|
View: 382|Reply: 13
|
[Tempatan]
Aerotrain KLIA: MAHB Sedia Kerjasama Dengan SPRM
[Copy link]
|
|
|

Pengarah Urusan Malaysia Airports Datuk Mohd Izani Ghani
SEPANG, 14 Nov (Bernama)
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) belum menerima sebarang permintaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat projek Aerotrain bernilai RM456 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pengarah Urusan MAHB Datuk Mohd Izani Ghani berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama sekiranya diperlukan.
“Saya belum menerima sebarang permintaan daripada SPRM, tetapi sebagai sebuah agensi berkaitan dengan kerajaan, kami bersedia untuk bekerjasama dengan SPRM,” katanya pada sesi taklimat media di sini hari ini.
Ia susulan kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, yang sebelum ini menyatakan bahawa SPRM bebas menyiasat perkara berkenaan berikutan rungutan berterusan terhadap masalah kebolehpercayaannya.
Awal minggu ini, Loke berkata SPRM bebas menyiasat projek Aerotrain di Terminal 1 KLIA yang dibiayai sepenuhnya oleh MAHB dan tidak melibatkan dana kerajaan, berdasarkan bukti dan peruntukan undang-undang sedia ada.
Ditanya sama ada MAHB dipaksa mempercepatkan tarikh operasi Aerotrain daripada Disember kepada Julai, Mohd Izani berkata pihak pengendali projek berjaya menyiapkannya mengikut jadual ditetapkan.
Beliau turut menafikan dakwaan perkhidmatan Aerotrain dipaksa beroperasi lebih awal kerana Sidang Kemuncak ASEAN.
“Kita berjaya menyiapkannya dan hari ini, kita mengadakan taklimat Pelan Tindakan Komprehensif (CAP) bagi memastikan semua isu ditangani, supaya memasuki tahun baharu dengan tahap kebolehpercayaan penuh terhadap tren ini, “katanya.
Terdahulu, Mohd Izani berkata MAHB telah memulakan CAP dalam tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) bagi meningkatkan kebolehpercayaan sistem Aerotrain di KLIA.
Aerotrain KLIA: MAHB Sedia Kerjasama Dengan SP
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahal juga, Aerotrain bernilai RM456 juta |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tikus membaiki labu
Tapi takpe, team baik punya kerajaan, so jangan la hencap.. biar la dorang hauk macam mana pon tapi dorang pejuang membanteras rasuah tauuuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasenye rasuah xde, tp mmg kerja korang x bagus, equipment xde kualiti. Bagus lg aero train soekarno hatta airport tu, xrosak xmampus tgh jln |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
backup bas rapid kl tu ada tak? ghisauuuu kang muka meols masuk paper kena jalan atas track mcm ritu  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
masa testing ok.bila jln kong..
harini lrt mrt pun kong ramai lmbt masuk ofis...
senyap je pulak si antony tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik modified guna cable jelah. Klia Cable aerotrain. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahh relaks la. Mesjid kan ada.
Kalu kes sangkut nanti boleh buat acara bersumpahan laknat macam penyangak money laundering sorang tu.
Cam tak biasaaaaa.. 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Belanja hampir setengah bilion tapi masalah jadi lebih kerap
Takpe, hauk pon hauk la, asalkan boleh terus berfantasi.. malu wei kalau ngaku kalah sekarang.. dah banyak dah invest kutuk2 umno dulu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cepat tul tuding jari ada unsur rasuah. Dah buat investigation ke dgn technical spec? workmanship? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat my father is grandfader kakpam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols takleh nak komen sbb stakat ni masa iols guna ok jahh.. ada la dolu2 naik bas.. tapi ok jahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 14-11-2025 08:27 PM
Belanja hampir setengah bilion tapi masalah jadi lebih kerap
Takpe, hauk pon hauk la, asalkan boleh ...
UMNO ko satu Zarah tak berguna untuk Malaysia
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|