CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51|Reply: 0

[Sarawak] Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Pintar diperluas

[Copy link]
Post time 13-1-2026 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Ia bagi menjimatkan kos harian ibu bapa serta ke arah bandar rendah karbon, kata Abang Johari



Abang Johari (kanan) menaiki Bas Sekolah Percuma Pintar yang dilancarkan di SJK Chung Hua No 6. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memperluaskan perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Pintar khususnya di kawasan bandar bagi menjimatkan kos harian ibu bapa serta ke arah bandar rendah karbon.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek perintis perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Pintar ini telah dilaksanakan dengan melibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No 6 di sini.

Katanya, statistik yang diperoleh melalui sistem penjejakan dan pemantauan pintar yang dipasang pada bas tersebut menunjukkan penurunan ketara jumlah kenderaan di Jalan Datuk Temenggong Tan Meng Chong, lokasi dua buah sekolah iaitu SJK Chung Hua No 6 dan SMK Sungai Maong.

“Ini membuktikan bahawa penggunaan bas sekolah dapat mengurangkan bilangan kenderaan persendirian, sekali gus melancarkan aliran trafik di kawasan sekolah.

“Dari sudut lain, pendekatan ini akan menjadikan bandar kita sebagai rendah karbon selain daripada sistem pengangkutan awam Aliran Transit Automasi (ART),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas Majlis Pelancaran Bas Sekolah Percuma dan Bilik Darjah Pintar di SJK Chung Hua No 6 di sini hari ini.

Tambah Abang Johari, perkhidmatan bas pintar itu juga bukan sahaja menjimatkan kos harian ibu bapa serta mengurangkan kesesakan trafik, malah lebih meyakinkan dari sudut keselamatan anak-anak kerana setiap bas dilengkapi dengan sistem penjejakan masa nyata.

“Kurang penggunaan kenderaan sendiri bermakna kurang perbelanjaan dan lebih penjimatan kepada ibu bapa.

“Ini juga selari dengan usaha kita mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penyediaan perkhidmatan awam yang cekap,” ujar Abang Johari.

Mengenai perkhidmatan bas sekolah percuma sedia ada di bawah Yayasan Sarawak, Abang Johari berkata ia akan terus diperkasakan dengan penambahbaikan teknologi dan sistem destinasi yang lebih teratur bagi meningkatkan kecekapan serta pemantauan masa depan.

“Inisiatif bas percuma Yayasan Sarawak kita teruskan dengan penambahbaikan sebab kadang-kadang ada masalah tempat pengambilan anak-anak sekolah.

“Jadi kita akan tambah baik termasuk yang di Petra Jaya sekarang ini, seperti yang sedang kita laksanakan ketika ini di SJK Chung Hua No 6, bas sekolah pintar,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Program Bas Sekolah Percuma See Chee How yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang berkata, projek perintis tersebut adalah cetusan idea Premier Sarawak dan hasil usaha kolektif pelbagai pihak.

Beliau berkata berdasarkan data pra dan pasca pelaksanaan, jumlah kenderaan di laluan Matang ke Stapok mencatatkan penurunan daripada 678 kenderaan kepada 357 kenderaan pada waktu mengambil pelajar dan daripada 678 kenderaan kepada 357  kenderaan pada waktu penghantaran pelajar.

Manakala bagi laluan Stapok ke Matang, jumlah kenderaan mencatatkan penurunan daripada 477 kenderaan kepada 320 kenderaan pada waktu mengambil pelajar dan 542 kenderaan kepada 347 kenderaan pada waktu penghantaran pelajar.

Menurut See, pengurangan signifikan itu membuktikan keberkesanan bas sekolah percuma pintar dalam melancarkan trafik, sekali gus menjadi penanda aras penting untuk diperluaskan ke kawasan bandar dan separa bandar lain di Kuching.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.052688 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list