CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18629|Reply: 201

[Tempatan] Suami Zizie Ezette, Datuk Seri Bung Moktar Radin Meninggal Dunia. Al-Fatihah.

[Copy link]
Post time 5-12-2025 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Farnor at 5-12-2025 03:50 AM

Bung Moktar sudah tiada Oleh Rafiqah Dahali - Disember 5, 2025 @ 2:20am



KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di sini, sebentar tadi.

Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.46 pagi tadi ketika sedang menerima rawatan di Hospital Gleneagles.

Perkembangan itu diumumkan oleh anak lelaki Ketua UMNO Sabah berkenaan, Naim Kurniawan Moktar menerusi hantaran di laman media sosial Facebook rasminya, sebentar tadi.

"Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2026, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).

"Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah," katanya dalam hantaran terbabit.

Terdahulu awal malam tadi, BH melaporkan Bung Moktar dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini, pada tengah hari. Perkara itu disahkan Naim Kurniawan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut punca bapanya dimasukkan ke hospital. Beliau memohon semua pihak mendoakan kesihatan bapanya itu.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi mengenai masalah kesihatan yang dihadapi oleh Bung Moktar. Namun satu laporan media yang memetik kenyataan Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin memaklumkan Allahyarham mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan paru-paru.

Sebelum itu, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman meluangkan masa menziarahi Bung Moktar di hospital berkenaan pada jam 11.30 malam tadi. Beliau berada di situ kira-kira 20 minit.

Allahyarham Bung Moktar dilahirkan pada 14 September 1959 di Kampung Bilit, Sukau, Kinabatangan, Sabah.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Bilit sebelum menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sebelum bergiat aktif dalam politik, Bung Moktar berkhidmat sebagai pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Sandakan bermula dari tahun 1987 hingga 1990, sebelum menyertai Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1990 hingga 1992.

Kemudian, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah dari 1994 hingga 1999.

Kerjaya politik Allahyarham bermula pada 1999 apabila beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan, jawatan yang disandangnya selama lebih dua dekad.

Pada tahun 2020, beliau turut memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I Sabah merangkap Menteri Kerja Raya negeri dari 2020 sehingga 2023.

Bung Moktar juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi FELCRA Berhad dari 2013 hingga 2018.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, beliau dikenali sebagai antara pemimpin UMNO Sabah yang lantang bersuara serta berpengaruh.
https://www.bharian.com.my/berit ... -moktar-sudah-tiada


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2025 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah. Kena la org sabah mengundi balik kawasan adun yg arwah menang yg baru ni aritu. Ink dekat kuku legam lagi da kena tambah ink dekat kuku jari baru gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 04:09 AM | Show all posts
Innalillahiwainna ilaihi rojiun
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 05:04 AM | Show all posts

Perebutan harta selepas ini?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 5-12-2025 05:04 AM
Perebutan harta selepas ini?

Ni drams standard cuma spicy ke tidak.


Huhuhu


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah untuk seluruh keluarga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2025 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Baru tgh malam tadi baca berita arwah kritikal, setahu iols arwah ni dah lama sakit buah pinggang penah dulu tunjuk arwah pi dapatkan rawatan sampai ke China.
Arwah ni kira ahli politik sejati la sampai ke akhir hayat masih tetap berjuang dan setia dengan satu parti tu jer.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 5-12-2025 05:04 AM
Perebutan harta selepas ini?

Ini taktau la kan
Kebetulan lak baru je lagi aritu iols tertengok gambar/video masa raya arwah dengan anak2 isteri
Baru perasaan isteri pertama dan anak2 arwah nampak macam orang2 baik semua menutup aurat. Isteri dia pun tudung labuh elok.
Memandangkan arwah ni dh lama sakit harapnya bab harta ni sudah diuruskan elok2 masa hidup lagi supaya takda la drama perebutan harta nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2025 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 5-12-2025 06:21 AM
Ini taktau la kan
Kebetulan lak baru je lagi aritu iols tertengok gambar/video masa raya arwah den ...

Sedih pula.. Mengenangkan ank2 dia dgn bini no 2 masih kecil lagi.. Dulu sebelum Zizie Ezzete tu lock ig dia, guwe selalu tengok gelagat video arwah layan ank2 dia bermain.. Family dorang ni ceria sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah....muda lagi....jauh muda dari Tun...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Farnor replied at 5-12-2025 06:36 AM
Sedih pula.. Mengenangkan ank2 dia dgn bini no 2 masih kecil lagi.. Dulu sebelum Zizie Ezzete tu l ...



Gambar dari FB orang yang melawat arwah kat hospital


Sedih betul anak arwah
Yg dewasa pun rasa sedih teramat sangat bila kehilangan bapa apatah lagi yang kecil kan.
Semoga anak2 arwah diberi kekuatan dan ketabahan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru je tengok video baru lalu yang si Zizie puji suaminya layan dia bagus sekali ambikkan air dan MKN tu bini. Puji Zizie "mana lagi nak dapat suami macam ni". Santai je pakaian t-shirt dgn kain pelekat. Xtau knp lalu video deols..mungkin saat2 hari terakhir perlukan benda baik2 je dipertontonkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2025 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Farnor at 5-12-2025 07:12 AM
Suchi replied at 5-12-2025 06:49 AM
Gambar dari FB orang yang melawat arwah kat hospital




turut bersedih guwe tengok pic ini...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 07:10 AM | Show all posts
Ahli politik yang pada pokcik setia kepada partinya. Sangat komited dan berpengaruh besar dalam parti. Tapi..akhirnya beliau kembali kepada penciptaNya. Semoga jasa-jasa beliau diberi ganjaran oleh yang maha Esa. Al Fatihah dan Salam Takziah kepada keluarga yang ditinggalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah,semoga rohnya dicucuri rahmat.
Bung nama gelaran ke betul,anaknya tulis ayahanda kami mokthar bin radin. X de pulak bung
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 07:28 AM | Show all posts
kita mengata beliau tp sekurang nya beliau meninggal hari jumaat
al fatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2025 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes mahkamah arwah on lagi atau dah x ada?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Allahummaghfir lahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu.

Meols dulu suka tgk zizie ambil video dia balik keje dan anak2 dia dtg sambut. Tgk bung nmpak ayah yg penyayang. Sebab anak dia kecik2 4 org waktu tu berkerumun kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru baca malam tadi arwah nazak. Ada la yg komen,ada kes mahkamah terus la sakit.
Salam takziah buat ahli keluarga.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2025 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
mawarputih2612 replied at 5-12-2025 07:28 AM
kita mengata beliau tp sekurang nya beliau meninggal hari jumaat
al fatihah

kan betul sista. Hari yg mulia..tapi lagi teruk ada yg mengata arwah pura2 sakit.. Melampau bebenor..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2026 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.126059 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list