CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 922|Reply: 20

Cemas! Wanita ketakutan, lelaki berseluar pendek panjat pagar rumah

[Copy link]
Post time 14-11-2025 04:08 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi detik cemas apabila jirannya memanjat masuk ke rumah ketika adik perempuannya berada seorang diri di ruang tamu petang kelmarin.


Menerusi perkongsian video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di TikTok oleh @woffiepippa, kelihatan lelaki berkenaan yang tinggal berhadapan rumahnya memanjat pagar rumah sebelum cuba memasuki rumah itu beberapa kali namun gagal.





Menurut wanita itu, kejadian berlaku selepas adiknya selesai mengangkat pakaian kering di ampaian luar.
“Syukur dia sempat kunci pintu jeriji lepas ambil pakaian, kalau tidak mungkin keadaan akan jadi lebih buruk. Dia sangat ketakutan dan sekarang trauma dengan kejadian tu,” tulisnya di ruangan kapsyen.


Wanita itu turut memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat, selain berharap tindakan segera dikenakan terhadap individu berkenaan.


Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang turut meluahkan rasa bimbang dan simpati terhadap mangsa.


“Walaupun pagar luar sudah kunci, pagar jeriji aku tetap kunci juga. Lepas buang sampah atau sidai baju, masuk saja rumah terus kunci. Benda macam ni aku takut sebab pagar kita mereka boleh lepas macam tu saja,” kata @_sagittarius_83.


“Apa sebenarnya niat dia? Ya Allah, saya pun takkan rasa selamat tinggal dekat situ lagi. Tolong teruskan tindakan undang-undang,” komen Lisyaz.


“Seramnya. Tengah hari buta dia panjat, jiran sendiri pula yang buat tu,” kata Umai.  


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2025 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Gate yg privacy camni diorg berani kut..sbb kt belah luar tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
jiran sepakat...membawa berkat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 06:07 PM | Show all posts
sangap la tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2025 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kat mana ni?
Report puhlis ke dak? Kalau post kat medsos dikira sbg mengganggu siasatan puhlis dak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2025 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi post TT tu. Owner tak jawab kenapa jiran tu buat camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2025 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
India suka ceroboh kawasan laman rumah orang, pakai masuk je. Dia fikir Malays-ia ni negara Ind-ia ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2025 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan jenis ni bodohnya ya amat .nape tak report polis aja.tangkapla
Ko adu dlm tenet ..igt kitaorang bole tolong ka?esok2 Kene rogol post video dlm tenet ajala ye
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2025 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 16-11-2025 04:32 AM
Perempuan jenis ni bodohnya ya amat .nape tak report polis aja.tangkapla
Ko adu dlm tenet ..igt kit ...

Hari tu kucing betina aku gatal, dia boleh lari lari macam video Hindustan lepastu baring dan kangkang depan kucing jantan.

Ya Allah, malu betul aku dibuat nye.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2025 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Meh meols kasik tips.

When you meet someone crazy, act crazier. Dengan izin Allah, selamat semuanya.

Meols ada beberapa kali berdepan jantan mabuk. Instead of acting all weak needing jantan to help me ka whatsoever, meols bercakap dengan nada dominan. Biasanya yang mabuk tu mengalah. Pernah juga masa makan di restoren dengan kawan (kami duduk facing each other), tiber ada sekor jantan approach kawan meols yang bertudung tew mintak duit, buay tambang balik rumah. Punya la tak guna kawan meols tu act all meek. Meols dengan nada tegas halau jantan tu sambil tinggikan suara supaya orang lain alert, then dia pun keluar la tanpa berlaku apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2025 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw tips acting crazier than crazy tu meols dapat dari netizens yang berjaya survived kejadian jadik mangsa bunuh ka SA.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2025 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana: Perempuan jenis ni bodohnya ya ...

Rasanya dia dh buat report polis, tp polis xleh amek tindakan sbb laki ni on medication ( berkaitan sakit mental kot), pastu duduk dgn mak dia. Xsalah aku la aku ada terbaca. So mental tu ibarat 'lesen besar' la kot boleh buat onar. So moh le kita doakan diri,  ahli keluarga lain x dpt sakit2 mental ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 16-11-2025 04:29 PM
Rasanya dia dh buat report polis, tp polis xleh amek tindakan sbb laki ni on medication ( berkaitan ...

Kena buat tembok tinggi rumah sekarang lepas tu pagar kena kasi tinggi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 01:08 PM | Show all posts
bahayanyer...nie yg meols takut nak stay landed house...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 01:12 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 16-11-2025 08:58 PM
Kena buat tembok tinggi rumah sekarang lepas tu pagar kena kasi tinggi lagi

Tak silap saya di malaysia tembok concrete tak boleh melebihi 6 kaki tinggi. Sewaktu saya buat tembok di bahagian belakang human saya dulu contractor ada bag tau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2025 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau letak kawad duri yang roll type atas pagar boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 02:16 PM | Show all posts
Byk doa ustaz ajar utk amalan diri,keselamatan dan dijauhkan dari segala mara bencana

1) ayat Manzil(33 ayat)
2) Surah Taha ayat 55
3) 3 ayat terakhir surah Al-Baqarah iaitu ayat 284- 286

Yakinlah ia Allah Maha Melindungi hambaNYA...
Sebab tanpa amalan bacaan ayat Al-Quran memang rumah hilang keberkatan dan berisiko utk didatangi anasir yang tidak diundang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 17-11-2025 02:25 PM
FOTHER-MUCKER replied at 17-11-2025 01:12 PM
Tak silap saya di malaysia tembok concrete tak boleh melebihi 6 kaki tinggi. Sewaktu saya buat tem ...


Owh patut la dengar cerita di USA ada orang kaya ni bayar denda setiap tahun... Sanggup dia bayar denda setiap tahun untuk tembok tinggi.

Kerajaan takut orang buat kubu/Fort kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
vanilacup replied at 17-11-2025 02:16 PM
Byk doa ustaz ajar utk amalan diri,keselamatan dan dijauhkan dari segala mara bencana

1) ayat Manzi ...

Betul, sebaik baiknya kita sendiri baca, sebab benda tu dari hati.

Sebab tu aku ikut kelas tajwid dan betulkan bacaan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 335871 Replies : 3369
V85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS di INGLEWOOD
taliaV85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS
Views : 4292 Replies : 276
Hantu Cina - Malam Cina Hantu lapar
fritzerHantu Cina - Malam Cina Hantu lapar
Views : 97241 Replies : 91
Suara mengira di malam hari.... - Pengalaman seram di asrama sekolah
RockafellaSuara mengira di malam hari.... - Pengal
Views : 8592 Replies : 33
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1016659 Replies : 795
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 24797 Replies : 9
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 45062 Replies : 853
Travel Information
j.o.eyba.s.a882Travel Information
Views : 0 Replies : 0
travel
j.o.eyba.s.a882travel
Views : 0 Replies : 0
Teruk Dikecam Netizen, Individu Kutuk Gigi Anak Erra Fazira Sebagai ‘Jongang’ Tampil Mohon Maaf - “FB Saya Kena Hack…”
ZORRO5555Teruk Dikecam Netizen, Individu Kutuk Gi
Views : 4603 Replies : 101

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.056733 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list