Kementerian Kewangan yang menunjukkan peningkatan pergerakan ekonomi komuniti luar bandar secara luar biasa," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini Kementerian Kewangan membelanjakan RM2.5 juta menerusi LADA untuk melaksanakan 13 projek infrastruktur dan ekonomi komuniti di Pulau Tuba sejak dua tahun lalu.



Disiarkan pada: Februari 16, 2026 @ 4:50pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323538/prasarana-siap-lonjak-pelancong-ke-pulau-tuba




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2026 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.161274 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list